Dulu waktu kecil-kecil, pernah tak terdetik dalam hati bila dah kahwin dan ada anak, tak nak jadi garang macam mak kita?
Tapi… Bila kita dah meningkat dewasa, baru kita sedar mak kita garang bukannya saja-saja. Ada maknanya! Makna yang kita akan rasa sendiri bila melalui hari-hari kita. Kan?
Dalam ramai-ramai orang yang kita kenal dalam hidup, mak satu-satunya beri didikan yang terbaik dan penuh kasih sayang. Jom ikuti perkongsian dari Asyikin Md Isa ini.
——————————————————————————————————
Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik?
Peranan ibu bapa
Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik
Ads
Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
1. Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Ads
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
2. Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
Ads
3. Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
4. Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang
Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda bahawa apabila berlaku pergaduhan sesama suami isteri terutama hal melibatkan duit dan pelbagai lagi Allah akan sempitkan rezeki kita. Malah pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat dan bocor.
Begitu juga menerusi perkongsian Nur Ami Roslee bercerita tentang berkat rezeki datangnya daripada sebuah keluarga bahagia.
Ikuti perkongsiannya.
Pagi tadi berbual dengan suami, kewangan terasa sempit sikit bulan ni padahal baru awal bulan. Terasa pelik sebab selama ni even gaji rm400-rm600 sebulan, sentiasa mencukupi siap berlebih lagi duit, boleh belanja anak anak mainan.
Saya beritahu suami saya rasa keberkatan rezeki dalam keluarga ditarik asbab sebab minggu lepas kami bergaduh. Bergaduh benda kecil je pun, kami jarang bergaduh, tiba je teremosi .
Benarlah apa yang saya pernah baca, bila bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi bab rezeki macam duit, hutang, dan macam-macam lagi, Allah akan sempitkan rezeki kita. Berbincang dan cari persefahaman dalam kita berbeza pandangan.
Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat dan bocor.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.
DOA BAIK-BAIK UNTUK KELUARGA
Kurang berdoa juga salah satu faktor hilangnya keberkatan rezeki. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
Alhamdulillah saya dan suami dapat kefahaman ilmu harini. Elakkan bergaduh panjang dalam rumahtangga, mohonlah keberkatan pada Allah Yang Maha Kaya.
In Sha Allah bertambah tambah berkat rezeki kita.
Benar, bila dah faham. Saya berkata dalam hati “Allah beri suami yang baik, jika ada kekurangannya, itu kerana dia manusia biasa. Saya pun banyak salah, semoga Allah murahkan rezeki suami harini”.
Terus Allah turunkan rezeki, saya dapat panggilan telefon dari pegawai E kasih, suami pun dapat berita baik daripada sahabatnya.
Alhamdulillah keduanya berita baik.
Sumber: Nur Ami Roslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih belum reda lagi tentang isu yang sedang diperkatakan di sosial media tentang poligami. Tidak ketinggalan, baru-baru ini Suhaimi Saad turut berseloroh dengan isterinya, Ina Naim untuk berkahwin lagi.
Pertanyaannya untuk menambah isteri itu dimuat naik dalam laman tiktok miliknya sendiri dan yang paling mencuri hati pengikutnya apabila belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus memotong suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah ‘isteri’ lagi diikuti muka tergamam Suhaimi di hujung video.
Namun video tidak berakhir di situ apabila Suhaimi sekali lagi memuat naik video baru di mana dia mengatakan akan membeli mesin basuh keesokan hari namun isterinya berseloroh mahu meminta dua mesin basuh pula!
Bagai menambah ‘perasa’, lakonan mereka tidak terhenti di situ apabila satu lagi video baharu telah dimuat naik di mana Suhaimi yang kelihatan segak bergaya mahu keluar membeli mesin basuh. Ina yang mengingatkan suaminya untuk membeli dua mesin basuh pula tergamam apabila Suhaimi mendakwa bukan dua mesin basuh, malah akan beli empat mesin basuh mengikut kuota empat isteri!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gurauan pasangan suami isteri itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan lucu melihat Suhaimi setepek kena dengan isteri. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan jangan lupa untuk belikan mesin pengering sekali.
Sesungguhnya pabila bercakap tentang tanggungjawab isteri kepada suami dalam perkahwinan, pasti ramai yang memikirkan tentang isu urusan rumah tangga saja.Malah jika tanya kepada para isteri, pasti mereka ingin menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami.
Namun, jangan pula sehingga memakan diri sendiri. Penat sehingga memaksa diri untuk menjadi yang terbaik. Kesannya memakan diri sendiri.
Perkongsian oleh puan Intan Dzulkefliini ada benarnya bahawa isteri perlu bersikap mengawal emosi dan bertenang agar dalam menjalani kehidupan yang baik tanpa tekanan.
Maaf, saya tak setuju kalau ada yang kata sesetengah isteri dan ibu try hard untuk hias rumah dengan tema tertentu, sentiasa cuba kemas rumah, cuba masak sedap/resipi susah setiap hari hingga mereka stress tu UNTUK MENUNJUK-NUNJUK.
Please… bukan dalam kapasiti kita untuk generalized sesiapa. Kita bukan Tuhan untuk evaluate niat manusia.
Kalau kita boleh hidup dengan rumah kosong tanpa hiasan, makan telur kicap hari-hari, pakai kereta yang sama hingga berpuluh tahun, terpulanglah. Kita memilih untuk zuhud walaupun kita mampu, alhamdulillah.
Tetapi bukan layak kita untuk judge orang lain yang renovate rumah, tukar kereta, sanggup menabung untuk beli hiasan rumah di IKEA (misalnya) sebagai membazir, sengaja cari stress atau nak menunjuk-nunjuk kepada jiran, mertua dan sebagainya.
Fahamilah, setiap dari kita ada preferences masing-masing dalam hidup ini. Kemudian, banyak details, konflik serta ‘behind the scenes’ yang kita tidak tahu hingga tak melayakkan kita untuk judge sesiapa pun.
Tulisan saya sebelum ini sebenarnya lebih kepada untuk relieved those mothers yang pernah rasa macam saya rasa untuk menenangkan diri mereka.
“It’s okay. Tak perlu high expectations pada diri sampai diri sendiri menderita. Yang paling penting, kita happy sebagai ibu, sebagai isteri,”
Sebabnya ada sesetengah dari kita try to improve bab-bab begini bukan untuk show-off pun, tak ada pun nak upload ootd atau gambar masakan dan deko rumah saban masa di media sosial, melainkan untuk kepuasan diri sendiri, untuk cabar diri sendiri.
Namun, akhirnya sampai satu masa (sebagaimana saya) sedarlah kita, hidup kita memang TAK BOLEH disamakan dengan orang lain yang kita ingat mereka superwoman and superwife itu. That’s it.
Suami saya pun pesan, kalau tak ikhlas, jangan buat. Nanti mulalah tak mampu nak senyum, nak marah je. Amal mana yang nak diangkat kalau tanpa kehadiran ikhlas..
Bila penat, bila sakit, rehatlah. Act like one.
Macam saya, bila saya diserang migrain, husband akan take over everything. Anak-anak pun dah faham bila ummi tak sihat. Mereka pun takdelah buat drama begitu begini. Secara tak langsung bila saya accept diri saya ni human-mom bukannya supermom, ia juga mewujudkan empati dalam diri anak-anak dan suami juga bahawa ummi ni manusia biasa.
‘Ummi sakit, ummi nak tidur, ummi nak rehat’. Suami dan anak-anak akan tahu tu. Alhamdulillah. Tapi ni valid untuk anak 2 years above lah. Yang baby lagi confirm dia nakkan umminya juga.
Jadi saya tak harap ada yang gunakan tulisan itu untuk ‘perli’ atau nak ‘padankan muka’ sesiapa pula sedangkan ia cuma untuk muhasabah golongan yang sekapal.
Jangan tak tahu, ada yang sampai rasa diri looser, hopeless bila anggap diri tak mampu hit expectation sebegitu. Allahu..
Yang tak diuji dengan hal sebegini tak perlulah ambil serius, syukurlah sebanyaknya tapi bukan bermakna perlu judge atau rendahkan orang lain. Come on, real queen should fix each other’s crown, right? Jadi, janganlah bitter sangat, please.
Moga kita menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...