Jangan Buat Main Bila Sakit Tulang Belakang. Jika Kronik Boleh Jadi Lumpuh. Baca Penjelasan Doktor Ini.

Share

Kita  biasa rasa sakit pada bahagian belakang terutama kawasan tengah pinggang. Mungkin kita beranggapan ia biasa-biasa aje bila duduk terlalu lama apabila bekerja. Malah kita hanya akan sapu minyak angin je untuk melegakan rasa sakita. Namun situasi itu dibiarkan berlalu dan kerap  terlalu pada anda.

Sebenarnya menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, situasi ini tidak boleh dipadang ringan. Ini sebabnya.

Ikuti perkongsiannya.

“Assalammualaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”
.
Wa alaikum mus salam.
.
Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang. Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc. Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.

.
Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak, duduk atau berdiri lama atau di dalam posisi membongkok. Rasa sakit ini akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Jika teruk, ia boleh menyebabkan rasa kebas pada bahagian itu.

.
Saya mencadangkan saudara melakukan pemeriksaan, di mana doctor akan melakukan pemeriksaan x ray dan Magnetic Resonance Imaging, MRI untuk mengetahui punca sebenar masalah tulang belakang saudara. Jika disahkan saudara mengalami masalah yang saya beritahu tadi, dan berada dalam peringkat awal, doktor akan mencadangkan saudara supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

.
Saudara akan diberi ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan. Jika kesakitan beransur kurang, saudara dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Selepas tempoh enam minggu, dan masih tidak ada perubahan dan saudara mengalami kesakitan yang melampau, doktor akan menasihatkan saudara menjalani pembedahan discectomy.

.
Dalam pembedahan ini, tulang rawan (disc) yang tergelincir akan dibuang supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan. Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

#HealthDrZubaidi