“Jangan Buat Hidup Orang Susah Kerana Hutang Kita.” Deep Perkongsian Ni, Ambil Pengajarannya!

Share

Menyentuh tentang bab berhutang, macam-macam sebab orang berhutang dan banyak-banyak cara berhutang ramai yang merasakan mudah jika berhutang dengan kawan-kawan, adik beradik mahupun sanak saudara.

Malah biasa juga kita dengar, lumrah manusia bila hendak meminjam lembut gigi dari lidah tapi bila bab membayar balik wang yang dipinjam, memang liat. Bahkan batang hidung pun nampak.

Justeru Dr Azizul Azli memberi peringatan dalam bab hutang ini. Menurutnya jika ada kawan kita atau saudara kita yang banyak wang, bukan bermakna mereka tidak tidak perlukan wang. Sehingga kita berfikir,

“Duit dia banyak, bolehlah aku pinjam nanti ya”

Sahabat yang mulia,

Wang banyak itu bukan bermakna mereka tidak akan guna wang itu, atau wang itu berlebihan buat mereka. Dengan mudah kita ingin meminjam sahaja.

Mari kita fahami juga,

Mereka yang wangnya lebih dari kita, boleh jadi sabarnya lebih banyak dari kita ini.

Mereka banyak ‘berpuasa’ menahan diri dari jualan Shopee atau yang tidak perlu buat diri sendiri.

Wang itu selalu bersama dengan orang yang sabar dan meninggalkan orang yang tidak sabar.

Wang yang banyak itu bukan dikumpul dalam sehari, dan mungkin jika hilang atau dipinjam mereka tidak akan mampu mengumpulnya lagi.

Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Tidak semua orang bila duit banyak ia mampu bersabar.

Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan.

Mereka sedang merancang masa depan keluarga mereka. Jangan mudah untuk meminjam wang jika terlihat saudara kita berada, kerana jika saudara kita telah mula meminta.

Maka mereka akan mula rasa sedih dan bingung, antara memilih impian keluarga atau memberi pinjam buat kita sahabat atau saudaranya.

Belum lagi risiko yang lainnya,

Hubungan persaudaraan boleh terputus akibat hutang kerana sesungguhnya hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam. Bila hutang yang tak kunjung bayar, membuat sebuah hubungan menjadi renggang. Malah yang berhutang selalu menjadi pemarah dan menghina pemberi hutang.

“Alah tak kayalah dengan hutang banyak tu, ada nanti aku bayarlah”

“Macam bagi banyak sangat, tak hadaplah duit kau tu”

 

 

Kawan kawan yang mulia,

Tulisan ini bukan sindiran, ia ingatan buat yang sedang menulis ini agar tidak ambil kesempatan buat kawan kawan yang kita nampak banyak duit dan senang.

Kita banyak melihat bagaimana orang berhutang dan biarkan beban tu kepada orang yang memberi hutang. Kita tak tahu duit yang kita pinjam itu boleh jadi duit pengajian anaknya atau duit untuk menjaga ibunya yang telah tua.

Jangan buat hidup orang derita kerana hutang kita.

Berhutang itu dibolehkan dalam agama, tetapi janglah sampai kita berhutang dan tiada usaha untuk membayarnya. Kita harus persiapkan diri untuk membayar hutang bila kita mula berhutang.

Tulisan ini bukan untuk sesiapa,

Tetapi sebagai ingatan buat kita semua dalam keadaan sekarang semakin banyak saudara yang dengan mudah meminta hutang dari saudaranya tanpa berfikir bagaimana ingin lunaskan hutangnya nantinya.

Salam Malam Jumaat buat kita semua.

Jaga keluarga, buat simpanan dan jangan pernah berhenti berdoa meminta padaNya

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club