Jangan Cakap Kerja Jururawat Senang, Wanita Ini Kongsi Cabaran Kerjaya Ini Ramai Yang Tak Tahu.

Share

Profesion sebagai seorang jururawat adalah antara profesion yang sentiasa berhadapan dengan cabaran untuk menyelesaikan pelbagai karenah manusia.

Pastinya ia memerlukan seseorang mempunyai sifat tabah, sabar dan penyayang bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Apa yang pasti, kerjaya sebagai seorang jururawat bukanlah sesuatu perkara yang mudah, dari mata kasar kita dapat lihat mereka tersenyum lebar dan komited , tetapi hakikatnya kerjaya itu sungguh mencabar.

Sebagaimana perkongsian Bel Nawhen , mengakui kerjayanya bukan pilihannya, namun akhirnya dia tetap teruskan untuk dalam bidang ini dan akhirnya ‘mencintai’ kerjaya ini.

Mengakui ada cabarannya bergelar ‘misi’ , begitulah luahnya dalam perkongsiannya di facebook miliknya.

ᴛᴀᴋ sᴇᴍᴜᴀ ʏᴀɴɢ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴀʜᴜ, ᴋɪᴛᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴅᴀᴘᴀᴛ

Rasanya saya pernah bagitahu, kerjaya sebagai Jururawat ni bukan satu kerjaya yang saya pilih.

Sebaliknya apa yang mak saya inginkan.

Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang peguam, tetapi kesusahan dan kekangan kewangan dulu, saya pendam cita-cita tersebut.

Asalnya, isi SPA untuk jawatan Juru Xray dan Jururawat merupakan pilihan terakhir.

Jangan tak tahu, saya pernah ditawarkan kos kejururawatan dari KPJ pada tahun 2006 dahulu tetapi saya tak mahu.

Bila dapat panggilan temuduga SPA di Melaka, saya kena pilih 1 jawatan. Katanya masa tu, saya tak boleh jadi Juru Xray sebab badan kecil dan mesin besar-besar. Jadi penemuduga cadangkan saya pilih Jururawat sebagai pilihan.

Soalan pula pasal Tsunami dan penyakit yang boleh terjadi kerana bencana tersebut. Konfiden saya sebut Kolera, Keracunan Makanan dan Minuman serta Cirit Birit. Siap bagitahu sebab apa boleh jadi macam tu. Semua ni memang saya study dulu sebelum interview. Dan saya merupakan peserta terakhir waktu tersebut.

Akhirnya, dapat tawaran Jururawat Pelatih dan bermulalah perjalanan mencari cinta dalam kerjaya. Saya mula jatuh cinta pada kejururawatan pada semester 1 (saya ada ceritakan dalam 𝗠𝗶𝘀𝗶 𝗜𝗺𝗽𝗼𝘀𝘀𝗶𝗯𝗹𝗲 2.0).

Grad je, sebulan tanam anggur terus dapat kerja. Dan saya dapat tempat yang saya tak suka. Dewan Bedah. Saya masa tu memang nak sangat masuk kerja ICU, tapi saya ikutkan dan belajar benda baru yang tak belajar masa student time. Hafal instrument, ingat balik anatomi dan lain-lain lagi. Kemudian, transfer ke beberapa hospital, pun dapat tempat lain, bukan dapat unit seperti di hospital sebelum. Saya sahut lagi cabaran tersebut.

Cabaran bergelar misi

Menangis? Itu biasa. Setiap unit baru yang saya masuk, mesti saya menangis sebab saya kena start from zero balik.

Masuk HDW, saya selak nota tentang ICU care, ventilator setting, baca tentang bacaan ECG dan ubatan.

Masuk Paeds Isolation dan SCAN unit, saya buka nota tentang penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Saya baca manangement dan simptom.

Masuk medical, saya hafal balik ubatan serta segala benda berkaitan medical yang lama saya tinggal hinggalah masuk OT balik.

Masuk OT pun, saya akan google, buka youtube untuk procedure yang saya tak pernah scrub in untuk pastikan saya bersedia dan tahu layer apa yang surgeon buka.

Begitulah kitaran kerja saya sepanjang 11 tahun servis dan hingga kini, saya masih google dan buka youtube bagi sebarang benda baru yang saya belajar sebab saya taknak jadi nurse yang sekadar pegang instrument tapi tak tahu apa yang surgeon buat.

𝗧𝗼𝘅𝗶𝗰𝗶𝘁𝘆

Kat mana-mana ada sahaja individu yang toxic tak kira level jawatan sekali pun.

Bukan tak pernah kena marah masa depan lif sebab semalam tak tolong sponging patient,

Bukan tak pernah kena tuduh pm tepi sister sebab kebetulan dapat cuti weekend dan dituduh nak off day sama dengan suami sedangkan suami pun weekend tak off.

Dan macam-macam lagi.

Dibenci sebab outspoken? Itu bukan kudis. Sebab itu, dengan mengabaikan apa yang orang cakap pasal kita merupakan satu perkara terbaik sebab last-last orang tu pula makan hati.

Kita tak boleh expect bila dah masuk servis segalanya indah macam zaman student. Bila dah bergelar Jururawat Terlatih, maka kita bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan dan perawatan yang kita rancang dan lakukan kepada pesakit.

Matlamat datang kerja, carried out segala tugasan dan pastikan pesakit selamat dalam jagaan kita. Dan bila progress pesakit semakin baik hari demi hari, ia merupakan satu kepuasan untuk kita.

Kita datang kerja bukan nak buat kawan-kawan suka kat kita. Kita kena pastikan kerja kita tak menyusahkan rakan sekerja bila kita punch out.

Kita kena pastikan tidak ada shortfall kat mana-mana yang boleh menyusahkan kita, pesakit dan rakan syif seterusnya. Hal-hal lain, kita tolak ketepi.

𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

Bab belajar ni subjektif. Memang ada tempat nak belajar bukan main payah hingga ada syarat bukan-bukan. Tetapi bagi saya, selagi belum ada hitam putih tentang syarat-syarat tersebut, kejarlah ilmu selagi mampu. Kenaikan pangkat, kita jadikan impian no 2. Kita kejar ilmu dengan niat memajukan sistem kejururawatan dan menaiktaraf sistem perawatan sedia ada bagi memastikan pesakit mendapat manfaatnya.

Kena ingat, tak semua orang boleh jadi seorang Jururawat walaupun netizen cakap senang je jadi Jururawat. 3 tahun jatuh bangun masa di Kolej Kejururawatan, kita sahaja yang tahu.

Nak pupuk redha,

Nak semai kasih pada kerjaya,

semua pada diri kita.

Bukan saya tak pernah give up, lebih-lebih lagi bila dituduh, dihalang, diuji dengan pelbagai kata tidak enak tentang saya oleh mereka yang langsung tak kenal saya, tapi saya jalan terus.

Untuk saya capai ke tahap yang terkini, bukanlah mudah. Terlalu banyak onak ranjau, berapa kali saya tersungkur menangis hingga bengkak-bengkak mata kerana tersinggung dengan kata-kata manusia. Menjadi seorang Nabiila bukan seindah yang dilihat.

Bab belajar pun, berapa banyak yang sudah saya korbankan tidak kira masa, tenaga dan wang ringgit cuma tidak semua saya beritahu di sosial media. Saya menghidangkan yang indah-indah sebagai motivasi kepada semua. Cabaran sebagai seorang Jururawat ni sentiasa ada dan makin lama makin banyak liku dia.

Percayalah,

Bila kita dah jumpa ikhlas dan sayang pada kerjaya ni, kita akan nampak betapa mudahnya laluan kerjaya kita.

Bila kita ikut apa yang mak kita mahukan, redha ibu itu yang memberkati setiap langkah kita bila menjalankan tugas.

Sumber: Bel Nawhen

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz