Jangan Buat Main Bila Sakit Perut, Bimbing Risiko Kanser Perut

Share

Ramai yang di antara kita yang tidak memperdulikan rasa sakit perut. Terutama mereka yang pernah didiagnosa sbg “gastritis”. Pada mereka, rasa sakit perut ini mungkin akibat penyakit “gastritis” yang kronik dan berulang.

Seorang ibu bernama Amy Driben-Salcedo berusia 49 tahun juga beranggapan sama.

Beliau menghidap rasa sakit perut selama 4-5 bulan pada tahun 2017.

Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan sentiasa sibuk menguruskan mereka.

Beliau pernah bertanyakan kpd kawan-kawan, mencari maklumat di alam maya dan bertanyakan pada beberapa orang doktor. Namun tidak menyangka ia adalah tanda-tanda awal kamser usus besar.

Rasa sakit bermula di bahagian abdomen dan “menjalar” ke bahagian punggung dan belakang.

“Saya googled rasa sakit yang saya alami dan menukar kepada diet kerana tidak boleh lagi makan seperti biasa”

Oleh kerana kesibukan dan tidak selera makan, berat badannya menurun dengan cepat.

Apa yang beliau tidak ketahui bahawa rasa sakit perut dan kehilangan berat badan secara mendadak adalah antara tanda kanser usus besar yang selalu tidak disedari.

Tanda kanser usus besar yang lain adalah masalah cirit birit atau sembelit, pendarahan pada dubur atau terdapat kesan darah pada najis, rasa lemah dan cepat letih.

Akhirnya pada Januari 2018, beliau berjumpa dengan pakar gastroenterologist. Dari pemeriksaan darah dan xray, mulanya normal.
Jadi doktor mendiagnosakan sebagai Irritable Bowel Syndrome dan diberikan ubat-buatan.

Selepas mengambil ubatan tersebut selama beberapa minggu, rasa sakit telah berkurangan. Namun selepad itu rasa sakit, berulang.

Alhirnya doktor mencadangkan pemeriksaan CT scan dan mengesyaki terdapat tumour pada usus besar dan mencadangkan pemeriksaan lanjut menggunakan MRI.

Pemeriksaan MRI menunjukkan terdapat beberapa tumor dalam usus beliau, dan mencadangkan pula pemeriksaan colonoscopy. Akhirnya beliau didiagnosakan sebagai kanser usus setelah sampel dari tumour diambil dan dihantar untuk pemeriksaan histopathology.

Di Amerika Syarikat, lebih 200,000bkes kanser usus yang didiagnosa setiap tahun, selalunya pesakit berusia 50 tahun ke atas. Namun pada masa sekarang, lebih ramai mereka yang berusia kurang 50 tahun mengalami masalah ini.

American Cancer Society mencadangkan agar pemeriksaan colonoscopy untuk mereka yang berusia 45 tahun ke atas, yang mengalami masalah rasa sakit abdomen dan mengalami pendarahan dari dubur.

InsyaAllah dengan pemeriksaan dan saringan yang lebih awal, penyakit ini dapat dirawat dgn lebih baik.

Pengamalan pemakanan yang sihat sangat membantu mencegah penyakit ini. Banyakkan pengambilan sayuran dan minyak sihat seperti minyak zaitun sangat membantu mencegah penyakit kanser perut.

Moga kita menjaga kesihatan diri dengan sempurna.

Sumber: FB Dr Zubaidi Abidin