Kita sering dengar orang bercakap tentang duit bukanlah segala-galanya namun kita juga sedar bahawa kita memerlukan duit untuk membeli sesuatu dan dengan duit jugalah boleh menjadikan hidup lebih senang dan lebih baik.
Justeru itu setiap nilai wang yang ada ditangan, perlu dirancang sebaik mungkin penggunaannya agar bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dapat disimpan untuk kegunaan akan datang lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan.
Menyedari hal itu, Azizi Ali yang juga merupakan pakar perancang kewangan ini telah menyenaraikan 7 kesilapan kewangan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang. Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat dijadikan panduan dan sekali gus menghindarkan diri daripada terjebak ke dalam masalah bebanan hutang, kewangan tidak stabil dan sebagainya.
Berikut adalah 7 kesilapan kewangan yang serius:
1. Boros
Malangnya, terlalu ramai orang boros. Mereka berbelanja sehingga ketahap mata pendapatan. Dan bila pendapatan mereka meningkat, belanja mereka juga meningkat! Situasi ini bukan saja applicable kepada mereka yang berpendapatan rendah tetapi termasuk mereka yang bergaji besar yang masuk puluhan ribu ringgit sebulan. Statistik menunjukkan setinggi 20% daripada mereka yang bergaji besar sebenarnya adalah pokai (hidup daripada gaji ke gaji)!
2. Terlalu banyak berhutang, terutamanya hutang kad kredit
Walaupun hutang boleh menolong kita membina kekayaan, most of the time, hutang hanya akan membebankan kita. Contoh ketara adalah hutang kad kredit. Kadar faedahnya tinggi dan amat membebankan.
3. Membeli liabiliti
Liabiliti adalah barangan yang tidak meningkat nilai dan yang jatuh nilai.
Contoh utama liabiliti ialah kereta.
Sepertimana kita semua maklum, nilai kereta jatuh, dan jatuh dengan ketara. Jadi apabila kita membeli kereta yang terlalu mahal, kita menanggung kerugian besar (melalui kejatuhan nilai kereta) dan rugi kali kedua kerana baki wang yang tinggal terlalu sedikit untuk melabur.
4. Melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan
Terlalu ramai orang melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan; mungkin di dalam satu syarikat (tempat berkerja), satu saham atau satu koperasi.
Walaupun sudah tentu langkah ini lebih baik daripada tidak melabur langsung, ianya masih membahayakan kerana mereka sekarang terdedah kepada sistematik risk. Jika apa-apa kecelakaan berlaku kepada syarikat, saham atau koperasi tersebut (contoh: pandemik Covid-19), maka mereka akan terkontang-kanting!
5. Melabur terlalu sedikit
Ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pelabur. Mereka membuat pelaburan tetapi malangnya jumlah pelaburan tersebut adalah terlalu sedikit. Dan seperti yang saya sering sebut: dalam pelaburan, sikit-sikit, lama-lama masih sikit! Jadi bila nak kaya?
6. Menyimpan tetapi tidak melabur
Satu lagi kesilapan yang selalunya fatal – mereka menyimpan wang tetapi tidak membuat pelaburan. Situasi ini timbul mungkin kerana mereka tidak tahu akan keperluan melabur atau tidak cukup ilmu pelaburan atau takut untuk melabur. Tetapi apa pun sebabnya, mereka ini akan menerima padah yang buruk kerana nilai wang mereka akan jatuh dibaham oleh inflasi.
7. Tidak menambah ilmu
Realitinya, tidak ramai orang yang menambah ilmu semasa mereka hidup. Malah, ramai graduan universiti berhenti belajar selepas hari convocation!
Bagaimana mereka hendak membina kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu yang terkini, terutamanya memandang kemajuan teknologi yang begitu pantas berubah sekarang?
Jadi sekarang awak tahu 7 kesilapan kewangan yang serius. Pastikan awak tidak mengulang kesilapan ini!
Sumber : Azizi Ali Mentor Wang
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Banyak Perkara Boleh ‘Settle’ Bila Ada 2 Rumah. Perunding Kewangan Ni Listkan, Rugi Tak Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club