Stok udang memang banyak kegunaannya. Biasa dimasukkan di dalam Mi Udang. Cuba ibu-ibu gunakan untuk masak sayur, rasanya memang berbeza. Sebaiknya, kepala dan kulit udang tu jangan dibuang ya, buat stok simpanan.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
Ads
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Ads
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
Ads
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam dan hijau).
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sebut sahaja kek coklat kukus tentu sudah terbayang akan keenakan rasanya, lembut dan mewah dengan rasa coklat. Bukan sahaja anak-anak menggemarinya, malah kek coklat kukus mampu memikat selera orang dewasa.
Tidak hanya disebabkan rasanya yang enak, tidak dinafikan untuk menyediakan kek coklat yang dikukus lebih mudah cara memasaknya. Ini berbanding jika dibakar akan menyebabkan kek coklat lebih terasa kering dan silap cara dan teknik membakar kek boleh jadi terhangus pula.
Untuk itu, buat anda yang ingin menyediakan kek coklat kukus yang tersedap, mudah dan dijamin menjadi sebagaimana maklum balas di ruangan komen di atas perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Mehat ini di group Masak Apa Hari Ni. Bolehlah dicuba.
Ini perkongsiannya;
Kek coklat kukus.. ringkas, lembut dan sedap..Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cawan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8
Kek coklat kukus.. ringkas, lembut dan sedap..Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cawan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8
Bahan-bahan :
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bagi sebati ketepikan.
8 biji telur gred B diblander dan ketepikan.
2 cwan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.
Cara Membutanya:
Dalaml mangkuk, masukkan bahan yang diblander berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak senang blander semua bagi sebati.
Sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang diblander.
Panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
Cara Buat Topping Coklat
Coklat masakan dicampur dengan sedikit Planta. Masak secara double boile.
selamat mencuba
Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun. Lebih-lebih lagi jika umur telah memasuki usia emas.
Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai anak, untuk menjaga orang tua kita agar mereka merasa bahagia hingga hujung nyawa. Telah banyak pengorbanan mereka curahkan kepada kita semenjak kita kecil, kita tiba pula masa kita menjaga mereka sebagai bukti mengenang jasa dan budi.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Juriah Jalalus Shuti terhadap ibunya Puan Aminah Mohd Munir.
Ini perkongsiannya
Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.
Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.
Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.
Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.
Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.
Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang saya datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi saya datang ke rumah mak setiap hari untuk mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.
Ajak pindah, duduk sekali
Pujuk bukan sekadar dengan mulut, malah saya tunaikan semua keinginan mak agar dia mahu tinggal dengan saya. Katanya kalau pindah rumasah saya, nanti dia tak boleh ajar mengaji, lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak. Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya katanya dapur dekat dengan bilik dia dan dia tak mashu orang tengok dia.
Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa. Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan toilet.
Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.
Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.Semua ini saya lakukan untu keselesaan seisi rumah, lebih-lebih lagi buat emak yang seharian berada di dalam rumah. Saya mahu mak selesa.
Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya.
Cadangan kami untuk mengenakan mak lampin orang dewasa tidak ditolak oleh mak. Dia akur dan saya sangat bersyukur dengan penerimaannya. Apa yang saya lihat, mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang kata naluri seorang ibu ni memang tak boleh dibuat main. Sebarang masalah atau perkara buruk yang nak berlaku pada anak, pasti hati ibu dapat merasainya. Mungkin kerana masa ibu dengan anak lebih dibandingkan dengan ayah. Begitu pun, ada juga ayah yang jenis peka pada apa yang berlaku pada anaknya.
Tak dinafikan, cara dan pendekatan seorang suami dan isteri berbeza. Bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai perkara termasuk cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi.
Dalam masa yang sama, dalam bab membesarkan anak-anak, naluri si ibu adalah lebih kepada melindungi. Sebab tu, ibu mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Berbanding ayah yang kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani.
Sebab tu ada yang mengatakan perkataan yang keluar dari mulut ibu ibarat satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais apabila isterinya mengesan luka pada anak mereka sedangkan dia yang menjaga dari pagi hingga ke malam tidak perasan akan hal tersebut.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, Isteri mesti orang pertama yang akan perasan.
Suami selalu yang terakhir…
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? “
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju “
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? “
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok “
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...