Memang tidak dinafikan semua orang ingin memiliki rumah sendiri atau kereta baru serta kelengkapan rumah lengkap serba serbi. Jika boleh penapis air jenama mewah pun mesti ada.

Namun, bak kata perpatah, ukur baju dibadan sendiri. Bagi yang kurang mampu, memilik semua itu, usah rasa down ada kawan-kawan memilik semua aset itu, sedangkan kita sebaliknya.

Jika anda tidak memiliki itu, anda tetap mampu hidup dengan tenang dan gembira dengan diberikan kesihatan yang baik dan tiada masalah kewangan, jadi teruskan dengan kehidupan yang bahagia ini.

Pilihlah cara hidup sendiri, kerana bahagia pasti menanti. Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh puan Ct Syeera yang menyatakan usah bersikap down jika ada kata-kata yang mempersoalkan cara hidup anda.

“Jangan Down, Jika Tak Ada Kad Kesihatan, Air Bertapis, Kereta Baru Atau Rumah Sendiri”.  Ikut Cara Sendiri, Bahagia Menanti! Deep Perkongsian Ini.

Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dan lain-lain.

Ads

Pada yang tak mampu nak bayar bulanan untuk benda-benda di atas tu, ampa jangan down.

Sis paham bila ada dikalangan orang terdekat yang persoalkan benda tu awt ampa tak ada semua tu.

Ayat paling selalu sis dengar pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. “Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hosp gomen. Lambat. Pastu banyak kore”. Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nk teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih.

Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq “awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan2, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah”. Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank bole bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah.

Ads

Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang2 benda tu bole mengguris perasaan org2 ini. Tu yang jadi punca dpa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup .

IKUT CARA SENDIRI, BAHAGIA MENANTI

Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mampu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tak sakit dan tak perlu masuk hospital lima bintang.

Ads

Walaupun dia tak mampu minum air bertapis tapi anak dia masih boleh minum air yang bersih. Walaupun dia tak mampu naik kereta baru tapi dia masih boleh pergi merata dengan kereta sedia ada.

Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik2 perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa.

Daripada ampa cakap benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. Pergi melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang2 kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan org jenis ni .

Moga kita muhasabah diri untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI