Bukan semua ibu bapa diberi ujian anak istimewa. Ada yang tidak boleh menerima hakikat zuriat mereka memiliki ‘kekurangan’ , namun bagi yang reda, itu semua dianggap dugaan dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Selebriti bernama Fynn Jamal yang mempunyai anak angkat autisme mengakui itu satu anugerah yang cukup istimewa. Walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri, namun Fynn dan suami cukup menyayangi anak ini. Sehinggakan beliau mencipta satu lagu khas buat putera kesayangannya iaitu Arjuna beta.

Anak kecil yang kini dipanggil Juna dilahirkan dengan masalah jantung, namun selepas pembedahan dia pulih sepenuhnya. Namun apabila Juna makin besar, Fynn mula melihat ada ‘kelainan’ pada Juna.

Juna telah dibawa menjalani pemeriksaan dan hasil ujian pakar mengesahkan Juna penghidap autisme kategori mild.

Jangan Ingat Semua Genius & Hafal Quran. Hanya Yang Lalui Memahami. Fynn Jamal Dedah Anak Autisme, Obses Anatomi & Jasad Orang!

Menurut Fynn Jamal, beliau jarang bercerita mengenai hal tersebut. Namun selepas menonton satu video berkenaan lelaki autisme di kaca tv menyebabkan dia berkongsi luahan di laman instagramnya.

sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku. Sebab  juna macam dia. aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi, sampai pagi ni.

“Ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa.

Jangan Ingat Semua Genius & Hafal Quran. Hanya Yang Lalui Memahami. Fynn Jamal Dedah Anak Autisme, Obses Anatomi & Jasad Orang!

Menurut Fynn Jamal lagi, anaknya itu  sama seperti lelaki 22 tahun di dalam video tersebut.

Ads

“Aku tak tau tentang lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan untuk membincangkan tentang dia; tapi juna amat taksub dengan memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya.

“Semuanya, untuk seni lukisan / playdoh dia. Selalu dah juna tiba-tiba kejar amoi2 seksi sebab dia nak faham curves. Pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. Badan mummy daddy memang habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama-lama. nak cuba paham.

“sebab itu anak dara aku. SENTIASA PAKAI SELUAR. juna ada obsession dengan anatomi. Jasad orang; DAN jasad dia,” ujar Fynn Jamal lagi.

View this post on Instagram

sbb ni aku tak bawak juna pergi playgroud. sbb ni aku tak bagi dia lepas sgt. sebab ni aku tak biasakan playdate dgn anak orang. sbb ni aku lebih galakkan dia buat aktiviti sorang2. . sebab dia autism. dia kurang upaya utk fikir. . dan orang sentiasa sibuk nak decide apa yang patut dan tak patut kami buat. cuba handle sehari la. tengok larat tak larat. . ye. memang ada anak autism hafal quran. habis tu, berapa ramai anak normal hafal quran, kenapa kau tak hafal sekali? . sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku. . sbb juna macam dia. . aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi. . sampai pagi ni. . ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa. . juna, seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama. curious with anatomy. . aku tak tau ttg lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan utk membincangkan ttg dia; tapi juna amat taksub dgn memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya. . semuanya; utk seni lukisan / playdoh dia. . selalu dah juna tiba2 kejar amoi2 seksi sbb dia nak faham curves. pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. badan mummy daddy mmg habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama2. nak cuba paham. . sebab itu anak dara aku SENTIASA PAKAI SELUAR. . juna ada obsession dgn anatomi. jasad orang; DAN jasad dia. . dia pernah ada fasa genggam tangan tak mau bukak. pernah ada fasa jalan terkepot2 macam tahan kencing tu— kaki kiri belah kanan, kaki kanan belah kiri. pernah ada fasa konon2 lumpuh separuh badan. bergerak mengengsot. bayangkan dia naik tangga pun sanggup tak mau guna kaki. . autism is no fun. betul. . but it could be kalau yang menyaksikan cuma kita yg menerima dia. dan bukan engkau2 yg tak habis2 nak expect semua budak autism ni kena genius dan hafal quran. . itu sbb aku lagi happy dia kat rumah. sbb aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke— sbb dia tak kacau orang. . sbb hakikat yg paling benar adalah— no one REALLY cares. . siapa je kisah kalau kami mati. mmg الله je.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Perkongsian Fynn Jamal tersebut mendapat reaksi dari pengikut. Ada yang tidak tahu anak selebriti ini rupanya menghidap autisme. Selain turut berkongsi cerita dan pengalaman memiliki anak istimewa tersebut.

catrionabrianrossI keluar air mata reading your post and tgk the video..lebih dr faham bahawasanya orang luar takkan faham our strugle.

Ads

wateva_la@fynnjamal yours words are so true.. especially part, “Cuba handle sehari, tgk tahan tak…

lovely.skinzsaya sendiri ada pengalaman tiba2 kena cium dgn seorang remaja lelaki kat sebuah majlis perkahwinan. tapi melihatkan rupa dan perwatakan dia saya tahu dia istimewa. jadi saya gelak sahaja. ayahnya minta maaf kat saya. saya kata tak apa. kerana saya tahu remaja itu tak tahu apa2 pun.

fynnjamal@ekachu_ tu sbb faham kenapa gomen tak mampu nak cater to our children. sekolah khas autism paling murah pun sebulan rm2k. tak marah pun. sbb satu murid satu cikgu. xpe.

tunteja_hudaztq akk dgn pnjelasan ni skurg2 kmi yg xbiase dgn org autism ni bolh pham… smoga juna d bwah lindungan Allah…

ommasyantikPernah nangis tp x pernah sesyahdu ini ??

kayfzl@fynnjamal oh ya kak fynn sunat kat mana? Takut sbb aryan da 8 tahun..xtau kat mana yg blh terima aryan utk sunat ni

Ads

afrozseAllah tahu how much each of His beloved slave can handle. My heart goes out to all mothers who are going through tests and challenges in this world. Please take comfort that jannatul firdaus is waiting for all of you. May Allah bless you all ?.

amalina.ridhuankak, teruskn bcerita dan bkongsi psl juna, secara tak langsung kami dapat faham sisi lain kanak2 autism. menarik perkongsian akak ni. teruskan myampaikan ilmu kak?

anisfakhirakhirzani@fynnjamal yesss I pun honestly learned a lot about autism from your posts, Kak Fynn ? thank you for sharing. I pray that Allah will shower you with endless blessings…moga tak putus rahmat dan redha buat akak

kiki_kakasheBaru Tau arini juna yg cerdik tu mcm tu. Juna bleh bercakap x 

nanatakimSedihnya bace…semoga Allah beri kekuatan, ketabahan dan rezeki yg melimpah kpd penjaga anak2 istimewa ni..

nurfarrr yes betul.. Saya ada kawan yg langsung tak tahu apa tuu autism. Bila saya nak terangkan dia cakap “mungkin sebab tak ada apa kepentingan lagi kot untuk aku tahu. Takpe laa.. Nanti2 bila perlu aku amik tahu ye”.. Saya sedih terdiam bila dengar dia cakap centu. Ntah laa.. Masih kurang autism awareness dalam masyarakat kita nih rupanya.

Sumber: IG fynnjamal

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI