Kita sering dengar orang bercakap tentang duit bukanlah segala-galanya namun kita juga sedar bahawa kita memerlukan duit untuk membeli sesuatu dan dengan duit jugalah boleh menjadikan hidup lebih senang dan lebih baik.
Justeru itu setiap nilai wang yang ada ditangan, perlu dirancang sebaik mungkin penggunaannya agar bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dapat disimpan untuk kegunaan akan datang lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan.
Menyedari hal itu, Azizi Ali yang juga merupakan pakar perancang kewangan ini telah menyenaraikan 7 kesilapan kewangan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang. Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat dijadikan panduan dan sekali gus menghindarkan diri daripada terjebak ke dalam masalah bebanan hutang, kewangan tidak stabil dan sebagainya.
Berikut adalah 7 kesilapan kewangan yang serius:
1. Boros
Malangnya, terlalu ramai orang boros. Mereka berbelanja sehingga ketahap mata pendapatan. Dan bila pendapatan mereka meningkat, belanja mereka juga meningkat! Situasi ini bukan saja applicable kepada mereka yang berpendapatan rendah tetapi termasuk mereka yang bergaji besar yang masuk puluhan ribu ringgit sebulan. Statistik menunjukkan setinggi 20% daripada mereka yang bergaji besar sebenarnya adalah pokai (hidup daripada gaji ke gaji)!
2. Terlalu banyak berhutang, terutamanya hutang kad kredit
Walaupun hutang boleh menolong kita membina kekayaan, most of the time, hutang hanya akan membebankan kita. Contoh ketara adalah hutang kad kredit. Kadar faedahnya tinggi dan amat membebankan.
Photo by Emil Kalibradov on Unsplash
3. Membeli liabiliti
Liabiliti adalah barangan yang tidak meningkat nilai dan yang jatuh nilai.
Contoh utama liabiliti ialah kereta.
Sepertimana kita semua maklum, nilai kereta jatuh, dan jatuh dengan ketara. Jadi apabila kita membeli kereta yang terlalu mahal, kita menanggung kerugian besar (melalui kejatuhan nilai kereta) dan rugi kali kedua kerana baki wang yang tinggal terlalu sedikit untuk melabur.
Ads
4. Melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan
Terlalu ramai orang melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan; mungkin di dalam satu syarikat (tempat berkerja), satu saham atau satu koperasi.
Walaupun sudah tentu langkah ini lebih baik daripada tidak melabur langsung, ianya masih membahayakan kerana mereka sekarang terdedah kepada sistematik risk. Jika apa-apa kecelakaan berlaku kepada syarikat, saham atau koperasi tersebut (contoh: pandemik Covid-19), maka mereka akan terkontang-kanting!
5. Melabur terlalu sedikit
Ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pelabur. Mereka membuat pelaburan tetapi malangnya jumlah pelaburan tersebut adalah terlalu sedikit. Dan seperti yang saya sering sebut: dalam pelaburan, sikit-sikit, lama-lama masih sikit! Jadi bila nak kaya?
6. Menyimpan tetapi tidak melabur
Satu lagi kesilapan yang selalunya fatal – mereka menyimpan wang tetapi tidak membuat pelaburan. Situasi ini timbul mungkin kerana mereka tidak tahu akan keperluan melabur atau tidak cukup ilmu pelaburan atau takut untuk melabur. Tetapi apa pun sebabnya, mereka ini akan menerima padah yang buruk kerana nilai wang mereka akan jatuh dibaham oleh inflasi.
7. Tidak menambah ilmu
Realitinya, tidak ramai orang yang menambah ilmu semasa mereka hidup. Malah, ramai graduan universiti berhenti belajar selepas hari convocation!
Bagaimana mereka hendak membina kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu yang terkini, terutamanya memandang kemajuan teknologi yang begitu pantas berubah sekarang?
Jadi sekarang awak tahu 7 kesilapan kewangan yang serius. Pastikan awak tidak mengulang kesilapan ini!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kita sering bercakap tentang betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak. Siang malam memerah keringat mencari rezeki, demi menjanjikan hidup yang lebih sempurna untuk anak-anak. Ya, melakukan pengorbanan ini setiap ibu ayah akan lakukan dengan sepenuh hati.
Pun begitu, kita juga sering terdengar kisah-kisah menyentuh bilamana ada anak yang telah besar panjang, berkira-kira untuk menguruskan ibu dan ayah yang telah uzur dikampung. Begitu banyak alasan diberikan, namun tidak bagi Mohamad Adam Nasrudin, yang merupakan anak ke lapan daripadan sembilan adik beradik ini.
Baginya, biarlah tugas itu digalas dibahunya untuk memberikan khidmat buat ibu Puan Haizan Che Mohamed yang tidak mampu lagi mengurus diri dek kerana serangan penyakit angin ahmar.
Memetik laporan daripada Harian Metro, anak lelaki ini bila mendapat tahu tahap kesihatan ibunya, terus mengambil keputusan pantas bertindak memberi notis berhenti kerja 24 jam untuk balik ke kampung demi menjaga ibu.
“Adik beradik yang lain sudah berumah tangga dan menetap di luar Kelantan, jadi atas sebab itu saya mengambil tanggungjawab menguruskan emak sepenuh masa.
“Setiap hari, rutin saya bermula dengan menyuap emak makan kerana dia seorang kidal dan tidak dapat menyuap menggunakan tangan kanan.
“Untuk mandi pula, saya perlu mengangkat emak dan meletaknya atas kerusi roda sebelum dimandikan dalam bilik air.”
Anak kelapan daripada sembilan adik beradik ini, secara bergilir-gilir dengan abangnya menguruskan ibu yang terlantar dek kerana lumpuh sebelah badan. Tanggungjawab ini dipikul kerana ayahnya juga telah uzur dan tidak mampu mengurus isterinya.
Menurut laporan Harian Metro lagi, Ketika ditanya sama ada timbul atau tidak perasaan menyesal kerana melepaskan kerjaya di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini, Mohamad Adam berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan semasak-masaknya malah tidak kesal demi membalas jasa ibunya.
“Saya turut berdoa semoga emak akan sembuh suatu hari nanti dan saya mampu kembali bekerja demi masa depan.
“Buat sementara ini, biarlah saya terus berkorban bagi memastikan emak tidak terabai dan sudah semestinya sebagai anak wajib menjalankan tanggungjawab menjaganya,” katanya.
Cukup nampak menyelerakan manggo cheesecake yang dikongsikan ini. Untuk yang ingin mencuba, ini resipinya.
Hai semua, hari ni ariana nak share cara ariana buat mango cheesecake. Yang pasti bila makan tak cukup 1 slice.
Resepi Mango Cheesecake
160gram biskut marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
90gram butter (dicairkan)
========================
2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
+ 1 sudu besar air jus lemon
========================
500gram cream cheese
200gram whipping cream
1sk esen vanila
140gram gula castor
100gram puri mangga
2 1/2 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar susu pekat manis
(2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
========================
Manggo jelly
1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
200gram puri mangga
Cara membuatnya :
1. Mula-mula kisar dahulu biskut marrie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur.
2. Bila dah hancur, masukkan biskut ke dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kemudian kacau hingga sebati.
3. Masukkan biskut tadi ke dalam loyang 8′, tekan sehingga padat dan rata. Gunakan loyang yang boleh dibuka tepi atau boleh tolal dari bawah. Sejukkan selama 30 minit atau masukkan ke dalam frezer.
4. Untuk membuat puri mangga, gunakan 2 biji mangga yang dikupas kulit kemudian masukkan ke dalam pengisar bersama dengan 1 sudu air jus lemon.
5. Ni puri mangga yang telah siap dikisar.
6. Sebelum buat adunan cheese, buat air geletin terlebih dahulu. 2 sudu geletin + air panas 80ml. Kacau hingga sebati, ketepikan.
7. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ini sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.
8. Bila adunan sudah licin masukkan puri mangga. Mix hingga sebati. Dan kemudian masukkan pula susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati seperti ini.
9. Kemudian keluarkan loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan 2 – 3 jam, boleh letak dalam frezer atau chiller. Pastikan cheese jadi keras.
10. Untuk adunan manggo jelly pula, ariana
buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar
gelatin+50ml air panas. Kacau sehingga
sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
Masukkan air gelatin tadi ke dalam
mangkuk bersama puri manga. Kacau
sehingga sebati. Buat adunan puri manga
ni 10 minit sebelum keluarkan cheesed dari peti.
11. Tuang adunan puri mangga dalam
loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang
|icin, jangan rata guna sudu. sengetkan
sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan
semula selama 7-8 jam dalam peti ais
biasa@chiller.
12. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari
Loyang. Kalau guna loyang yang boleh
buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.
Ni hasilnya manggo cheesecake
Sumber : Ariana Sofia Ahmad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bunga cengkih sememangnya antara bahan wajib yang ada di rumah kita. Namun biasanya kita gunakan bunga cengkih ini sebagai asas bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya.
Aroma yang dikeluarkan bunga cengkih ini tidaklah sekadar bau harum dan enak sahaja bahkan kaya khasiatnya pada makanan yang kita sajikan. Pun begitu, yang anda perlu tahu cengkih bukan hanya baik untuk makanan sahaja bahkan dalam beberapa petua lain. Mengapa anda perlu simpan cengkih di rumah. Ini kelebihan yang anda perlu tahu.
Pulihkan Masalah Campak
Bunga cengkih dikatakan baik untuk merawat demam campak. Ambil bunga cengkih dan gula batu. Rendam bunga cengkih di dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Minum sedikit demi sedikit dan amalkan sehingga campak makin pulih.
Atasi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanfaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. Caranya ia dengan merebus cengkih ini bersama segelas air. Apabila sejuk, kumurlah dengan air ini.
Pulihkan Batuk
Kunyah cengkih bersama garam secara serentak. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada kerongkong. Anda juga boleh membakar cengkih ini terlebih dahulu jika tak mahu dimakan mentah.
Hilangkan Bau Peti Sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.
Halau Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.
Elak Sampah Berulat
Taburkan lebihan cengkih ke dalam tong sampah atau sekitar kawasan sampah. Ulat akan mati dengan sendirinya dan masalah semut juga akan dapat dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...