Jangan buat main takutkan anak-anak. Ada kesannya kepada anak bila besar nanti. Perkongsian oleh kaunselor sekolah ini,Puan Farhana boleh jadi panduan bersama.
Padah menakutkan anak
Sebelum ni, saya ada satu habit suka bergurau dengan anak. Tapi bergurau tu sebenarnya menjadikan anak anak takut.
Tahu tak saya suka buat apa?
Kalau anak buat perangai je, saya suka lari menyorok, sampai mereka tercari cari saya.
Mula mula seronok tau tengok mereka tercari cari, menangis panggil ibu.
Haa, masa tu saya fikir ” baru tahu nak cari ibu”.
Buat lagi benda ibu tak suka.
Tapi kan, lama kelamaan. Saya baru nampak kesan perbuatan saya tu.
Sekarang dua dua anak, Aufa dan Ulwan ni macam trauma tau.
Tak nampak ibu depan mata mulalah mereka tercari cari.
Kalau saya nak pergi mana mana, walaupun dalam rumah mereka akan pegang baju belakang. Ikut je ke mana saya pergi.
Saya jadi rimas tau.
Saya pun tanya Aufa
“Kenapa suka sangat ikut ibu ni”
Kemudian, jawapan yang dia berikan buat saya tersentap.
“Yela ibu, kakak takut sangat ibu hilang lagi. Kakak takut duduk sorang…”?
Ya Allah baru saya teringat saya suka bergurau menghilangkan diri.
Kesan dia jelas nampak di depan.
Saya dah bina ketakutan dalam diri anak anak.
Memang mereka behave elok je sekarang. Tapi apa yang berlaku, mereka sudah ada 1 ketakutan yang mereka bina dalam diri.
Bila saya lihat benda ni berlaku, saya cuba baiki balik pemikiran mereka.
Saya selalu kat
“Ibu ada ni kakak, tak payah lah asyik ikut”
Tapi, dia masih tidak percaya. Dia masih percaya bahawa saya akan hilang. Ketakutan itu masih kukuh ada di dalam fikirannya.
Puas saya kata bahawa saya tidak akan ‘hilang’ lagi tetapi dia tak percaya dah?
Jadi, saya rasa serik sangat sekarang. Dah tak berani nak bergurau atau suka suka menakutkan anak.
Nampak macam benda kecil je, tapi anak anak pegang sampai besar
Sama juga kalau kita biasa takutkan anak ‘ada hantu dalam gelap’, sampai besar dia pegang perkara itu. Sampai nak tutup lampu pun takut.
Walaupun anda kata mana ada hantu, tapi kepercayaan itu sudah tertanam dalam diri mereka. Nak ubah macam mana?
Sekarang ni, trend orang takutkan anak dengan sapu dakwat hitam, merah pada mata anak. Konon nak takutkan anak sebab banyak main phone.
Anak tu meraung raung takut. Tapi, mak ayah tergelak gelak sahaja. Misi dah berjaya.
Mungkin anda berjaya selesaikan 1 masalah. Mereka dah tak nak main handphone.
Tapi..
Anda selesaikan satu masalah, tetapi anda tambahkan lagi satu masalah.
Nak ubat ketakutan yang tertanam dalam jiwa anak anak bukan mudah.
Bukan semudah kikis karat pada besi, lepas tu gosok dengan kertas pasir.
Not easy as that.
Jadi, terpulang lah pada anda. Jika anda masih seronok menakutkan anak, anda boleh buat lagi dan lagi.
Tetapi, kesannya anda boleh lihat nanti.
Anak anak jadi penakut.
Jiwanya jadi lemah
Sampaikan kita jadi rimas
Sedangkan hakikatnya kita yang memulakan ‘permainan’ ini.
#notaparentingpuanfarhan