Takutnya bila tekanan darah tinggi. Boleh menjadi penyebab serangan jantung dan strok. Tetapi bagaimana nak tahu?
Memang sekarang ni, serangan jantung pun boleh berlaku kepada mereka yang sihat secara tiba-tiba atau ahli keluarga yang berusia 20 tahun ke atas.
Selain pemakanan dan gaya hidup tak sihat, stres adalah antara punca serangan jantung.
Nak tahu lebih lanjut cara bacaan BP, baca sampai hadam penjelasan Doktor Khairul Faizie nak check BP (Blood Pressure) yang ideal atau tak. Moga bermanfaat bersama untuk kesihatan ahli keluarga.
Soalan yang biasa patient tanya:
” Tekanan darah yang mana lebih penting di jaga, yang atas atau yg bawah? “
” Betul ke kalau umur meningkat, tekanan tinggi sikit macam 150/90 atau 150/80 tu, kita anggap OK?”
Mula mula, fahamkan terma berkaitan..
Tekanan yg atas dipanggil SYSTOLIC pressure. Tekanan yg bawah dipanggil DIASTOLIC pressure.
Bagaimana tekanan Systolic & Diastolic terhasil?
Bila jantung mengepam darah, darah akan bergerak dalam saluran darah arteri utk beredar ke seluruh badan. Aksi mengepam ini yang hasilkan tekanan di dalam saluran darah arteri. Dan tekanan ini yg kita sukat sebagai Systolic pressure.
Manakala tekanan dalam saluran darah bila jantung berehat ( in between beat ), di panggil sebagai Diastolic pressure.
Apa range yang normal?
OK, yang aku tulis ni ialah simplified punya penerangan utk mudah faham, 3 situasi:
1) Untuk IDEAL, ialah bacaan < 120 / 80.
TAK MENGIRA UMUR ya.
Tak kisah muda atau tua.
2) Bacaan yg > 140 / 90, ialah Hypertension (Darah Tinggi)
3 ) Bacaan in between 121 – 139 / 80 – 89 ialah bacaan pre Hypertension.
Memang kalau nak ikut definisi tertentu, contohnya dari American Heart Association, ada instilah stage 1, stage 2 tu semua…yang tu tak nak ingat pun takpa, nanti boleh lupa / confused. Just ingat 3 situasi tu.
Aim kita, ialah nak dapatkan bacaan yg ideal: < 120 / 80.
OK, now soalan ” yang mana lagi penting?”
Untuk mudahkan faham & ingat, rumusan nya ialah bacaan SYSTOLIC lebih penting utk di jaga, terutamanya buat mereka yg sudah berumur 40 tahun ke atas.
Ini kerana bacaan systolic yg tinggi meningkatkan risiko sperti heart attack & stroke.
Dan memang biasa, bagi mereka yg > 40, ramai yg alami Isolated Systolic Hypertension ( ISH) yg mmg tingkatkan risiko penyakit cardiovascular.
Memang ada study yg menunjukkan, utk golongan muda < 40, bacaan diastolic adalah komponen yg penting utk kaji risiko penyakit berkaitan jantung.
Kalau kedua dua bacaan systolic & diastolic tak terkawal, lagi lah teruk.
*** Recent study juga menunjukkan, kalau kita dapat kawal BP kita dalam range yg ideal, < 120 /80, maka benefit nya banyak:
– 43 % kurang risiko kematian cardiovascular
– 38 % kurang risiko lemah jantung
– 17 % kurang risiko heart attack
– 11% kurang risiko stroke.
Point paling penting juga, kalau dah selalu sangat bacaan BP korang tak cantik, tak kira lah umur 20 an sekalipun, dan telah 2- 3 bulan cuba ubah gaya hidup ( exercise, diet yg betul), maka tolong lah jangan berlengah start makan ubat darah tinggi. Sebabnya, setiap saat yg kita lewat mula rawatan, maka setiap saat itu lah saluran darah kita menerima impak tekanan tinggi…SETIAP SAAT. Dan lagi lama, lagi tinggi risiko komplikasi seperti stroke, heart attack, jantung bengkak ( lemah jantung), dan termasuk juga ROSAK BUAH PINGGANG.
Ya, buah pinggang rosak sebab darah tinggi tak terkawal ya.
Buah pinggang tak rosak sebab makan ubat darah tinggi.
MAKAN UBAT TAHAN SAKIT /PAIN KILLER secara kerap / kronik yg tinggikan risiko buah pinggang rosak.
Perkongsian ilmu ini sungguh bermanfaat untuk kita menjaga kesihatan keluarga kita. Dah boleh beli dah alat BP tu kat farmasi berdekatan. Juga jangan lupa, segera ke hospital berdekatan jika tekanan darah tak normal. Mencegah lebih baik dari pengubati.