Stok udang memang banyak kegunaannya. Biasa dimasukkan di dalam Mi Udang. Cuba ibu-ibu gunakan untuk masak sayur, rasanya memang berbeza. Sebaiknya, kepala dan kulit udang tu jangan dibuang ya, buat stok simpanan.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.