Biasanya lebihan nasi kita akan buang, tapi kali ni apa kata jangan buang. Kita buat baja untuk tanaman subur dan berbuah lebat dan berbunga lebat.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang wanita di blognya, adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Dia yang menggunakan lebihan nasi dan kemudiannya dibiarkan diperam sehingga mengeluarkan hasil tapaian berjaya membuatkan tanamannya berbunga selepas 2 minggu.
Ikuti perkongsiannya.
Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan-soalan kamu ye.
S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim? J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.
S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ker? J: Boleh guna apa-apa jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang Terengganu buat nasi dagang tu tak boleh la.
Ads
S: Ada beza ke? J: Secara logiknya, beras merah dikukus dengan santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dengan bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.
S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim? J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat-ulat yang bertindak sebagai agen pengurai.
S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu? J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.
S: Boleh bagi contoh gambaran tak? J: Sila tengok gambar kat bawah ye.
Ads
Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.
Ringkasan:
Ads
1. Lebihan nasi jangan dibuang, simpan semalaman atau lebih.
2. Esoknya periksa samada nasi telah basi dan kelihatan lembik atau tidak.
3. Jika tidak, biarkan disimpan lagi supaya mengeluarkan enzimnya.
4. Kemudian barulah diletakkan pada tanaman kita.
Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.
Dalam membina sebuah rumahtangga ke arah kebahagiaan, suami dan isteri sangat berperanan penting dalam mewujudkan keharmonian dan kasih sayang yang berterusan. Dengan itu setiap orang haruslah berazam untuk menjadi pasangan yang terbaik dan membahagiakan.
Berikut terdapat beberapa tips dalam menjadi pasangan yang terbaik dalam perkahwinan;
1# Mengutamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2# Sentiasa Memohon Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3# Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4# Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5# Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jika berkemampuan, pergilah bercuti bagi mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6# Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7# Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8# Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9# Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10# Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok apabila pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel menyanyi sambal menjaga anak mereka, Nur Khawla Soleha.
Persembahan nyanyian itu dilakukan Ketika sambutan majlis hari jadi Ernie yang ke – 31 tahun.
Melalui video tersebut, mereka berdua menyuruh Khawla untuk turut menari bersama bagi menghiburkan lagi suasana dan menikmati persembahan tersebut.
Gelagat lucu Khawla yang menari tepuk tangan ketika ibu dan bapanya sedang menyanyi menarik perhatian penonton yang hadir dan juga warganet di laman sosial.
“Majlis PIBG kat sekolah nanti jemput mak ayah jelah nyanyi.
“Si kecil ni seronok menari.
“Mak yang terlebih excited,” komen netizen.
Ada juga pengguna TikTok yang lain komen mengatakan bahawa mereka bertiga boeh membuat kumpulan trio.
“Lepasni dah boleh keluar single trio.
“Dah jadi berkumpulan ek sekarang,” ulas netizen di ruangan komen.
Untuk rekod, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha.
Kulit telur selalu dipandang sepi oleh kita tanpa terjangka rupanya begitu banyak kegunaan yang dimilikinya.
Tahu tak sebenarnya kulit telur ayam rupa-rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Selain digunakan untuk dijadikan bahan hiasan, ia juga bermanfaat untuk menghalau makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut di dalam mahupun di luar rumah.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi.
Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan
yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.