Pernah tak dengar suami atau isteri berdengur? Mungkin juga ibu ayah atau ahli keluarga yang turut sama berkeadaan begitu. Pastinya ya!
Biasanya kita akan cakap, “penat tu, kerja tak berhenti atau tak cukup rehat sebab itu berdengkur.”
Hakikatnya ia bukan situasi yang boleh dibuat main, jika dibiarkan ia mungkin sebagai petanda kepada penyakit yang bahaya.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih Apabila pasangan atau ahli keluarga anda mengalami tidur yang berdengkur, anda perlu ambil berat tentang hal ini.
Gejala berdengkur sebenarnya mungkin antara tanda kepada penyakit yang lebih berbahaya.
Perhatikan gejala-gejala lain :
1. Tidur dengan berdengkur
2. Terjaga ketika tidur dengan rasa sesak nafas dan terbatuk-batuk
3. Mengantuk pada waktu siang hari
4. Pening dan sakit kepala pada pagi hari
5. Anda perhati, pasangan anda tidur dengan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika tidur
Semua tanda ini adalah simptom yang perlu anda ambil perhatian. Kita panggil obstructive sleep apnea.
Jika tidak dirawat awal, ia boleh memberi komplikasi jangka panjang kepada organ tubuh seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
Makna OSA
‘Obstructive Sleep Apnea’ merupakan masalah yang berlaku apabila pesakit berhenti bernafas ketika tidur. Ia berlaku dalam beberapa cycle sepanjang pesakit tidur.
Ciri-ciri dan gejala terperinci masalah ini adalah seperti berikut:
– Berdengkur yang sangat kuat ketika tidur
– Mengantuk pada siang hari. Rasa lesu dan tak cukup tidur
– Berhenti bernafas ketika tidur. Ini boleh diperhatikan oleh orang sekeliling. Ibu bapa atau pasangan.
– Terjaga dari tidur secara tiba-tiba, tercungap-cungap dan rasa seperti tersedak
-Berat dan sakit kepala pada pagi hari
– Tidak fokus pada siang hari
Adakah anak anda atau pasangan anda alami gejala seperti ini? Jika ada, bawalah mereka berjumpa doktor.
Rawatan setiap pesakit berbeza. Sama ada penggunaan mesin CPAP, pembedahan atau hanya penurunan berat badan.
Rawatan:
Ramai bertanya saya rawatan untuk suami, isteri atau ahli keluarga mereka yang mengalami gejala berdengkur teruk, atau obstructive sleep apnea. Tidur kadang tu sampai macam berhenti nafasnya. Macam mana nak rawat? Ada orang kata guna mesin CPAP sahaja, betul ke?
Langkah pertama anda perlu lakukan kepada orang yang anda sayang ialah kenalpasti gejala mereka (anda boleh lihat posting saya sebelum ini untuk gejala OSA lebih terperinci).
Jika mereka ada tanda-tanda seperti itu, bawa mereka untuk pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor yang memeriksa akan memberi nasihat kesihatan selepas pemeriksaan dilakukan.
Sekiranya doktor merasakan anda benar-benar mengalami gejala OSA, ujian sleep study perlu dilakukan. Di sinilah rujukan ke klinik pakar seperti ENT diperlukan.
Apa kami lakukan di ENT? Kami akan dapatkan lebih terperinci sejarah pesakit, lakukan pemeriksaan mulut, hidung, tekak dan masukkan kamera ‘flexible scope’ untuk pemeriksaan sangat lebih terperinci. Kami akan lihat dimanakah punca masalah pesakit ini ‘level of obstruction’ dan sejauh mana teruknya sekatan pada salur pernafasan.
Kemudian ujian sleep study akan dilakukan. Ini penting untuk menentukan type of apnea, level of OSA dan sebagainya. Ada apnea disebabkan oleh central cause, maknanya bukan disebabkan oleh salur nafas pesakit. Ini semua akan diketahui melalui sleep study ‘polysomnography’. Sebab itu ia sangat penting Selesai sleep study dan pemeriksaan di klinik, kami akan bentangkan treatment plan khusus untuk pesakit. Setiap pesakit tak sama
Rawatan pesakit OSA merangkumi penggunaan mesin CPAP, pembedahan, penurunan berat badan, ‘lifestyle change’ dan banyak lagi.
Oleh itu, jika anda perasan ahli keluarga anda mengalami gejala dengkur yang kuat, dapatkan segera pemeriksaan kesihatan.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club