Butanya kita tidak melihat pengorbanan IBU. Pekaknya kita tidak mempedulikan nasihat IBU.
Bodohnya kita lebihkan orang lain daripada IBU.
Kadang kadang kita sanggup susahkan diri kita untuk kesenangan orang lain.
Kadang kadang kita sanggup melihat dan membiarkan IBU sendiri menderita berbanding orang lain.
Syurga dipenuhi dengan beribu macam kemanisan, tetapi untuk mendapatkan itu semua mana mungkin tanpa doa keramat seorang IBU.
Kebaikan pada IBU, akan menuai hasil yang baik. Walau pun tidak sekarang, pasti mempunyai berkah.
Di setiap perbuatan jahat pada IBU pasti ada balasannya yang setimpal. KIFARAH.
Walau sebanyak mana pengorbanan yang kau usaha di dunia ini, jasa IBU takkan dapat kau balas hingga hujung nyawa yang masih berbaki.
Saat kita merasakan pahitnya mencapai suatu kebahagiaan, disaat itulah Tuhan sedang mengajarkan kita tentang sebuah pembalasan diatas perbuatan kita sendiri.
Ingat satu je.. IBU KAU TIADA 2 atau 3 atau sesiapa pun takkan dapat menggantikan tempatnya..
Sumber: Zai Zakiah
“Dari Tak Ada Rupa Orang, Sampai Jadi Manusia” Bersemut Ucapan Hari Guru Ajak Untuk Isteri!
Tarikh 16 Mei sememangnya telah ditetapkan menjadi hari istimewa buat guru-guru di seluruh dunia bagi setiap tahun. Rata-rata orang ramai akan membuat ucapan khas pada hari guru ini meskipun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan. Untuk anak-anak yang masih bersekolah, sudah menjadi adat untuk membawa hadiah ke sekolah untuk diberikan kepada guru mereka.
Tidak terkecuali, pelawak, pelakon dan DJ radio, Ajak Shiro turut memuat naik ucapan khas sempena hari guru, tetapi yang menariknya ucapan yang dibuat turut ditujukan khas buat isteri tersayang yang juga seorang cikgu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak dalam perkongsian berbentuk video tersebut berkongsi detik awal bercinta dengan isterinya, Afifah yang dikatakan ‘dari tak ada rupa orang, sampailah menjadi manusia’ di mana isterinya banyak membantu dalam perjalanan hidupnya sejak belajar hingga berjaya.
“Dari tingkatan 1, Kawan nilah Girlpren saya, kawan nilah jadi Isteri saya dan kawan saya ni jugalah Guru saya..
“Terima kasih jadi Cikgu dalam semua subjek dalam hidup saya..Semoga awak terus diberikan kesihatan untuk mendidik anak2 didik yg lain pula🤲” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, isteri tampil meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih buat ucapan tersebut dan memberi gelaran ‘nak murid paling nakal dan suami penyayang’ untuk suaminya. Dalam pada itu, pengikutnya dan juga selebriti turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga Jannah.
Sumber : Instagram ajakshiro
Lepas Tengking Keluar Dari Pasaraya. Isteri Menangis Depan Kaunter Bayaran Suami Tak Tinggal Duit Belanja. Ini Yang Orang Ramai Buat!
Perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa suami dan isteri. Saling mencintai, bertolak ansur dan menghargai antara satu sama lain. Jangan ada ego dan hanya mahu pasangan mendengar arahan anda sahaja. Barulah rumah tangga mendapat berkat.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad patut dijadikan iktibar dan panduan buat pasangan suami isteri di luar sana.
Jangan menjadikan pasangan anda seolah-olah hamba. Jangan hanya kerana anda mengeluarkan belanja untuk semua barang di dalam rumah maka, anda boleh menengking atau memarahi pasangan di khalayak sesuka hati.
“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”
“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.
Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju. Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.
Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,
“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”
Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”
“Diamlah, mulut tu belajar diam.”
Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”
Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat.
Semua diam.
Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.
“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung. Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.
Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.
Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”
Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.
Sesekali jadi hero begini rasa puas.
Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.
Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.
Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.
Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.
Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.
Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita.
Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,
“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”
Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.
Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.
Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar.
Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Thailand Dengan Kereta, Itenari & Kos Ibu Ni Buat Ramai Nak Follow!
Bercuti ke negera jiran, Thailand sudah menjadi trend buat kita kini. Selain tempatnya yang menarik dan deretan makanan yang banyak dan sedap, kos perjalanannya yang murah dan lebih menjimatkan menjadi sebab utama ia menjadi pilihan.
Berkongsi pengalaman manis mengenai rentas negara menggunakan kenderaan sendiri, seorang ibu ini berkongsi kisahnya di facebook berkenaan percutian mereka empat beranak selama 14 hari di Thailand. Bahkan menyifatkan percutian kali ini begitu menarik dan bermakna buat mereka sekeluarga!
Trip percutian keluarga ini dengan menaiki kereta ini bermula dari Kuantan- Changlun- Wang Kelian- Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan.
Menurutnya, trip percutian menaiki kereta ini bermula dari Kuantan- Changlun- Wang Kelian- Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan juga.
Kami pilih untuk masuk melalui border Wang Kelian sebab sana kurang sesak berbanding border lain. (Wajib try pulut ayam di border Wang Kelian)
Ramai yang tanya. Ok ke drive kat Thailand? (Ni kali ke dua kami drive. Kali pertama ke Krabi tahun 2017). Jawapannya sangat-sangat ok sebab majority driver Thailand sangat-sangat la berhemah, suka beralah berbanding driver Malaysia. Payah nak jumpa driver sana yang nano-nano , yang suka cucuk-cucuk rapat, suka pancung himpit-himpit, suka hon ni MEMANG PAYAH NAK JUMPA.
Walaupun ada yang keluar simpang sesuka hati, masuk jalan orang suka hati, uturn suka hati, driver diorang takkan hon ke, gi kejar nak maki ke, tak ada. Yang diorang buat, diorang brek dan bagi laluan. Sangat tenang ya drive di sana.
Kita pun auto jadi berhemah bila drive kat sana. Dua minggu kat sana sekali je tau kitaorang dengar bunyi hon kereta. Jadi jawapannya jangan risau nak drive kat Thailand. Sangat selamat.
Kos-kos untuk 14 hari di bumi Thailand
Kos Insuran :
Basic insuran untuk kereta untuk 2 minggu hanya Rm 30 tapi kami ambil extra insuran Rm 130. Total untuk insuran kereta + dokumen2 upah agent isi untuk masuk ke Thailand (kami guna Ghanimi Agency) untuk 4 dewasa 2 budak = Rm 177
Personal travel insuran: Kami ambil Etiqa 360. Buat online je.
Kos insuran:
2 dewasa 2 budak (family pakej): Rm 208
2 dewasa : Rm 120
Total : Rm 328
Wajib juga buat personal travel insuran ni ya sebab kita tak tahu apa akan jadi, jadi baik sediakan payung sebelum hujan.
Kos minyak/petrol:
Kuantan-Gurun (711km): Rm 100
Thailand ( 3000km) : Rm 1200
Bukit Kayu Hitam – Kuantan (850km): Rm 120
Total Minyak (4561km): Rm 1400
Tol : lupa nak kira
Harga minyak di Thailand adalah double dari harga minyak di Malaysia. Jadi kena isi full sebelum masuk ke Thailand. Kami suka isi minyak di stesen PTT di Thailand sebab ada seven eleven dan juga ada surau , tandas yang agak selesa.
Kos Hotel:
Yang ini Tasha tak share kos ya sebab kos hotel ni bergantung pada bajet dan keselesaan. Jika sekadar untuk tidur sebelum sambung perjalanan, boleh dapat Rm70 untuk twin room dan Rm 120-140 Family room.
Contoh trip 12 malam, bajet 1 malam +- Rm 200. Jadi korang boleh buat bajet untuk hotel Rm 2400 untuk satu-satu trip 12 malam.
Makanan Halal:
Untuk cari makanan halal di Thailand ni tidak susah. Hanya perlu search “ halal food near me” nanti banyak la keluar kedai-kedai makanan halal.
Untuk kami, sekiranya lokasi makanan halal berdekatan, kami akan pergi, jika jauh kami akan beli makanan di 7 eleven sahaja. Paling senang nak cari kedai makanan halal adalah di Bangkok & Hatyai. Di Bangkok kami suka pergi Ramkhamhaeng Night Market, buka setiap hari kecuali Rabu. Makanan halal sangat banyak dijual di sana dan murah.
Tempat Makan Menarik di Hatyai yang sempat kami pergi :
Nomjeen Na – Famous Laksa Lemak Thailand
Chabura Dimsum
Ayuthayya Halal Noodle
Kos untuk makanan Halal di 7eleven:
Rm 1200+-
Kos untuk makan di kedai-kedai makan/pasar malam /Cafe2: Rm 1700 +-
Safari Kanchanaburi Park + Giraffe Encounter:
5 Dewasa x Rm 207 = Rm 1035
1 Budak x Rm 180 = Rm 180
Beli makanan untuk giraffe : Rm 26
Total : Rm 1241
Kos-Kos lain:
Simcard : Beli Esim kat shopee Rm 27×4 : Rm 108
Grab & tuktuk di Bangkok : Rm 150
(Di bangkok kami banyak naik grab untuk ke tempat yang susah nak parking)
Toll : Rm 30 (hanya ada di bandar Bangkok)
Parking : Rm 50
Sewa Elektrik Car di Trot Cafe Khao Yai: Rm 195
Sewa Baju di Wat Arun 3 pasang = Rm 65
Entrance Fee:
- Chan Nature Cafe : (Dewasa Rm 13 Kanak2 5 = Rm 62
- Blossom Bloom : (Dewasa Rm 6.50 ) = Rm 26
- Hokkaido Flower Park : (Dewasa Rm 13)= Rm 39
- Primo Piazza : (Dewasa Rm 26 -Kanak2 Rm 13) = Rm 117
- Chocolate Ville : (Dewasa Rm 13 Kanak2 Rm 6.50) = Rm 65
- Wat Arun: (Dewasa Rm 13) = Rm 39
- Memory House Cafe : (Dewasa Rm 6.50) = Rm 26
Cara bawa masuk kereta ke Thailand dah ramai yang share, salah satunya boleh refer post yang ni jadi boleh klik link sini.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bonding time istimewa bersama anak-anak di Legoland, JB! Banyak hadiah best menanti tau.
Klik sini untuk DAFTAR 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club