Rupanya ibu ayah kena bagitahu berat anak dengan betul apabila farmasi tanya. Jika salah sebut berat anak, kemungkinan dos ubat tidak tepat.
Jadi, ibu ayah kena tahu berat anak dengan tepat, jangan main congak lebih kurang aje. Paling penting, bila sukatan betul, keselamatan anak terjamin dan berkesan.
Ikuti perkongsian pegawai farmasi ini, Faiz Akmal Mfa mengenai persoalan, ’kenapa farmasi tanya berat anak’. Jom semak!
KENAPA FARMASI SELALU TANYA BERAT ANAK ❓
“Berat anak akak berapa ya?”, farmasis bertanya di kaunter.. Ubat si anak kecil sudah tersedia dah..
“Errr, sorry cik, tak tahu..”
“Hmmm, belum timbang lagi..”
“Haaa, dalam 5 kilo kot..”
“Entah lah cik.. Dah lama tak timbang berat anak..”
Ini adalah situasi yang sangat biasa kat mana2 kaunter farmasi..
Meh abam farmasis terangkan..
Mula2 sekali kita kena tahu.. UBAT2 kat dunia ni ada MACAM2 JENIS dan JENAMA..
Yang membezakan adalah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat tersebut..
Rujuk gambar dibawah
Kat situ, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dah senarai kan apakah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat yang TAK SESUAI untuk kita nak bagi pada anak2 BAWAH 2 TAHUN..
DOS UBAT KENA TEPAT
Ada beberapa contoh ubat yang selalu ada kat klinik atau hospital.. Dan nampak tak apa yang abam BULATKAN itu?
Yang abam BULATKAN itu adalah KEPEKATAN UBAT..
Alaa, macam kita buat Air Milo.. Bubuh berapa sudu susu.. Berapa sudu serbuk milo..
Macam tu lah ubat2 yang ada kat dunia ni.. Beza nya, ubat2 ini disediakan oleh KILANG2 UBAT berdasarkan KIRAAN atau ISIPADU bahan yang berbeza-beza sehingga boleh tertera NILAI KEPEKATAN UBAT itu..
Sekarang, kita kena ingat.. Kalau solat pun ada RUKUN.. Ubat juga ada RUKUN nya.. Dua sahaja Rukun Ubat iaitu SELAMAT dan BERKESAN..
Macam mana nak tahu ubat tu SELAMAT dan BERKESAN atau tak?
Jawapannya adalah DOS UBAT..
TerKURANG DOS = ubat tak boleh bekerja sepenuhnya untuk bagi rawatan yang berkesan pada pesakit (KURANG BERKESAN)
TerLEBIH DOS = ubat akan memberi kesan sampingan yang lebih tinggi sekaligus membahayakan pesakit (TAK SELAMAT)
Maka, yang farmasis duk tanya BERAT ANAK tu sebab kami nak pastikan DOS yang SELAMAT dan BERKESAN kepada anak2 Tuan/Puan semua..
Dengan hanya tahu BERAT BADAN ANAK, baru kita boleh tahu apakah DOS YANG SELAMAT & BERKESAN untuk dibagi pada si anak itu..
Contoh, berat badan anak kecik yang berusia 6 tahun adalah 21 KG..
Anak kecik ni nak dibagi Sirap Paracetamol yang mempunyai nilai kepekatan 120MG/5ML..
Maksud nya, untuk dos 120 MG, si anak kena minum sukatan 5 ML..
Sekarang, dos yang SELAMAT DAN BERKESAN bagi ubat Paracetamol adalah 15MG/KG..
Maksudnya, 1 KG berat memerlukan dos sebanyak 15 MG..
1 KG = 15 MG
21 KG = ? MG
Selepas farmasis bermain matematik bertemankan kalkulator nya, barulah kita tahu si anak yang berat nya 21 KG itu tadi sebenarnya memerlukan 315 MG dos Paracetamol sebagai DOS yang SELAMAT dan BERKESAN itu..
Masih ingat dengan KEPEKATAN UBAT yang abam BULATKAN itu? 120MG/5ML..
120 MG = 5 ML
315 MG = ? ML
Setelah dihitung dan dicongak, akhirnya farmasis tahu yang si anak perlu minum sukatan Sirap Paracetamol sebanyak 13 ML..
Nah, mak ayah pun diberitahu,
“Anak Puan kena minum ubat demam ini sebanyak 13 ML.. Sila minum BILA PERLU sahaja.. Jangan lebih 4 kali sehari..”
Nampak tak betapa penting nya mak ayah untuk sentiasa TAHU & UPDATE BERAT BADAN ANAK..
PENTING! Sebab ia melibatkan NYAWA dan KESELAMATAN anak anda sendiri..
Akhir kata, mak ayah dah boleh beli PENIMBANG dan simpan di rumah.. Bukan untuk misi diet sahaja, tetapi juga untuk anak2 anda.
Sekian,
Faiz Akmal Mfa
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor
Sumber: FB Faiz Akmal Mfa