
Bila hari-hari beli makan roti, boleh buat jadi muak juga, Mula lah roti tak habis makan. Malah ada yang nak tamat tempoh.
Jadi nak elak membazir, apa kata mak-mak buat hidangan bingka roti. Nak buat memang mudah, rasa pun sedap. Pasti ahli keluarga suka.
Ikuti perkongsian menarik ini. Resipi yang senang nak buat, anak-anak pun boleh buat bersama mak di dapur.
RESEPI BINGKA ROTI
5 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar /susu cair
1 suduk esen vanilla
1 gelas tepung
Sedikit garam
Caranya:
Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan. Kemudian kocok telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung sedikit2
Masukan adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata. Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan ..
Bakar Adunan dgn suhu 130© sampai kekuningan….siap tunggu sejuk baru potong..
Siap! Mudah sangat untuk penyediannya. Selamat mencuba!
Sumber: Resipi Ibu
“Rasa Diri Bukan Ibu Yang Baik.” Puteri Sarah Enggan Anak-Anak Tahu Masalah, Kawal Stres Dengan Mengaji

Biarpun rumah tangga sedang diuji, namun sebagai ibu, Puteri Sarah enggan membiarkan hal tersebut diketahui oleh anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat demi menjaga hati serta emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.
“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.
Sarah berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram Storiesnya semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.
Akuinya, sebelum ini pernah berdepan dengan situasi gagal mengawal stres sehingga menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.
“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.
“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.
“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.
“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: utusan online &puterisarahliyana
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Begini Caranya Anyam Ketupat Sate. Barulah Semangat Nak Sambut Raya

Bahang sambutan hari raya semakin hangat dirasai apabila ramai warga kota mula pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.
Bila berkumpul ramai-ramai sudah tentu juadah hari raya menjadi tumpuan semua. Tak sabar rasanya nak menikmati hidangan raya yang dirindui seperti ketupat, lemang, rendang dan sambal kacang.
Hari ini berapa ramai di kalangan kita yang masih pandai menganyam ketupat? Walaupun dunia semakin maju dan produk makanan tradisi juga sudah semakin banyak dipermudahkan tetapi jangan sesekali lupakan tradisi budaya anyaman ketupat peninggalan nenek moyang.
Jom ajar anak-anak menganyam ketupat tradisi. Perkongsian langkah demi langkah anyaman ketupat oleh Tajul Ariffin Norsadan mungkin boleh membantu mereka yang nak cuba menganyam sendiri ketupat.
Langkah demi langkah anyaman ketupat
Anyaman ketupat ini semakin pudar dizaman moden ini. Orang ramai lebih memilih membeli ketupat yang sudah dianyam atau ketupat segera.
Tetapi bukan untuk anak-anak Ibu kami. Ibu menurunkan ilmu menganyam ketupat beberapa tahun lepas. Sejak dari itu, setiap tahun pasti kami akan menganyam ketupat.
Kami menganyam ketupat lebih kepada tradisi dan meriahkan suasana. Jika tidak cukup baru akan ditambah dengan ketupat segera.
Menganyam ketupat bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil untuk dipelajari. Ketupat ada pelbagai jenis. Ada ketupat sate, ketupat bawang, ketupat pasar dan lain-lain lagi.
Maka hari ini, aku akan tunjukkan langkah-langkah untuk menganyam ketupat yang paling mudah iaitu ketupat sate.









10. Lanjutkan anyaman gulungan kedua tangan kanan secara bertentangan dengan gulungan ketiga.












Selamat mencuba!
Pecinta budaya dan tradisi,
Tajul Ariffin Norsadan
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Polis Selangor Lancar Ops COVID-19, Orang Ramai Diminta Patuh Perintah Kawalan Pergerakan!

Operasi besar-besaran bermula jam 8 malam tadi dijalankan oleh Polis Kontinjen Selangor di seluruh negeri Selangor dalam memberi pengetahuan dan nasihat kepada orang ramai berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia merangkumi sekatan jalan raya dan berjumpa dengan orang awam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Sumber: MalaysiaGazette