Kini ramai yang teruja untuk meletakkan nama anak dengan nama yang unik tanpa mengambil kira maksudnya. Malah ada yang kedengaran sedap tapi tidak mempunyai makna.
Namun berbeza dengan wanita ini, Aisyah Hijanah yang mempunyai pendirian tersendiri mengenai nama buat cahaya matanya yang berkongsi di instagram.
Menerusi perkongsiannya, dia memberitahu jika nama unik pun, nama itu tidak mempunyai makna ia tidak memberi manfaat buat anak itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
“Anak tak malu ke letak nama lama-lama?”
Ada yang tanya Aisyah tentang nama Hassan. Actually satu amanah utk ibu bapa ni bagi nama yang baik untuk anak-anak sbb kita akan dibangkitkan dgn nama kita
Ramai parents cari nama yg moden tetapi tak ada maksud. Kesian pada anak, sebab panggilan nama ni adalah doa utk kita
Personally, Aisyah mmg strict pasal anak-anak. Nama mestilah yg ada maksud & ada role model yg baik. Kita nak anak membesar dgn akhlak yg baik, mana nama yang kita beri mestilah yg baik-baik juga
Jangan di kejar nama unik, moden tapi tak ada maksud. Carilah nama yg baik, yg ada Tokoh yg baik, supaya Nanti bila anak kita membesar pun akhlaknya baik juga, In Shaa Allah.
“Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif, Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw. Syarif pula, bermaksud mulia yang Kami mengharapkan Putera kami Ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dari Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan”
Bercerita tentang hobi yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga memang banyak. Dan salah satunya adalah dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam di laman rumah.
Hobi ini apabila dilakukan ia boleh melibatkan seluruh ahli keluarga. Bahkan melalui bercucuk tanam ini bukan sahaja eratkan hubungan dan menariknya juga boleh mencipta lanskap indah di laman rumah.
Oleh itu, jom kita mulakan dengan menanam pokok bunga Ros dan ketahui tipnya melalui perkongsian daripada Bujang Garden ini.
CABUT BUNGA ROS , CONFORM CANTIK!
Biasa saya kalau borak dengan pelanggan mesti dorang mengadu.
“Kenapa pokok ros makcik mati ea?”
“ Saya tak pandai la jaga ros encik bujang”
“ Manjung ni panas , mana laa boleh jaga ros”
Tapi..
“Saya tak boleh la tengok ros ni, walaupon mati mesti makcik beli lagi”
“Tapi takut mati lagi”
Tulah yang selalu saya dengar.. kesian saya.
Kalau saya ajar , apa kata korang? Nak??
Secara mudah nya ingat 5 benda ni! Ingat CABUTros kome.
1. CAHAYA
– letak tengah panas acik yong, sape ngajo ros letak bawah bumbung tu memang ajaran Sesat.
2. AIR
– Toksah le siram sampai banjioor, siram sehati sekali udoh le. Ros ni bukan pokok air. Ate kalau dah siram sampai banjir mane maunye bernafas akor die. LEMAS kawan.
3. BAJA
– cari baja untuk bunga ros, jangan pakai baja merah juai kedai rm2 tu. Atee nak bunga cantik , baja pon berkire mane jadi.
– lagi satu kulit telur, perut ikan bilis pon tanam je bagi kat pokok ros kita tu.
4. UBAT
– haaa ni paling penting, banyak orang berkira tak mahu beli ubat untuk ros. Nak ros cantik tapi tak spray ubat bunuh penyakit dia memang x jadi.
– nak beli ubat jangan la beli kat kedai nurseri sebarangan. Bukan semua orang nurseri pandai pasal ros. Dulu zaman bujang tak pandai jaga ros, ade ke apek nursery tu bagi racun malathion tu. Sampai ke sudah xmau elok bunga teman. Mane nak beli?? Bujanb Garden leee.
5. TANAH
– Ros ni nak tanah peroi tapi simpan air. Jangan pakai tanah banyak sabut je. Campor sekali tanah bakar merah tu.
– gembur seminggu sekali.
Haaa cukup laa ingat CABUT ni dulu ye.
Selamat berkebun.
Pastinya menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan cergas tanpa sebarang penyakit. Namun, kurang sedar mengenai penjagaan pemakanan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sebagaimana yang diberitahu oleh Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad bahawa tahap kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
TAHAP KOLESTROLE JAHAT YANG TINGGI MENYEBBKAN RASA SAKIT, LENGUH DAN KEJANG PADA OTOT.
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolestrole jahat yang tinggi berkaitrapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolestrole jahat mereka tinggi.
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolestrole jahat” dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kematian adalah perkara yang pasti berlaku. Bersedia atau tidak, pasti tiba masanya.
Pemergian orang yang tersayang adalah antara perkara yang paling sedih yang terpaksa berpisah dengan asbab kematian.
Bagi isteri pula perlu meneruskan peninggalan harta suami termasuk hutangnya.
Sebagaimana persoalan ini, wanita bertanya masalah yang dihadapi setelah suami meninggalkan hutang kereta dan bagaimana penggunaan KWSP untuk membantu menyelesaikan hutang arwah.
Ikuti selanjutnya huraian mengenai permasalahan ini.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Suami saya baru meninggal. Kami ada dua kereta. Satu daripanya sudah selesai hutang manakala satu lagi masih berhutang.
Pada pendapat Dato’ Mufti, bolehkah saya membayar semua hutang arwah dengan duit KWSP arwah yang akan saya terima, beranggapan dengan pembayaran tersebut kereta arwah boleh menjadi milik saya? Mohon penjelasan.
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Situasi di atas berkait dengan permasalahan isu faraid kerana melibatkan harta yang ditinggalkan si mati. Harta faraid atau harta peninggalan seperti yang ditetapkan oleh pihak Baitulmal MAIWP[1] ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya. -Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati. -Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya. -Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati. -Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati. -Berdasarkan harta-harta yang disenaraikan di atas, kedua-dua kereta arwah termasuk dalam kategori harta peninggalan yang perlu dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak.
Seterusnya, jika arwah mempunyai hutang, maka hutang itu perlu diselesaikan terlebih dahulu menggunakan harta arwah yang sedia ada. Ini kerana apabila seseorang meninggal dunia, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan berhubung harta peninggalan arwah sebelum ia difaraidkan kepada ahli-ahli waris yang ada.
Harta tersebut digunakan untuk membiayai kos pengurusan jenazah, hutang-piutang, wasiat dan akhir sekali difaraidkan kepada ahli waris.
(Lihat: Minhaj al-Thalibin, m/s 180)
Berdasarkan situasi di atas, perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa duit KWSP yang diterima oleh isteri arwah sebenarnya masih di bawah hak milik arwah suaminya. Kedudukan duit KWSP yang diterima oleh isteri hanyalah sebagai penama sahaja. Penama bermaksud mereka bertindak selaku pentadbir bagi menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam. Oleh yang demikian, penama bukanlah pemilik harta, lebih tepat disebut sebagai pengurus harta.
(Rujuk: PANDUAN MENGISI BORANG KWSP 4)
Selain itu, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Memandangkan duit KWSP dianggap sebagai harta arwah, maka tidak menjadi masalah kepada ahli waris khususnya penama untuk menggunakan duit tersebut bagi menyelesaikan segala hutang-piutang arwah termasuklah hutang kereta.
Walau bagaimanapun, sekiranya ada pihak yang ingin menanggung segala kos seperti kos pengurusan jenazah, hutang-piutang arwah, maka ia tidak menjadi masalah bahkan perbuatan tersebut merupakan amal kebajikan dan sedekah yang dipuji oleh agama kerana menolong memudahkan urusan umat Islam yang lain apatah lagi pihak yang membantu terdiri daripada kalangan ahli keluarga terdekat arwah sendiri. Sebuah hadis yang diriwayatkan Sulaiman Bin ‘Amir al-Dhabiy bahawa
الصَّدقةُ على المسكينِ صدقةٌ وعلى القريبِ صدقتان صدقةٌ وصِلةٌ
Maksudnya: Sedekah kepada orang miskin mendapat sedekah (pahala sedekah). Sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua sedekah; iaitu (pahala) sedekah dan (pahala) mengeratkan silaturahim.
Riwayat Tirmizi (658)
Namun begitu, sekiranya isteri arwah beranggapan kereta akan menjadi miliknya kerana menyelesaikan hutang kereta suami melalui duit KWSP tersebut, maka kami berpandangan kefahaman ini kurang tepat dan perlu diperbetulkan. Alasannya, penerimaan duit KWSP tersebut hanya sebagai penama bukan bertukar hak pemilikan. Lantaran itu, jika arwah masih mempunyai ibu bapa dan anak-anak, maka mereka semua mempunyai bahagian dan hak terhadap harta arwah termasuk dua biji kereta yang ditinggalkan, ia tidak terhad kepada isteri arwah semata-mata melainkan kereta tersebut sudah dihadiahkan dan ditukar geran kepada nama isteri semasa suaminya masih hidup.
Sebagai ilustrasi bahagian faraid bagi ahli waris sekiranya si mati masih mempunyai seorang anak lelaki, ibu dan bapanya. Bahagian mereka adalah seperti berikut:
Harga semasa kereta: RM 24,000
Ibu: 1/6 (RM 4,000)
Bapa: 1/6 (RM 4,000)
Isteri: 1/8 (RM 3,000)
Anak Lelaki: Baki harta (RM 13,000)
Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa kereta tersebut tidak menjadi milik penuh isterinya walaupun dia sendiri menawarkan diri untuk melangsaikan hutang arwah, sebaliknya kereta tersebut tetap perlu dibahagikan mengikut pecahan faraid seperti contoh di atas.
Pemilikan penuh hanya boleh berlaku sekiranya ahli-ahli waris yang lain menggugurkan hak masing-masing sama ada diberikan secara percuma ataupun mereka menuntut bayaran bahagian masing-masing sebelum dilepaskan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...