
Lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian bagaimana cara untuk membunuh serangan serangga perosak.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba. Hanya dengan menggunakan kulit limau sahaja. Jom Kita lihat.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Sumber: Kebun Pertanian
Awas, 6 Bahaya Di Dapur Yang Kita Tak Jangka. Ibu-Ibu Please Alert!

Dapur memang menjadi lokasi kegemaran semua ahli keluarga. Sambil memasak atau makan sambil berbual-bual. Tapi sekiranya di dalam rumah ada anak kecil, kawasan dapur boleh jadi tempat yang berbahaya buat mereka.
Ada banyak peralatan yang jika terdedah boleh membahayakan mereka. Jadi sebelum terjadi perkara memudaratkan ambil langkah berjaga-jaga. Peralatan berikut yang mungkin tak berbahaya pada orang dewasa tapi sebaliknya bagi kanak-kanak.
1. Ketuhar dan dapur gas
Kedua peralatan ini mempunyai punat yang diputar mahupun kekunci yang ditekan. Sebagai langkah keselamatan, pastikan suis yang menghubungkan peralatan elektrik ini dicabut bagi memastikan aliran elektrik tidak mengalir walaupun peralatan elektrik tersebut tidak digunakan.
2. Objek panas
Jangan biarkan anak-anak, terutama bayi berada dalam jarak yang mudah menyentuh benda panas, termasuk pintu ketuhar. Gunakan kain pengalas khas untuk mengangkat peralatan memasak yang panas. Jangan biarkan si kecil mengangkat peralatan yang panas.
Fizikal mereka yang masih kecil mungkin tidak bersesuaian untuk mengangkat benda yang panas dan sekaligus boleh mendatangkan kecederaan. Sentiasa ingatkan anak-anak agar menjauhkan diri dari perkakasan dapur yang panas seperti ketuhar, kuali, periuk nasi dan sebagainya.
Ingatkan mereka bahawa makanan yang keluar dari microwave itu panas dan boleh mencederakan walaupun ia kelihatan tidak panas.
3. Peralatan dapur yang berat dan tajam
Peralatan berat dan tajam di dapur, seperti alat parutan, pisau, pembuka tin, dan sebagainya sememangnya boleh mendatangkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul.
Usah biarkan anak-anak anda menggunakan peralatan ini. Jika mereka memerlukan pisau, sebaiknya beri pisau plastik yang tidak tajam sekiranya mereka ingin membantu anda memotong ketika hendak memasak.
4. Peralatan elektrik
Pastikan anda telah mencabut kabel elektrik setelah digunakan, dan jangan biarkan kabel itu terjuntai dan mudah dicapai oleh si kecil. Baca dengan hati-hati dan ikuti semua panduan penggunaan perlatan elektrik di dapur.
5. Lantai
Lantai dapur tidak terkecuali dari berlakunya kemalangan. Kebiasaannya, lantai dapur menggunakan jubin. Tumpahan air, sisa makanan atau keadaan lantai yang baru lepas dibersihkan boleh menyebabkan permukaan licin dan anak mudah tergelincir.
Oleh itu, jangan biarkan anak-anak berlari-lari di dalam dapur. Selain itu, segera bersihkan lantai jika terdapat sebarang kekotoran, sisa makanan mahupun air yang tertumpah.
6. Produk pembersih, bahan kimia
Kita selalu menyimpan bahan-bahan pembersih dan juga semburan untuk menghapus serangga di bahagian dapur. Pastikan menyimpannya dengan selamat dan tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak kecil. Jika disentuh atau dimasukkan dalam mulut sudah tentu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Akhir sekali, perlu diingat bahawa anak-anak kecil gemar bereksperimen dan mencuba pelbagai perkara yang berada di sekeliling mereka. Mereka kreatif dan selalu ingin tahu berbagai hal yang mungkin tidak diketahui tentang bahaya sesuatu peralatan tersebut.
Untuk keselamatan, jangan sekali-sekali meninggalkan anak anda sendirian di dapur bagi mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.
Pokok Mulberry Nak Rendang & Buah Mudah Dipetik, Buat Begini!

Mencari cara untuk mastikan pokok mulberry yang ditanam di laman rumah agar tidak meninggi dan rendang berbuah, ada trik yang perlu dilakukan.
Ini dikongsikan oleh Puan Siti Saja, dan bolehlah dipraktikkan bagi anda yang ada menanam pokok mulberry. Jom semak.
Lagi… lagi… mulbery. Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya. Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah.
Untuk pengetahuan pokok mulbery akak ni baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak ni.
Begini caranya.
Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang… ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi… masih di dalam jangkauan tangan.
Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manafaat pada semua.
sumber : Siti Saja via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
“Dia Nyanyi Masa Saya Masak’.” Dulu Ketua Fans Club Kini Pasangan Hidup, Isteri Akui Zamani Romantik Selepas Nikah. Sweet!

Bagi peminat kepada penyanyi popular Zamani, bekas vokalis Kumpulan Salm pasti gembira apabila melihat penyanyi pujaan mereka kini sedang di ambang bahagia.
zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, menamatkan zaman bujangnya apabila selamat bergelar suami kepada Juliana Abdul Rani.
Difahamkan pasangan pengantin baru yang telah mengenali hampir 14 tahun lalu itu juga bakal mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi. Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.
Pasangan ini dijemput dalam satu temubual bagi program Wanita Hari Ini mengenai topik Perkenalan Singkat, Bahagiakah Rumahtangga?
Dalam program tersebut, Zamani berkongsi detik-detik pengenalan awal bersama isterinya yang dikatakan sudah bersahabat lebih 10 tahun.. Turut hadir dalam program tersebut adalahi Dr Tengku Asmadi sebagai perunding motivasi, penyanyi Ainan Tasnem.
Saya dah kenal dia sudah 14 tahun tapi bukanlah bercinta 14 tahun. Awalnya kita sebagai kawan ssaja. Jadi, dalam tempoh 10 tahun macam tu kita masih berkawan. Bila lepas 10 tahun tu baru saya rasa timbul perasaan tu.
Sementara itu, Juliana turut berkongsi pendapatnya mengenai keperibadian Zamani sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ramai peminat.
Saya tengok dia sebagai orang baik. Saya suka keperibadian dia. Macam dia banyak mengajar saya. Bersangka baik.
Buat kepada yang tidak tahu, Juliana dahulunya merupakan ketua fans club Zamani. Boleh dikatakan Juliana mengenali Zamani bermula sebagai peminat. Tuntutan kerja dan persediaan diri yang perlu dihadapi Zamani menyebabkan dia mengambil masa untuk buat keputusan berkahwin.
“Saya masak dia nyanyi”
Juliana turut mengakui yang suaminya itu semakin ceria dan romantik selepas mendirikan rumah tangga. Malah, Zamani turut mengakui dia gemar mendendangkan lagu dari penyanyi lagu termasuk Hafiz kepada isterinya ketika di rumah.
Saya tengah masak pun dia nyanyi. Dia selalu practice kat rumah kalau ada show. Dia takkan nyanyi lagu Slam kat rumah. Banyak lagu orang lain yang dia nyanyi.
Zamani juga berkata terdapat banyak perkara lagi yang perlu dia dan pasangan belajar dalam saling memahami antara satu sama lain dan menerima baik atau buruk seseorang pasangan kita itu.
Sumber: TV3Malaysia Offcial & OHBULAN!