Siapa yang tak kenal dengan Selebriti, Hanis Zalikha. Ada ibu-ibu muda menjadikan isteri kesayangan Hairul Azreen ini sebagai Idola terutama dalam bab mendidik anak-anak.
Terbaru ,ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi pengalaman anaknya, Yusuf Iskandar yang cuba menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini buat kali pertama.
Menurut Hanis, anak sulungnya itu berjaya berpuasa selama sehari meski usianya baru hampir mencecah usia enam tahun.
“Setakat ini dia dapat puasa sehari sahaja lah dan dia buat pun dengan rela hati.
“Mungkin sebab dia tengok saya dengan suami puasa, jadi dia pun cakap teringin nak cuba untuk puasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Hanis dan suami sepakat untuk tidak mahu bersikap keterlaluan dalam usaha mendidik anak-anak.
Akui senang dengan sikap dua permata hatinya yang bersemangat untuk melakukan amalan kebaikan, jelas Hanis sebagai ibu dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Sejujurnya, perkara lain macam solat dan puasa ni semua saya sebagai ibu tidak mahu terlalu memaksa
“Sebolehnya saya cuma mahu tunggu bila dia dah betul-betul bersedia untuk buat.
Ads
“Kalau orang kata cara saya didik anak tu lembut tetapi sebenarnya tidak sebab saya ni seorang yang tegas cuma tak garang.
“Bagi saya, anak ini satu amanah kan jadi memang kita kena tegas kalau nak didik anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanis kini secara rasmi telah dilantik untuk menjadi duta rangkaian pakaian fesyen muslimah jenama Innersejuk.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ketika ditemui di majlis perlantikan tersebut menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama berkenaan.
“Saya rasa berbesar hati sangat apabila dipilih untuk pegang dan galas amanat ini.
Ads
“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini bukan hanya kerana kadar bayaran yang akan ditawarkan semata-mata seperti dalam perjanjian.
Untuk rekod, pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DISEBALIK KERJAYA MR PILOT, SYARAT WAJIB MESTI ADA ‘3K’
Mengejar Impian Di Awan Biru – Inspirasi Filem Top Gun 1986 Relax… Tak Panjang Pun ✈
” Tidaklah penting dari mana kita berasal, yang lebih penting adalah ke manakah kita akan melangkah”.
Aku percaya semua orang punyai impian. Impian itulah pemberi semangat dan motivasi untuk kita berjaya.
Cubalah untuk mencapai setinggi mana pun impian kita. Kalau gagal, paling tidak kita dah mencuba.
Belum cuba, belum tahu… Kata Sudin kepada Aziz dalam cerita “Seniman Bujang Lapok”Betul tak.
Aku sendiri tidak pernah menyesal atau malu mengaku dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampuan.
Malah aku rasa bersyukur kerana kehidupan aku sebagai anak kampung punya kisah yang berwarna-warni.
Pendek kata, macam-macam fasa kehidupan telah aku lalui dan kerana kemiskinan itulah menjadikan aku kuat dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Aku masih teringat saat susahnya hidup masa aku kecil dulu. Sebiji telur goreng dipotong dua, setengah buat makan tengahari, setengah lagi buat makan malam. Aduh, ter flashback pulok cerita sedih dulu.
Ok, lets back to the main story.. Berbalik kepada cerita mengejar impian, jarang impian dikaitkan dengan benda yang kita tak suka.
Masa aku sekolah dulu, cerita “Top Gun” lakonan “Tom Cruise” aka “Maverick” menjadi pujaan dan kegilaan ramai.
Aku pun tak tahu tang mana yang bestnya filem tersebut. Mungkin kerana ketampanan pelakonnya yang kelihatan macho serta kehebatan jet pejuang beraksi di udara menjadi tarikan utama filem tersebut.
Akibat dari filem itu, maka ramailah anak muda yang mula bercita-cita menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang termasuklah aku… Konon nak jadi macho cam “Maverick”. Pakai spec mata hitam “rayban” sambil bawa motor tak pakai helmet.
SYARAT WAJIB MESTI ADA ‘3K’
Nak jadi pilot dekat M’sia ni mesti ada 3K:
1. Kepandaian: Wajib dapat 5 kredit dalam SPM (Subjek English,Math,Fizik dan 2 subjek lain).
2. Kesihatan: Wajib sihat, tinggi yang mencukupi, tidak buta warna dan BMI dibawah 35. Medical Certificate Class 1 atau 2.
3. Kemampuan: Mampu membayar yuran lesen RM430K ke RM460K.
Jika kita tidak mampu untuk bayar dengan duit sendiri, bolehlah cuba memohon menyertai Tentera Udara, Pasukan Gerakan Udara PDRM, APMM, Bomba atau kadet pilot airlines seperti MAS dan AirAsia.
Tapi perlulah diingat, peluang adalah sangat terhad. “Only the best among the best” saja yang akan dipilih dan terpilih.
Agensi seperti Mara dan Yayasan negeri juga ada menyediakan pinjaman. Berdoalah, jika rezeki Allah dah tertulis, Insyallah pasti ada rezeki kita.
Alhamdulillah, aku adalah antara insan terpilih yang bernasib baik dipilih olehNya diberikan kesempatan untuk mengapai cita-cita dan impian.
Moral Of The Story, apabila mendapat peluang, buatlah yang terbaik, “Do your best”. Kadangkala peluang hanya terhidang sekali sahaja untuk kita mencapai impian kita.
Di saat kita merasa ingin berhenti, fikirkan tentang mengapa kita memulakannya. Think about your “dream” and your “Big Why”.
Kejayaan memburu impian tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa tawakal.
Terima kasih pada yang sudi baca hingga habis coretan kali ini. Semoga coretan ini dapat memberikan manfaat kepada semua…
Selamat memburu impian.
ANTARA ANUGERAH YANG DIPEROLEHI
GAJI LUMAYAN
Sebelum ni ramai yang tanya Aku berapa gaji Pilot kat Malaysia ni kan. Oklah hari ni Aku share gaji Pilot kat MYAirline yang terkini di kongsikan oleh mereka. Syarikat penerbangan ini khabarnya sedang mencari pilot bagi mengisi kekosongan di syarikat tersebut.
Gaji pilot adalah berbeza-beza mengikut “seniority” dan juga berbeza bagi setiap syarikat penerbangan. Jangan ingat semua sama saja ye.
Pilot yang kerja di luar negara tu tak payah tanyalah ye… Malas Aku nak cerita. Buat ramai pilot marah kat Aku je nanti.
Sebenarnya Aku dan rakan-rakan pilot tak berapa suka nak cerita pasal gaji ni tapi kita ambil yang positiflah…Niat untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak muda kita menceburi bidang ini.
Moga sharing ini dapat menggalakkan lebih ramai anak-anak golongan marhaen cam Aku ni yang bersemangat menjadi pilot suatu hari nanti.
Ingatlah, ilmu itu pelita kehidupan. Hanya dengan ilmu yang dapat membawa keluarga kita keluar dari kepompong kemiskinan
Sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, Noor Nabila enggan situasi berkenaan berlaku kepada anaknya Jebat Jayden.
Malah, dia dan ahli keluarga lain juga bertutur dalam Bahasa Malaysia apabila berada Di rumah.
“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.
“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.
“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia.Sharnaaz pun pilih cara begini. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya.
“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.
“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” kongsi Noor Nabila lagi.
Begitupun, Akui Nabila kepentingan bahasa inggeris tetap diberi perhatian,namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.
“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.
Mengulas persoalan mengenai zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Kakak kepada Neelofa ini tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.
“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.
Pelakon Didie Alias meluahkan kegembiraan apabila menimang cucu perempuan ketiga baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan Didie dengan memuat naik beberapa keping foto wajah Hannah di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum Semua My Name is Hannah Jasmine. I’m Nanny D 3rd granddaughter. Welcome to the world cucu nanny ‘Kamsahamnida’,” tulis Didie pada ruangan kapsyen.
Menurut Didie lagi, cucu ketiganya itu diberi nama Hannah Jasmine. Dia merupakan zuriat kelahiran pertama anak perempuan keduanya, Nur Dinie Ridzuan Hashim.
Rakan selebriti dan warganet menitipkan ucapam tahniah buat Didie sekeluarga dan memuji kecomelan si kecil yang tak ubah seperti anak Korea.
shieraijoy Dah ada berapa nanny..nenek muda ..nenek menari laju lagi tau.
habibahabdullah ❤️❤️❤️ Alhamdulillah Aamiin3. Tahniah dpt cucu ke 3. Cucu solehah. Cantik mcm nanny nya. Semoga ibu nya selamat berpantang.
sharifahasmat81 Alhamdulillah..May the arrival of the baby girl be the beginning of a wonderful and beautiful journey for the parent and your family. Congrats! ❤️
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.