Bila gangguan terjadi di bahagian telinga dalam akan terjadi gangguan pendengaran. Ia akan membuatkan anda berada tidak selesa sehingga menggangu hubungan perbualan dengan pasangan dan anak-anak.
Apa yang pasti, telinga merupakan organ pancaindera yang sangat sensitif dan perlu dijaga rapi. Kegagalan menjaga telinga menyebabkan berlakunya beberapa penyakit yang menyebabkana anda terpaksa rujuk kepada pakar telinga, hidung dan mulut.
Dalam hal ini, jika anda pernah mengalami masalah rasa telinga tertutup atau seakan kena block ,ikuti panduan doktor ini supaya tidak berlarutan. Perkongsiannya di laman facebook Dr Ezairy M.Sallih sungguh bermanfaat.
______________________________________________________________
Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan ‘block’ ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk? Sudah cuba macam-macam cara untuk atasi, tapi masih tidak berkurang. Saya kongsi 5 tip berguna ini :
1. Guna nasal spray.
Doktor akan beri ubat spray pada hidung bersesuaian dengan pesakit. Ia dapat mengawal masalah hidung dan juga masalah telinga.
2. Ubat mengawal selesema
Ada beberapa jenis ubat. Biasanya jenis antihistamin, bertujuan mengurangkan gejala pada hidung. Anda akan dapati pendengaran anda akan pulih beberapa hari selepas itu.
3. Nasal douching
Ini seperti ubat garam. Alkaline atau sodium bicarbonate nasal douching akan diberi oleh doktor untuk membersihkan rongga hidung sehingga ke bahagian nasofarinks. Cecair lendir dan mukus yang berkurang dapat juga membantu atasi masalah pendengaran anda.
4. Wap suam/ panas
Di hospital, doktor akan memberi ubat seperti menthol inhalation bertujuan membantu masalah selesema dan resdung pada hidung. Sebaik masalah hidung selesai, masalah telinga juga akan berkurang.
5. Nasihat doktor
Pemeriksaan di klinik dan hospital adalah perlu. Kami perlu mencari punca sebenar masalah anda alami. Ujian seperti nasoendoscope mungkin perlu dilakukan bagi memeriksa struktur di dalam hidung selain melakukan pemeriksaan pada telinga.
.
Semoga perkongsian saya kali ini banyak membantu anda. Sila KONGSI kepada orang yang anda sayangi.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak