Pernah tak dengar suami atau isteri berdengur? Mungkin juga ibu ayah atau ahli keluarga yang turut sama berkeadaan begitu. Pastinya ya!
Biasanya kita akan cakap, “penat tu, kerja tak berhenti atau tak cukup rehat sebab itu berdengkur.”
Hakikatnya ia bukan situasi yang boleh dibuat main, jika dibiarkan ia mungkin sebagai petanda kepada penyakit yang bahaya.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Apabila pasangan atau ahli keluarga anda mengalami tidur yang berdengkur, anda perlu ambil berat tentang hal ini.
Gejala berdengkur sebenarnya mungkin antara tanda kepada penyakit yang lebih berbahaya.
Perhatikan gejala-gejala lain : 1. Tidur dengan berdengkur 2. Terjaga ketika tidur dengan rasa sesak nafas dan terbatuk-batuk 3. Mengantuk pada waktu siang hari 4. Pening dan sakit kepala pada pagi hari 5. Anda perhati, pasangan anda tidur dengan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika tidur
Semua tanda ini adalah simptom yang perlu anda ambil perhatian. Kita panggil obstructive sleep apnea.
Ads
Jika tidak dirawat awal, ia boleh memberi komplikasi jangka panjang kepada organ tubuh seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
Makna OSA
Ads
‘Obstructive Sleep Apnea’ merupakan masalah yang berlaku apabila pesakit berhenti bernafas ketika tidur. Ia berlaku dalam beberapa cycle sepanjang pesakit tidur.
Ciri-ciri dan gejala terperinci masalah ini adalah seperti berikut:
– Berdengkur yang sangat kuat ketika tidur
– Mengantuk pada siang hari. Rasa lesu dan tak cukup tidur
– Berhenti bernafas ketika tidur. Ini boleh diperhatikan oleh orang sekeliling. Ibu bapa atau pasangan.
– Terjaga dari tidur secara tiba-tiba, tercungap-cungap dan rasa seperti tersedak
-Berat dan sakit kepala pada pagi hari
– Tidak fokus pada siang hari
Adakah anak anda atau pasangan anda alami gejala seperti ini? Jika ada, bawalah mereka berjumpa doktor.
Rawatan setiap pesakit berbeza. Sama ada penggunaan mesin CPAP, pembedahan atau hanya penurunan berat badan.
Rawatan:
Ramai bertanya saya rawatan untuk suami, isteri atau ahli keluarga mereka yang mengalami gejala berdengkur teruk, atau obstructive sleep apnea.
Tidur kadang tu sampai macam berhenti nafasnya. Macam mana nak rawat? Ada orang kata guna mesin CPAP sahaja, betul ke?
Langkah pertama anda perlu lakukan kepada orang yang anda sayang ialah kenalpasti gejala mereka (anda boleh lihat posting saya sebelum ini untuk gejala OSA lebih terperinci).
Jika mereka ada tanda-tanda seperti itu, bawa mereka untuk pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor yang memeriksa akan memberi nasihat kesihatan selepas pemeriksaan dilakukan.
Sekiranya doktor merasakan anda benar-benar mengalami gejala OSA, ujian sleep study perlu dilakukan. Di sinilah rujukan ke klinik pakar seperti ENT diperlukan.
Apa kami lakukan di ENT? Kami akan dapatkan lebih terperinci sejarah pesakit, lakukan pemeriksaan mulut, hidung, tekak dan masukkan kamera ‘flexible scope’ untuk pemeriksaan sangat lebih terperinci. Kami akan lihat dimanakah punca masalah pesakit ini ‘level of obstruction’ dan sejauh mana teruknya sekatan pada salur pernafasan.
Kemudian ujian sleep study akan dilakukan. Ini penting untuk menentukan type of apnea, level of OSA dan sebagainya. Ada apnea disebabkan oleh central cause, maknanya bukan disebabkan oleh salur nafas pesakit. Ini semua akan diketahui melalui sleep study ‘polysomnography’. Sebab itu ia sangat penting
Selesai sleep study dan pemeriksaan di klinik, kami akan bentangkan treatment plan khusus untuk pesakit. Setiap pesakit tak sama
Rawatan pesakit OSA merangkumi penggunaan mesin CPAP, pembedahan, penurunan berat badan, ‘lifestyle change’ dan banyak lagi.
Oleh itu, jika anda perasan ahli keluarga anda mengalami gejala dengkur yang kuat, dapatkan segera pemeriksaan kesihatan.
Menerusi hantaran di FB pagi ni, Ustazah Farah Cie, memaklumkan pegawai peribadinya cedera parah selepas ditembak suspek dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pagi tadi.
Menurut hantaran Facebook milik Farah Cie, terdapat individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadinya di KLIA.
“Kecemasan. Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Allahuakhbar! Laporan polis telah dibuat. Kenyataaan rasmi akan dibuat.”
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
“Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.
Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,
“Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh.
“Usaha memburu dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.”
Tangkap layar video dikongsikan orang ramai suasana ketika kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada Ahad.
Air halia panas yang selalunya kita minum untuk membuang angin ini bukan hanya sekadar mengatasi masalah angin, bahkan banyak manfaat lain buat wanita yang telah berkahwin.
Tapi si dara single pun boleh amalkan untuk tujuan kesihatan dan jaga kecantikkan. Tak salah untuk menjaga dalaman tubuh.
Ini 7 kelebihan buat wanita. Wanita berkahwin lebih-lebih lagi wajib amalkan ni ya.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Atasi Masalah Pencernaan
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan Ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas kecoh tentang kejadian menyayat hati melibatkan pemergian ibu dan anak di Johor semalam, orang ramai mula sangka suspek yang juga suami mangsa mungkin terlibat dalam penggunaan barang terlarang. Bagaimanapun, polis hari ini mengesahkan lelaki tersebut negatif sekaligus menamatkan spekulasi bahawa individu itu telah ‘dikuasai’ bahan berkenaan.
Dalam pada itu, bapa kepada Allahyarhamah Hajar Nursyahirin iaitu Rosman Ahmad mendedahkan bahawa besannya telah berkali-kali datang untuk memohon maaf selepas insiden tersebut berlaku. Dipetik dari Harian Metro, dia akui tidak ingin memendam rasa amarah selain sudah maafkan anak menantu serta keluarganya.
“Sejak semalam, dia (bapa suspek) jumpa saya dan berkali-kali minta maaf.
“Saya maafkan saja sebab bukannya kita boleh menghakimi sesuatu benda yang kita tidak tahu,” katanya.
Malah, dia juga sempat bertanya kepada besan sama ada anak menantunya ada mengalami tekanan. Bagaimanapun, tiada sebarang masalah yang berlaku.
“Saya ada tanya apa masalah peribadi anak dia, dia (besan) kata memang tidak ada. Tetapi, saya dapat tahu dia berhenti kerja sebelum ini sebab dapat projek cuci kapal di Desaru.
“Kita orang dah berumur ini fikir, mungkin kawasan itu ‘keras’, jadi mungkin apa yang berlaku pada dia dan apa yang dia buat pada anak saya, bagi saya bukan dia, mungkin juga gangguan,” tambahnya.
Pada masa sama, Rosman juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian yang berlebihan. Jelasnya, dia tak mampu halang orang ramai untuk menilai sesuatu perkara. Namun, lelaki itu akui anak menantunya adalah seorang yang baik.
“Itu hak mereka (orang ramai) nak bercakap, tetapi kita lebih tahu menantu kita. Memang daripada apa orang ramai cakap itu beri kesan kepada keluarga terutamanya besan saya.
“Cuma saya harap orang ramai jangan buat andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Saya yang mentuanya pun tidak fikir begitu sebab saya kenal dia baik,” jawabnya.
Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Johor Bahru jam 8.10 malam tadi.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...