Jangan Buat Main Dengan Instinct Isteri. Ini Kelebihan Ada Pada Dirinya.

Share

Jangan main-main dengan instinct orang perempuan. Terutamanya seorang ibu atau seorang isteri.

Kerana terlalu banyak dan terlalu besarnya pengorbanan mereka, Allah kurniakan mereka deria ke 7 yang sangat kuat.

Allah sangat sayang 2 kumpulan ni; ibu dan isteri.

Anak-anak, jangan la cuba nak tipu mak. Jangan sesekali. Sebab mak akan tahu juga akhirnya.

Mak bukan saja tahu anaknya menipu, tapi mak juga akan tahu bila anak-anaknya ditimpa kesusahan atau berada dalam masalah.

Hebatnya ilmu seorang mak terhadap anak, dia akan tahu semua tentang anaknya walaupun anak cuba nak sembunyikan.

Marah anak, tak puas hati anak, sakit hati anak, susah anak… semua-semua lah. Seorang mak akan tahu.

So, jangan cuba-cuba nak tipu mak ye. Kalau ada benda perlu bagitahu, bagitahu dulu cepat-cepat. Jangan sampai mak tahu sendiri dari mulut orang lain. Kecik hati mak.

Isteri pun sama. Suami-suami jangan la cuba nak tipu isteri. Dia akan tahu.

Lebih-lebih lagi kalau buat benda yang salah dan berdosa. Isteri akan dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.

Part ni memang boleh tabik la kat insan yang namanya isteri. Allah memang bagi sungguh anugerah ni pada isteri.

Mana taknya, tiada insan semulia seorang isteri. Dia bukan saja menyerahkan seluruh tubuhnya kepada manusia bernama suami, tetapi dia menyerahkan nasib sepanjang hidupnya juga kepada suami.

Lebih daripada itu, dia menyerahkan 100% kepercayaannya kepada suami untuk menjaganya, membimbingnya, memberi nafkah kepadanya dan menjaga kebajikan anak-anaknya.

Bila berkahwinnya seorang wanita yang beriman, hidup dan matinya hanya untuk mengabdikan diri kepada suaminya. Sebab itu Allah balas dengan ganjaran yang besar kepada isteri asbab pengorbanannya itu.

Isteri serahkan sepenuh jiwa raganya kepada suami, Allah anugerahkannya deria yang kuat yang boleh menghidu perbuatan buruk dan berdosa suaminya.

Allah tak akan biarkan pengorbanan seorang isteri berlalu sia-sia. Allah pasti akan gerakkan hatinya demi untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga.

Baik pecah rahsia awal-awal daripada berselindung di sebalik angkara yang durjana buat sekian lama. Betul tak?

Bukan mudah sebuah kepercayaan nak diberi. Tapi sekali kepercayaan itu dikhianati, isteri akan ingat dan terasa hati sampai mati.

Perasaan cinta dan sayangnya terhadap suami tak akan sama lagi.

So, buat semua anak-anak dan para suami…

Jagalah hati ibu dan isteri. Jangan cuba-cuba nak buat benda tak senonoh di belakang ibu atau isteri. Lambat laun mereka akan tahu jugak.

Nak percaya ke, taknak percaya ke, terserah.

Dan bila kita jujur dan tidak menipu, pasti Allah akan bagi balasan yang setimpal dengan kejujuran dan keikhlasan kita sebagai anak atau suami.

Percayalah.

Kredit: Khairul Anuar