Jangan Buat Main, Garam Gula Pun Jadi Faraid. Deep!

Share

Rupanya ramai yang kurang ilmu mengenai sistem faraid yang dilaksanakan oleh Islam yang tidak boleh dibuat main walaupun hanya melibatkan harta arwah sekadar gula atau garam.

Nampak biasa tetapi ia perkara yang tak boleh dibuat main.

Ikuti perkongsian ini yang sungguh bermanfaat oleh peguam ini.

Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?

Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.

Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?

Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?

Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.

Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.

Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.

Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat

Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.

Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.

Sebarang persoalan boleh ajukan di https://tanyalahpuanumi.wasap.my

Kredit:PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com