“Jangan Di Kejar Nama Unik, Moden Tapi Tak Ada Maksud.” Tak Malu Letak Nama Anak Zaman Lama

Share

Kini ramai yang teruja untuk meletakkan nama anak dengan nama yang unik tanpa mengambil kira maksudnya. Malah ada yang kedengaran sedap tapi tidak mempunyai makna.

Namun berbeza dengan wanita ini, Aisyah Hijanah yang mempunyai pendirian tersendiri mengenai nama buat cahaya matanya yang berkongsi di instagram.

Menerusi perkongsiannya, dia memberitahu jika nama unik pun, nama itu tidak mempunyai makna ia tidak memberi manfaat buat anak itu.

Artikel Berkaitan: Begini Cara Nak Didik Anak Solat, Ibu Ini Guna Gambar Dengan Batang Mancis. Sungguh Inspirasi!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Anak tak malu ke letak nama lama-lama?”

Ada yang tanya Aisyah tentang nama Hassan. Actually satu amanah utk ibu bapa ni bagi nama yang baik untuk anak-anak sbb kita akan dibangkitkan dgn nama kita

Ramai parents cari nama yg moden tetapi tak ada maksud. Kesian pada anak, sebab panggilan nama ni adalah doa utk kita

Personally, Aisyah mmg strict pasal anak-anak. Nama mestilah yg ada maksud & ada role model yg baik. Kita nak anak membesar dgn akhlak yg baik, mana nama yang kita beri mestilah yg baik-baik juga

Jangan di kejar nama unik, moden tapi tak ada maksud. Carilah nama yg baik, yg ada Tokoh yg baik, supaya Nanti bila anak kita membesar pun akhlaknya baik juga, In Shaa Allah.

“Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif, Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw.
Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).

“Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw. Syarif pula, bermaksud mulia yang Kami mengharapkan Putera kami Ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dari Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan”

 

Sumber: aisyahhijanah

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club