“Jangan Cari Pasal, Ida Tengah Sarat.” Jarang Bergambar Bersama, Bonda Rozita Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Aliff Syukri & Isteri Bermasalah?

Share

Baru-baru ini pasangan merpati sejoli ini jarang dilihat bergambar bersama. bahkan, dalam video yang di ambil Dato Seri Aliff Syukri tidak lagi kelihatan isterinya.

Ini menyebabkan ada yang berasa hairan dan membuat andaian bahawa pasangan ini tengah berkrisis namun mereka mengambil pendekatan tidak menghebohkannya.

Apatah lagi, dalam setiap perkongsian suami isteri ini, pasti dapat membaca sendiri seperti ada yang tidak kena antara mereka berdua. Datin Seri Shahida Abdul Rashid, kerap meluahkan rasa sedih dan tiada gambar bersama sekeluarga sejak kebelakangan ini.

Malah Dato Seri Aliff Syukri juga dilihat jarang bergambar atau memuat naik cerita bersama isterinya.

Namun, perkongsian terbaru Bonda Rozita Ibrahim jelas menunjukkan anak menantunya berkrisis.

Anak sayang , menantu sy sayng..Keduanya anak sy ..Aduhai ujian Allah ginilah jd Mak..Ujian balik haji namanya
.
Anak senang sy jauhkan diri.. anak susah sy datang.. .hidup ni x lepas ujian Allah hantarkan pd manusia ..dr org keliling, keluarga, harta benda.. kesihatan , rupa paras juga ujian ” sy sgt jaga hati dn niat dn pesan pd anak2 HATI2 jaga hati dn iman waktu dlm kesenangan ”


.
Susah senang berbalik kpd Allah sahaja kerana islam itu ialah pendamaian dn jawaban pd kesulitan “ sbb tu Mak cakap anak2 kuatkan pegangan agama” .
Malam tadi kri ajak sy shooting “oh abg kosmetik”.. dia marah dgn ida sbb ida bayk tingkah ( sy faham dia sarat dn tersinggung dgn kri) Sbb Ida x nk shooting.. sy kata dgn kri, jgn buat hal cari pasal biarkan ida yg tgh sarat mengandung.. tlg hormati dia..”
.
Sy ckp dgn kri lagi, kalau kamu nak mak shooting dlm “ oh abg kosmetik” dgn 1 syarat.. “ko kena izinkan mak bercakap benda yg betul sahaja x ada yg tipu.. Mak xkan cakap benda tipu hormati prinsip Mak , yg tua dah nk mati pun ( sy hanya akn cakap benda benar saja) dn mak x kan nak yg yg drama2..sy tak suka


.
supaya ada pembelajaran dn ilmu dari setiap apa yg mak sampaikan.. mak dh tua syukri.. mak x kuasa nk layan ko semata2 layan glamour ko , tanpa pengisian ilmu..”


.
Bila dia setuju dgn syarat sy baru sy nk shooting .. bkn tujuan sy nk membela kebaikan anak sy ataupun menutup keburukannya.. dia tetap ada kebaikan dn masih banyak keburukan..
.
Manusia x pernah lepas dgn ke khilafan.. maka sbgai ibu sy sentiasa menyokong yg mana baik dn sentiasa menentang kpd perkara yg salah di sisi islam..

Semoga yang baik-baik saja buat Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang kini sedang sarang mengandung.

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklarishahidadherbs bondarozitaibrahim