Jangan Buang Cili Hampir Nak Rosak, Buat Homemade Chili Flakes, Cantik Berkeping Kecil Dan Sedap!

Share

Chili flakes atau serbuk kasar cili kering adalah antara bahan yang anda perlukan terutama ketika masak makanan Barat. Tidak kira masak pasta atau macaroni, menambah chili flakes pastinya dapat memberi rasa yang lebih ‘kick’ dan warna dalam masakan. Bagi peminat pizza Domino mesti setuju kalau kami katakan chili flakes mereka sangat sedap dan kick.

Biasanya kita akan beli chili flakes atau serbuk kasar cili kering tapi harganya sudah tentu mahal. Ia memang sedap untuk makan bersama masakan pasta atau macaroni. Rasa pedas chili flakes sudah tentu buat rasa lebih ‘power’ dan warna pada masakan.

Menarik perkongsian ini, wanita ini menunjukkan cara buat sendiri serbuk cili. Dah tak perlu beli di kedai. Malah beliau menggunakan cili yang hampir rosak. Jimat!

Ikuti perkongsiannya.

Katalah kat umah korang ada cili padi yang dah nak hampir rosak. Stop!!.. Jangan buang..
Kita jadikan dia chili flakes..kalau beli chili flakes jenama dalm pic tu 1 botol belasan ringgit tau..

Boleh cuba step ni..

1.Cuci cili, patah 2

2. Bakar dalam oven sehingga kering. Bukan hangus tau.

3. Blender cili yang sudah dibakar sedang-sedang halus kemudian bakar balik dalam oven selama 5 minit. Untuk pastikan cili betul-betul kering.

 

Hasilnya. Tak de beza dari segi tektur dan rasa.

Mudah ajer kan. Boleh lah cuba buat hari ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Ita Arissa

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club