Ahad lalu, dikhabarkan berita sedih kematian seorang kanak-kanak perempuan baru berusia dua tahun maut selepas tertusuk pisau di perut. Tragedi ini berlaku di rumahnya ketika arwah berlari kearah neneknya yang berada di dapur.

Menurut laporan akhbar, ketika anak kecil ini berlari menuju ke arah neneknya, dia terjatuh dan tertusuk pisau yang berada dalam pinggan itu. Dalam keadaan panik, ahli keluarga arwah, segera menarik keluar pisau sepanjang 15 sentimeter. Arwah, adik  Nur Qhaisara Medina Supian, disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar.

Walaupun tidak mengenali anak syurga ini, pastinya hati setiap yang membaca berita duka ini, sebak. Malah setiap portal yang menyiarkan berita ini mendapat simpati masyarakat  mengenai tragedi duka ini.

Juga turut mendapat perhatian daripada seorang Penolong Pegawai PerubatanMuhsin Zaidi yang melahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku. Beliau juga berkongsi tindakan yang harus dilakukan jika melalui situasi sebegini.


Jangan Cabut, Bila Tertusuk Pisau. Pegawai Perubatan Ini Beri Panduan Hadapi Kejadian Ini
Gambar sekadar hiasan

Benar, ajal maut itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yang ada.

Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yang sebaya dengan mangsa. Mari kita tengok apa yang boleh kita ambil pengajaran.

Ads

Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun maut apabila pisau sepanjang 15cm tertusuk perutnya, masuk rapat hingga ke hulu pisau. Mangsa berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di dalamnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yang panik terus MENCABUT pisau itu.

Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.

JANGAN sesekali cabut

Jangan Cabut, Bila Tertusuk Pisau. Pegawai Perubatan Ini Beri Panduan Hadapi Kejadian Ini
Gambar sekadar hiasan

Ini isunya. Dalam perubatan kecemasan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut. Dalam kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah tikam organ apa di dalam. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yang paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur darah bernadi yang paling besar dalam badan). Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut darah keluar tak berhenti sampai la darah habis.

Ads

Kadang-kadang, walaupun ditikam, tapi perdarahan dalaman masih perlahan kerana objek itu menyekat perdarahan dari luka.

Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perdarahan masih perlahan.

Kebiasannya, jika pesakit sampai ke hospital dalam keadaan ada objek tertusuk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko untuk cabut keluar.

Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perdarahan akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.

Ads

Ingat, kalau ditikam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yang paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Moga perkongsian bermanfaat bersama.

Sumber: FB Muhsin Zaidi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI