Ramai yang menyangka bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan datang untuk melakukan pemeriksaan sehingga mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi.
.
Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini ada kalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pendalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut.

Jangan Buat Main Bila Demam Masa Pantang. Alert Pesanan Doktor Ini.

Demam dan rasa sakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Caesarean. Ia juga boleh berlaku di sepanjang tempoh menyusukan anak.
.
“Saya pernah mengalami luka yang lambat baik di kawasan faraj selepas melahirkan anak kedua saya. Saya mengalami demam yang teruk dan kemaluan saya mengeluarkan lendiran yang busuk. Kenapa saya boleh mengalami luka di situ doktor?”
.
Walaupun proses kelahiran bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun tidak semua wanita dipermudahkan ketika menjalani proses kelahiran. Jadi kecederaan fizikal boleh berlaku, dan selalunya berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiran bayi, sama ada di pangkal rahem (cervix) atau di faraj terutama apabila bayi yang dilahirkan bersaiz lebih besar dari yang dijangka.

Ads

Jangkitan Kuman

Ads

Jangan Buat Main Bila Demam Masa Pantang. Alert Pesanan Doktor Ini.
Sesetengah wanita mempunyai luka dari kecederaan itu yang tidak dapat disembuhkan dengan sendirinya kerana ketika proses kehamilan selepas kelahiran, banyak perubahan fisiologi yang membantutkan proses penyembuhan ini.
.
“Doktor saya hairan mengapa pihak hospital tidak mampu mengesan masalah ini ketika di hospital. Sekarang ini isteri saya sudah tiga hari demam dan menggigil. Ini kecuaian pihak hospital..”
.
Saya cuba mengimbau semula pengalaman saya bekerja di wad bersalin di sebuah hospital awam di selatan tanah air.
Seingat saya ketika itu, setiap hari antara 30-50 wanita yang melahirkan anak di wad itu sehari, terutama di wad tiga. Dalam jumlah yang sebegitu ramai, kemudahan katil untuk digunakan semula oleh wanita yang melahirkan anak keesokan harinya amat tinggi. Selalunya wad akan penuh. Jadi mereka dibenarkan pulang ke rumah jika tidak mempunyai apa-apa komplikasi kelahiran yang nyata.
.
Selepas pemeriksaan di bahagian abdomen dan faraj bagi memeriksa jika ada kapas atau jarum yang tertinggal, dan bayi yang dilahirkan telah kencing dan buang air besar, para ibu dibenarkan pulang untuk berehat di rumah. Malangnya kebanyakan wanita yang mengalami jangkitan kuman selalunya mengalami demam, merasa sakit pada bahagian tertentu selepas dibenarkan keluar dari hospital.
.
Oleh itu selalunya kebanyakan jangkitan kuman hanya dapat dikesan selepas seorang wanita itu berehat di rumah. Dalam satu kajian yang dilakukan di UK mendapati 94% dari kes jangkitan kuman ini didiagnosa selepas wanita dibenarkan keluar dari hospital. Dalam hal ini saya tidak merasakan ini suatu kecuaian pihak hospital. Lainlah jika wanita itu mempunyai demam tinggi semasa di wad dan dibenarkan pulang ke rumah tanpa rawatan.

Ads

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI