Kesukaran untuk menelan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Disfagia, adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan.
Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar.
Sebab yang biasa:
Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan emosi atau masalah kemurungan, tumors, penyakit pada tulang cervical dan jaringan esophageal.
Masalah saraf otot seperti strok, penyakit Parkinson’s, Penyakit Huntington’s, pelbagai skelerosis, muscular dystrophy dan jangkitan-jangkitan (seperti polio dan sifilis).
Masalah yang berkaitan dengan esophagus termasuklah halangan kepada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan oleh tumors, bendasing dan penyempitan yang disebabkan oleh radiasi, ingensi kimia, pengubatan atau ulser.
Ads
Masalah otot dan saraf seperti achalasia, kekejangan esophageal yang tersebar, Hypertensive lower esophageal sphincter (otot di hujung esophagus yang membenarkan makanan melaluinya ke perut), nutcracker esophagus dan scleroderma.
Ujian diagnostik mungkin dijalankan untuk mengesahkan punca-punca masalah kesukaran menelan makanan termasuklah:
(Barium swallow) Kajian menelan menggunakan Barium
X-ray dada
Endoskopi
Ujian keasidan esopaghus, juga dikenali sebagai pengujian pH (memeriksa asid yang keluar dari perut dan memasuki esophagus, seperti dalam penyakit gastroesophageal reflux).
Esophageal manometry (pengukuran tekanan).
TANDA DAN GEJALA
Terasa sakit semasa ingin menelan
Tidak boleh menelan langsung
Tersedak atau batuk ketika menelan
Terasa makanan terlekat di tekak atau dada, atau belakang tulang dada (sternum).
Terasa tekanan atau sakit di dada
Makanan naik semula (Regurgitation)
Kerap pedih ulu hati
Makanan atau asid perut naik ke tekak
Bunyi membuak (membobok) di bahagian tekak
Berat badan turun dengan tiba-tiba
Untuk bayi dan kanak-kanak, tanda dan gejala kesukaran menelan termasuklah:
Kurang minat kanak-kanak semasa makan atau menyusu
Rasa tegang pada badan semasa menyusu
Tidak mahu makan makanan yang berbeza tekstur
Menyusu atau makan terlalu lama (30 minit atau lebih)
Makanan atau minuman terkeluar (bocor) dari mulut
Batuk atau tersedak semasa menyusu atau makan
Meludah keluar atau muntah ketika menyusu atau makan
Tidak mampu mengkodinasi pernafasan dengan makan atau minum
Berat badan lambat naik dan tumbesar yang lembab
KOMPLIKASI
Ads
Kesukaran menelan menyebabkan badan kita tidak cukup makanan dan cecair yang berkhasiat. Seseorang yang mengalami masalah kesukaran menelan adalah berisiko untuk menjadi malnutrisi dan kurang air (dehydration). Jika makanan dan cecair memasuki ruang pernafasan (aspiration) semasa menelan, masalah pernafasan atau jangkitan boleh berlaku, seperti serangan demam pneumonia yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan.
RAWATAN
Rawatan untuk kesukaran menelan selalunya ditentukan dengan jenis yang tertentu atau punca masalah menelan tersebut.
Ads
PENCEGAHAN
Bagi penjagaan di rumah, makan secara perlahan-lahan, kunyah makanan sepenuhnya. Jika seseorang secara tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda tersedak dan kesukaran bernafas, pintasan Heimlich perlu dilakukan dengan segera.
Anda mungkin lebih senang untuk menelan cecair atau makanan yang dilenyek daripada yang pejal. Elakkan mengambil makanan yang terlalu panas. Hubungi atau berjumpa dengan doktor jika masalah ini berlarutan, walaupun gejalanya hanya sekali sekala sahaja.
Beritahu doktor sebarang gejala sekiranya ada, seperti batuk, bersin, demam, kesejukkan, sakit abdomen, sakit semasa menelan, loya atau muntah, muntah berdarah, penurunan berat badan, pedih hulu hati, atau rasa masam di mulut.
Pening kepala dan pengsan secara tiba-tiba salah satu gejala mereka yang berhadapan dengan masalah tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah tidak hanya berlaku kepada ibu hamil. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Tekanan darah rendah berlaku apabila pesakit mempunyai tekanan lebih rendah daripada bacaan normal. Julat tekanan darah yang normal adalah di antara bacaan 90/60 milimeter merkuri (mmHg) hingga 140/90mmHg.
Jika tekanan darah kurang daripada bacaan itu, pesakit akan mengalami masalah pening kepala dan pengsan. Namun, jika ia lebih daripada julat tersebut pula pesakit dikatakan mengalami tekanan darah tinggi.
Tidak semua pesakit menunjukkan simptom tekanan darah rendah. Ia mungkin disebabkan memang bacaan untuk tekanan darah sebelum itu mempunyai bacaan yang rendah.
Bacaan yang rendah itu biasanya berlaku kepada kaum wanita, kurus dan faktor keturunan.
Antara simptom yang ditunjukkan masalah itu seperti:
1. Rasa berdebar-debar
2. Pening kepala
3. Badan menjadi lemah
4. Pengsan
5. Sesak nafas
6. Pandangan menjadi berpinar ataupun kabur
7. Merasakan badan sejuk
8. Muka pucat
Beberapa punca sebenar yang boleh menyebabkan tekanan menjadi terlalu rendah adalah:
1. Masalah jantung
Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jika organ itu mengalami masalah, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Beberapa penyakit yang menyebabkan masalah pada jantung adalah serangan sakit jantung, injap jantung bermasalah, jantung berdenyut tidak normal, lemah jantung, keradangan pada otot jantung.
2. Masalah endokrin
Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan penghasilan hormon di dalam badan. Ia boleh mempengaruhi pelbagai organ dalam badan termasuk jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Beberapa masalah yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah disebabkan masalah endokrin adalah Diabetic Ketoacidosis (masalah kencing manis dan gula dalam darah sangat tinggi) dan Addison’s Disease (tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengekalkan kandungan gram dalam darah.
3. Kurang air
Masalah yang menyebabkan muntah-muntah dan boleh membuatkan seseorang itu kekurangan air dalam badan. Terutamanya jika pesakit tidak boleh minum air disebabkan asyik muntah.
Masalah itu akan menyebabkan isipadu darah semakin kurang dan tekanan darah juga menjadi kurang.
4. Pendarahan
Pendarahan yang teruk juga akan menyebabkan isipadu darah menjadi berkurangan. Bagi pesakit kehilangan darah perlu diganti dengan darah semula.
5. Jangkitan kuman yang teruk (Sepsis)
Jika kuman telah memasuki darah, ia boleh menyebabkan satu keadaan yang dinamakan sebagai sepsis. Jika tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah dan keadaan itu dipanggil sebagai Septic Shock dan boleh membawa kepada maut.
Jangkitan yang boleh berlaku dengan teruk adalah jangkitan paru-paru, jangkitan pada kulit(cellulitis), jangkitan pada tempat buang air kencing atau kencing kotor dan banyak lagi.
Siapa lebih berisiko :
1. Pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
2. Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah.
3. Mereka yang menghadapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan pernah mengalami serangan sakit jantung adalah berisiko
Pernahkah kita mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal kita sdg duduk beristirehat je.
Jika perkara itu terjadi buat sementara, ianya mungkin tidak merbahayakan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor.
Nak tahu lebih lanjuti ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai punca berlakunya masalah kesihatan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terdapat pelbagai puncanya.
Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai *aritmia* berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.
Terdapat 4 lagi keadaan di mana masalah ini berbahaya.
1. Jantung berdebar disebabkan penyakit *sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung*.
Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung. Ini
menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab.
2. Aritmia *selepas pembedahan jantung*.
Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.
3. *Perubahan pada otot jantung* . Jika kita pernah mengalami serangan sakit jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.
4. Aritmia jantung disebabkan *ketidakseimbangan mineral*.Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung. Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.
*Tanda degupan jantung laju dan berbahaya* apabila
kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada. Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sakit jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.
SAKIT DADA
.
Sakit dada diertikan sebagai kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada. Ia berlaku apabila dada terasa berangin, terasa sesak dan dicucuk, berat atau rasa seperti ditekan.
Sakit dada juga merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan. Ia merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.
.
PUNCA-PUNCA SAKIT DADA
.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada ini berlaku. Oleh kerana simptom ini boleh merujuk kepada penyakit yang serius seperti serangan sakit jantung, maka anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika mempunyai simptom tersebut. Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit dada ini tidak mengalami serangan jantung.
.
Antara punca-puncanya ialah :
.
1. Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
2. Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung
3. Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
4. Sakit di bahagian perut hingga ke dada
5. Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk
6. Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma
7. Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
8. Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
9. Sakit belakang
.
RAWATAN UNTUK SAKIT DADA
.
Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan.
.
Untuk mengesahkan seseorang yang mengalami sakit dada akibat oleh serangan jantung, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit tersebut dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.
.
Untuk masalah gastrik, selalunya pesakit akan dirawat dengan memberikan ubat gastrik dan ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.
.
Ada sesetengah sakit dada disebabkan otot dada yang tercedera mungkin disebabkan batuk yang terlalu kuat. Selalunya pesakit seperti ini boleh dirawat dengan penggunaan ubat tahan sakit. Malah jika ia tidak terlalu teruk, pesakit tidak perlu ambil apa-apa ubat dan ia akan baik dengan sendirinya.
.
Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa. Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh berkongsi kisah cinta mereka, termasuk perkahwinan dengan sepupu sendiri.Trend ini menarik perhatian ramai, terutamanya apabila detik-detik manis seperti...