Kesukaran untuk menelan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Disfagia, adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan.
Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar.
Sebab yang biasa:
Ujian diagnostik mungkin dijalankan untuk mengesahkan punca-punca masalah kesukaran menelan makanan termasuklah:
TANDA DAN GEJALA
Untuk bayi dan kanak-kanak, tanda dan gejala kesukaran menelan termasuklah:
KOMPLIKASI
Kesukaran menelan menyebabkan badan kita tidak cukup makanan dan cecair yang berkhasiat. Seseorang yang mengalami masalah kesukaran menelan adalah berisiko untuk menjadi malnutrisi dan kurang air (dehydration). Jika makanan dan cecair memasuki ruang pernafasan (aspiration) semasa menelan, masalah pernafasan atau jangkitan boleh berlaku, seperti serangan demam pneumonia yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan.
RAWATAN
Rawatan untuk kesukaran menelan selalunya ditentukan dengan jenis yang tertentu atau punca masalah menelan tersebut.
PENCEGAHAN
Bagi penjagaan di rumah, makan secara perlahan-lahan, kunyah makanan sepenuhnya. Jika seseorang secara tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda tersedak dan kesukaran bernafas, pintasan Heimlich perlu dilakukan dengan segera.
Anda mungkin lebih senang untuk menelan cecair atau makanan yang dilenyek daripada yang pejal. Elakkan mengambil makanan yang terlalu panas. Hubungi atau berjumpa dengan doktor jika masalah ini berlarutan, walaupun gejalanya hanya sekali sekala sahaja.
Beritahu doktor sebarang gejala sekiranya ada, seperti batuk, bersin, demam, kesejukkan, sakit abdomen, sakit semasa menelan, loya atau muntah, muntah berdarah, penurunan berat badan, pedih hulu hati, atau rasa masam di mulut.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad