Jangan Buat Main Ubat Tahan Sakit. Doktor Ini Jelaskan.

Share

Jangan buat main ubat tahan sakit. Memang bila makan, akan rasa  sakit hilang. Namun kesannya bahaya untuk kesihatan. Oleh itu, tidak boleh makan sebarangan tanpa nasihat doktor.

Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.

BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT

“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”

Wa alaikumus salam.


Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.
Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.

.
Lebih-lebih lagi pesakit migraine, gout dan arthritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan sakit-sakit badan. Pil-pil ini memberikan kelegaan setelah diambil beberapa minit saja. Walau bagaimanapun, ubat-ubat tahan sakit ini boleh memberikan kemudaratan pada perut.

.
Pada peringkat awal ia akan menyebabkan individu tersebut akan berasa kurang selesa, dan kembung perut. Lama kelamaan lapisan dalam perut menjadi bengkak (gastritis), kemudian menjadi luka (gastric ulcer) yang boleh menyebabkan pendarahan sehingga muntah darah. Walaupun ubat tahan sakit diberikan secara suntikan dan tidak memasuki perut, ia boleh menyebabkan masalah yang sama terutama wargatua yang berumur 60 tahun ke atas.

.
Ramai pesakit yang masih muda mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana mengambil dan memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal atau mengambil ubat-ubat yang dibeli dari toko-toko jamu yang mengandungi racun terkawal.

.
Ini kerana ubat penahan sakit terutamanya jenis NSAIDs menyebabkan saluran darah menjadi kecut dan ini menyebabkan pengaliran darah yang berkurangan ke buah pinggang.

.
Saya menasihatkan agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan ubat tahan sakit supaya tidak menggunakannnya secara berlebihan.

#HealthDrZubaidi