Biasa nampak kan uncang gel silika ni setiap kali membeli kasut baru di kedai. Biasanya kita akan buang disebabkan uncang gel silika ini tuli ‘Throw away’ tapi sebenarnya ia amat bermanfaat untuk tujuan lain. Cuma hati-hati elak anak-anak terambil bimbang mereka ingat gula-gula.
Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:
Ads
1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.
2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.
Ads
3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.
4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.
Ads
5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.
Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat meruntun hati dan memilukan dapat dirasakan dalam diri. Bukan sahaja pada dan ketika saat perpisahan abadi itu terjadi, malah setelah bertahun masa berlalu sekali pun perasaannya tetap sama. Hiba dan sayu bila terkenang, apatah lagi terpaksa menangung rasa rindu yang tiada berpenghujung.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tanggal 31 Oktober 2008 merakam kisah pilu buat keluarga Datin Lisa Surihani apabila ayah tercinta dijemput Ilahi. Meskipun sudah 14 tahun berlalu, namun apa yang dirasai oleh isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim di dalam perkongsian video ditemuramah untuk mengimbau kembali saat akhir pemergian ayahnya Mohamed Mahbob cukup menyentuh hati wargamaya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok @aq_norasima1557 Lisa Surihani ada berkongsi momen akhir sebelum insan bergelar ayah yang cukup disayanginya itu menghimbuskan nafas terakhir di pangkuannya.
“Arwah meninggal dalam dakapan saya. Saya baru balik kerja ketika itu. Dia nampak saya dan mak saya masuk ke pintu, terus dia kata “Now Daddy boleh baring.”
“Memang dia menanti kepulangan kami. Kemudian saya tanya , “Nak Lisa bacakan Yasin?” Dia kata ‘OK’. Selepas baca Surah Yasin, dia siap boleh betulkan lagi bacaan saya. Sebab dia sudah hafal. Dia tahu mana bacaan yang betul dan salah.
“Kemudian saya cakap, “Daddy jom kita zikir. Allah, Allah, Allah.” Dia jawab, “Ya itulah yang paling penting”.
“Saya tidak faham lagi apa yang dimaksudkan oleh Daddy pada ketika itu. Saya cakap dengan dia, “Daddy ingatkan semalam? Kita baru sahaja ambil ujian darah. Kanser Daddy telah menunjukkan peningkatan yang baik sebanyak 50 %. Ayah akan menjadi wali nikah saya nanti,” cerita Lisa terhenti menahan tangisnya.
Tidak lama kemudian menyambung pula ceritanya, bahawa dia dan Daddynya terus berzikir bersama-sama sehinggalah sampai satu saat Daddynya seakan sukar sedikit untuk menuturkan kata.
“Ketika berzikir, dia seperti sukar sedikit untuk melafazkannya. Lillahi Ta’aala, tiba-tiba saya rasa ‘blackout’ . Selepas itu saya sedar dan mendapati Daddy sudah tidak bernafas lagi.
“Mata dia memandang ke atas, selepas itu saya seperti “Eh, apa yang baru berlaku ni?” “Apa yang blackout itu.”Selepas itu saya cakap, seolah-olah seperti dia memahami “ Daddy kalau hendak tidur, tutuplah mata Daddy.
“Dipertengahan Daddy menutup matanya, matanya memandang saya,” kongsi Lisa lagi dalam nada sebak.
Mendengar setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Lisa Surihani, nyata benar-benar menyentuh hati netizen hingga ramai yang turut menitiskan air mata. Bahkan ada yang merasakan betapa beruntungnya Lisa Surihani kerana diberi peluang untuk membaca yasin dan berzikir bersama arwah bapanya. Momen tersebut cukup menyentuh hati.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau bab jimat ni memang diakui kaum ibu cukup bijak. Ada sahaja cara mereka nak pastikan belanja dapur atau belian barang-barang keperluan tidak melebihi bajet.
Bahkan, ada yang boleh menjimatkan lagi belanja dari bajet berkenaan. Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini.
Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini. Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian..
Jimatlah juga belanja dapur kan… 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun… Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak? Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.. Mudah je.. Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…! Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).. Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’ Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat..
Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.. Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Ikuti panduan ini untuk manfaat bersama pasangan. Panduan ini suami kena tahu, supaya isterikan semakin disayanginya.
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.
Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja.Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Intan Najuwa kini tampil berkongsi wajah puteri kesayangannya itu yang diberi nama, Imane Lunara.