Jangan Ingat Nak ‘Renovate’ Rumah Sendiri Semua Benda Boleh & Biasa. Ada Juga Kesalahannya, Sila Take Note!

Share

Menjadi kebiasaan bila kita membeli kediaman sama ada rumah baharu daripada pemaju mahu pun rumah sub sale, tentu ada sahaja yang ingin diubah suai mengikut citarasa dan rekaan sendiri.  Maklumlah rumah yang dibeli ingin dijadikan sebagai kediaman impian yang selesa dan indah untuk dihuni bersama keluarga tercinta.

Pun begitu, dalam ada yang teruja melakukan pengubahsuaian rumah, lebih baik baca dan fahamkan terlebih dahulu mana satu yang boleh dan mana pula yang dilarang dilakukan untuk mengelak menanggung kerugian di kemudian hari.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect untuk dijadikan rujukan sebelum kerja-kerja renovate dilakukan.

BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?

1. Tiada permit.
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.

2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBT
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.

Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.

Gambar sekadar hiasan

3. Tak bincang dengan jiran
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.

Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.

4. Renovate sampai line pagar depan.
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga

6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.

5. Renovate LUAR dari pagar depan!
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.

6. Submit pelan lulus lain, buat di site lain!
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.

To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.

Sumber : Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Sempena Bulan Kemerdekaan, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club