Suami usah lihat kepada kecantikkan isteri aje kerana ia akan dimamah usia. Tetapi kenanglah jasa-jasa isteri menguruskan rumahtangga iaitu bagaimana dia melayan anda dan anak-anak. Sesungguhnya ia kunci kebahagiaan till jannah.
Tidak dinafikan ada suami diduga dengan wanita cantik sehingga membawa kepada kecurangan. Namun semua itu, boleh dielak jika suami saling menghargai isteri dan isteri juga perlu doakan suami dijauhkan godaan itu.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh MuhammadHassan dilaman facebooknya mengenai kebahagiaan keluarga memerlukan hubungan kesetiaan dan doa suami isteri. Ikuti santapan minda pada hari ini.
Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah keretakan rumah tangga,suami curang. Saya istiqhfar banyak-banyak,saya peluk isteri dan anak tanda syukur punyai isteri yang baik. Saya pesan kepada isteri.
“Awak Tolong doa untuk saya ya. agar tidak termakan godaan syaitan untuk hampiri maksiat. Tolong doakan saya ya”
Sepanjang hari saya fikir tentang ini. saya takut baca kisah begini. Takut sangat untuk herdik,perli,maki,hina orang lain,takut sangat terjadi kepada diri sendiri.. Setiap lelaki akan diduga dengan wanita-wanita cantik.
Ads
Saya harap para suami yang pernah curangi isteri agar lebih menghargai sidia. Bagi tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI,tulis setiap hari kebaikan isteri,ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA’LIM dirumah,luangkan masa dimasjid. Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.
Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dengan godaan syaitan,lemah diulik nafsu,tergoda dengan lunakan suara,rebah dek kerana kecantikannya. Pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian untuk kita. Fikir apa kesan jika curangi isteri.
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang,bahagia saat isteri bersama baginda s.a.w,bahkan Nabi s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri.Lihatlah cinta Nabi s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Nabi s.a.w berkahwin dengan Saudah rha dan Seterusnya Aisyah R.ha dLL.
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga sidia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan Ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Ads
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka,tiada lagi reunion bersama rakan perempuan,sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
Ads
Kadang-kadang merekalah doktor,misi,merekalah cikgu,merekalah ustazah,merekalah chef,merekalah security untuk anak-anak.
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap massa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya Wanita diciptakan Allah cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja,bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
“Jagalah Allah pasti Allah jaga kita”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh. Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Demikian antara komen netizen selepas saudara Muhammad Hamka berkongsi kisah di Facebook selepas kematian arwah ayahnya baru-baru ini.
Di dalam perkongsian tersebut, Hamka yang menggunakan menggunakan akaun Hamka (Kereta Mayat), memaparkan kisah bagaimana ayahnya meninggal dunia di hadapan anak-anak. Lebih menyentuh hati, pengurusan jenazah sehingga ayahnya dikebumikan diuruskan sendiri kesemua anak-anak, termasuklah mengimamkan solat jenazahnya. Rezeki terakhir arwah ayah.
Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja. Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.
Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah. Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.
Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir. Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi…
Sob..sob..
Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!
#mengetehdikuburayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memperkenalkan sifir pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah, apalagi untuk dihafal. Bab ini memang susah sampai naik pening dibuatnya. Nak memudahkan anak-anak faham adakalanya mengambil masa. tetapi andai tahu cara dan teknik pasti tak akan menjadi masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh puan Nor Syaqiera Adni yang juga seorang guru mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam membantu anak-anak belajar sifir tanpa hafal.
Sifir Tanpa Hafal – Kaedah Gigi
Ramai anak-anak akan suka guna kaedah ini. Tak perlu hafal, hanya lukis dan kira gigi yang comel.
Perkara terpenting dalam sifir ialah faham. Bila kita dah mula beri cara mudah, lama kelamaan, sifir itu akan hidup dalam otak anak kita.
Melalui kaedah gigi ini, anak akan lebih senang nampak dengan jelas konsep sifir. Apa konsep sifir tu? Penambahan berulang-ulang jawapannya.
Bila anak jelas dengan konsep, maka akan keluarlah sifir secara spontan dari mulut mereka.
Jemput share, biar anak-anak kita sedar yang sifir ni senang je..
Syaqiera Adni, Fahamkan sifir, semuanya akan jadi mudah.
**Cuba try test buat pada anak-anak. Have fun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumahtangga bahagia adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Namun kadang kala, kesibukan rutin harian dan kerjaya menjadikan hubungan suami isteri renggang. Biarpun perkahwinan itu sudah lama atau baru, sudah mempunyai cahayamata atau belum, rumahtangga itu tetap perlukan hubungan yang mesra agar cinta antara pasangan sentiasa mekar dan bahagia.
Dalam tempoh PKP, mungkin ni lah masa untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian ini yang bermanfaat ini.
Kepada pasangan yang belum dikurniakan anak, PKP boleh menjadi satu pengalaman yang sangat menggembirakan atau sangat sunyi.
Saya senaraikan perkara yang perlu dielakkan untuk menghindari keadaan sunyi dan bosan ketika PKP.
1. Banyakkan berkomunikasi.
– Inilah masanya untuk anda selami hati budi pasangan. Kenal pasangan dengan lebih mendalam dan cuba buat apa yang pasangan suka.
2. Jangan asyik dengan telefon sehingga mengabaikan pasangan.
– Perlu ingat, si dia tiada orang lain selain anda. Tak semua orang minat untuk habiskan berjam-jam di hadapan telefon. Perlu layan pasangan supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
3. Lakukan sesuatu bersama.
– Memasak, mengemas dan menghias adalah antara perkara yang boleh dilakukan bersama. Boleh cuba belajar dan buat bersama hobi pasangan. Dari sini, dapat memupuk semangat kerjasama dan menjadikan perhubungan lebih rapat.
4. Jangan terlalu serius, penuhi suasana rumah dengan kegembiraan.
– Bergurau dan bermesralah dengan pasangan. Si dia tiada orang lain untuk bergurau dan bermain. Jadilah “pasangan” dan bukannya “orang asing” semasa di rumah.
5. Solat berjemaah sentiasa.
– Jadilah Imam kepada makmum anda di rumah. Pupuk semangat kerohanian dengan solat bersama.
6. Jangan bermain game secara berlebihan.
– Bermain game itu tidak salah, tetapi jika ia telah mula mencuri masa dengan pasangan, itu tandanya anda sudah ketagih dan mengutamakan game dari pasangan.
7. Jangan layan mesej berbaur lucah di group whatsapp.
– Hormati pasangan anda. Jangan penuhkan masa PKP dengan maksiat dan zina mata. Kepada yang sering berkongsi benda sebegini, insaflah. Berhenti buat benda bodoh sebegitu.
8. Jangan amalkan makan berasingan.
– Makanlah bersama, berbuallah semasa makan, suap menyuap dan memuji masakan pasangan boleh mecambahkan keharmonian rumah tangga.
9. Peluk pasangan sebanyak mungkin.
– Mungkin ada yang tidak faham, sebenarnya pasangan anda sangat sunyi tanpa anak. Mungkin dia jarang tunjukkan reaksi itu, tetapi percayalah yang dia memerlukan belaian, kasih sayang dan tempat untuk meluahkan kasih sayangnya sendiri.
10. Guna masa PKP ini untuk bersama sekerap yang boleh.
– Ikhtiar itu datang dari anda. Cubalah, jangan putus asa. Jangan anggap benda ini remeh. Berusahalah bersama dan hiasi ia dengan penuh cinta dan kemanisan. Saya cadangkan anda mandi bersama dan amalkan pillow talk di malam hari.
Saya doakan kehidupan anda semua dilimpahi dengan kasih sayang dan dikurniakan rezeki zuriat yang sihat walafiat.
Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai pasangan “berdua” yang tidak berasa sunyi dan bosan serta makan hati.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.