
Buah rambutan memang enak. Rasanya yang manis menjadikan ia antara buah yang digemari ramai.
Namun tahukah anda bahawa biji rambutan juga boleh dimakan. Jika sebelum ini biji durian, nangka dan cempedak boleh dimasak seperti goreng atau rebus. Kali ini, biji rambutan pula boleh digoreng.
Nak caranya ikuti perkongsian ini.
Sedap jugak bijik rambutan goreng ni. Rasa macam badam goreng..tapi goreng dengan majerin/mentega.
Kalau rajin goreng banyka boleh isi dalam dalam balang. Boleh lah mengadap sambil menonton tv nanti.
Resipi biji rambutan goreng
- Bersihkan dahulu biji rambutan
2..Kalau semangkok kecil biji rambutan, majerin dalam 5 sudu besar
3. Bagi cair dulu majerin selepas itu masukan biji rambutan tadi.
4. Goreng sampai masak. Tahap garing ikut suka citarasa.
5. Kalau suka lepas angkat boleh letak garam. Tak nak letak garam pun boleh. Sebab majerin tadi dah rasa masin.
Untuk pengetahuan anda semua, saya bukanlah orang yang pertama makan biji rambutan goreng ini ya. Dari dulu-dulu lagi orang makan biji rambutan goreng ni. Mungkin ada orang yang tak lalu nak makan. Ada yang lalu makan. Selera kita jugak berbeza.
Selamat mencuba!
Sumber: KNor Khalid
Petua Atasi Sakit Lutut Dan ‘Cuci’ Perut, Guna Tiga Sumber Makanan Ni Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran.

Kesihatan amat penting untuk menjamin kita menjalani kehidupan dengan baik.
Apabila tiada masalah kesihatan mudah untuk melakukan pelbagai pekerjaan.
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup memperuntukkan setiap bulan untuk membeli pelbagai vitamin.
Namun selain makan makanana tambahan, apa kata cuba cara alami. Petua yang dikongsi ini telah mendapat perkongsian yang tinggi sejak di war-warkan di media sosial. Ramai yang mencuba untuk kesihatan luaran dan dalaman.
Selain mendapat nasihat doktor, tak salah kita mencuba petua ini.
Seterusnya ikuti perkongsian ini
Buah epal, lemon dan bendi untuk kesihatan luaran dan dalaman
Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.
Lembutkan Kulit Wajah & Tiada Lagi Masalah Jerawat Bila Guna Masker Dari Tepung Ni. Memang Awesome, Rugi Tak Cuba!

Mahukan kulit wajah yang licin dan bebas jerawat akan pasti berhasil andai amalkan petua yang satu ini.
Gunakanlah masker yang diperbuat dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah, iaitu tepung beras.
Masker ini telah diamalkan oleh Aisyah dan dia berkongsi kesan yang dirasai diakaun FB miliknya.
Jom kita baca perkongsian tersebut, dan diharap manambah keyakinan anda untuk mencubanya.
HALAU JERAWAT DEGIL
Balik dari kelas haritu, tetiba je muka ni breakout teruk. Kat pipi sampai dagu semua keluar jerawat sampai abang Aisyah pun tegur apesal muka comot naa.
Jadi Aisyah pun terpaksa la merajinkan diri tepek masker ni kat muka. Ni salah satu masker favorite Aisyah tau. Masker ni bukan setakat senang nak buat, kos dia pun murah yakmat. Aisyah guna tepung beras jek tau.
Aisyah tak ingat la, barapa harga satu bungkus tepung beras ni. Tapi yang pasti harga dia memang murah je. Ni Aisyah simpan dalam esbok sebab nak biar dia tahan lama.
Cara buat dia senang jek. Korang just amik 1 sudu besar tepung beras kemudian bancuh dengan air mineral atau air tapis. Bancuh dalam 2 sudu besar gitu la. Kacau rata-rata kemudian sapu di muka. Biarkan dia kering kemudian basuh muka bersih-bersih.
Haa senang jek kan. Kalau nak dapat kesan best, korang buat la hari-hari. Serious okey, masker ni memang best yakmat. Jerawat memang cepat kecut pastu yang paling best, kulit korang memang lembut giler. Macam kulit baby.
Tepung beras ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat tau. Tapi dia ada macam-macam khasiat lain. Aisyah listkan kat bawah ni;
– antiaging
– serap lebihan minyak kat muka
– merawat kulit kusam
– hilangkan sunburn
– cerahkan kulit
– lembutkan kulit
– kurangkan gelap bawah mata
– hilangkan parut jerawat
– anjalkan kulit
Tu dia, banyak kan kelebihan tepung beras ni. Siapa yang dah ada tepung beras kat rumah, malam ni korang dah boleh tepek kat muka. Bertambah peloles la kulit korang selepas ini.
sumber : Aisyah Badar Bajrai
“Tak Sanggup Bebankan Mak..”- Lelaki Ni Belajar Dengan Baki PTPTN RM400 & Buat Macam-macam Kerja. Lulus Cemerlang!

Melalui zaman belajar di universiti atau kolej berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan zaman itulah paling seronok dalam hidup dan tidak kurang juga merasakan betapa sukarnya melalui detik bergelar mahasiswa. Penuh dengan ujian apatah lagi hingga ada yang perlu mencari duit sendiri untuk menampung perbelanjaan di universiti.
Apa yang pasti hidup ini penuh dengan cabarannya, dan begitulah juga yang dilalui oleh Shah Zakaria, 26, yang berkongsi mengenai usahanya mencari wang untuk menyara diri ketika menyambung pengajian di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor.
Difahamkan pemuda yang menetap di Kajang, Selangor ini, dia pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.
Melalui perkongsian di akaun TikTok yang tular baru-baru ini, dia berjaya memperoleh anugerah dekan kelas pertama dan mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.
“Alhamdulillah rezeki saya tak payah bayar balik pinjaman. Walaupun perjalanan zaman belajar saya perit tapi Allah dah atur cantik dan adil untuk saya sebab Dia nampak usaha saya.
“Salah satu sebab saya tekun belajar sampai boleh dapat dekan ni saya fikir mak saya juga. Saya tetapkan dalam kepala saya, jangan putus asa dalam apa juga saya buat. Saya belajar untuk berjaya, saya kerja sambilan pun saya fikir nak buat betul betul. Bagi saya, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak tolong saya.”
Berkongsi kisah lanjut mengenai pemuda ini di mStar, begitu banyak cabaran dan ujian yang dilalui olehnya semenjak kecil hinggalah akhirnya berjaya dalam hidup.
“Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi. Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je.
“Walaupun saya buat pinjaman PTPTN, tapi tak cukup. Setiap semester saya dapat RM4,000 jumlah pinjaman, tolak yuran setiap semester RM3,600 ada baki RM400 sahaja untuk saya survive.
Rela Cari Duit Sendiri Daripada Menyusahkan Keluarga
“Macam orang lain boleh minta dekat mak ayah kalau tak ada duit, tapi saya tak sanggup pula nak bebankan mak, jadi saya ambil keputusan untuk kerja part time,” katanya yang mesra disapa Shah.
Mengimbas tentang kehidupannya di kampus, Shah yang kini bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Kuala Lumpur pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah.
Ketika itu jugalah dia berdepan kesukaran apabila telefon pintar miliknya rosak selama lebih dua bulan.
Masalah ini menyebabkan Shah sukar untuk berhubung atau berkomunikasi, sama ada untuk urusan belajar atau bekerja yang mana pada zaman serba moden ini telefon pintar ibarat nyawa bagi setiap individu.
“Kebetulan phone rosak tu cuti semester jadi saya kerja sebagai guard nak cari duit baiki phone saya. Kerja jadi guard dekat mall ni kena berkomunikasi dengan rakan setugas lain… dah tak pakai walkie talkie macam dulu. Sekarang guna aplikasi dalam phone sahaja.
“Disebabkan masalah tu, guard lain terpaksa datang dekat saya kalau nak bagitahu apa-apa info. Masa tu ada kawan saya juga kerja sekali jadi saya banyak pinjam phone dia sampai naik segan jadinya.
“Saya siap bagi nombor telefon kawan saya tu dekat mak. Nasib baik kawan saya tu OK je boleh faham masalah saya.
“Bila tak ada telefon masa tu bosan jugalah. Balik kerja saya termenung je. Laptop abang bagi pinjam untuk buat assignment pun rosak juga,” kata Shah sambil menambah dia bekerja selama dua bulan dengan gaji bulanan RM1,800.
Lebih pilu apabila dia yang dilahirkan di Perak ini mengimbas cuma membawa kentang dan nugget sahaja sebagai bekalan semasa pergi bekerja.
Menurut Shah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, ada kalanya dia terpaksa menolak pelawaan rakan untuk melepak di kedai makan demi berjimat.
“Pernah juga satu pek mi segera yang ada lima bungkus tu, saya jimat makan untuk seminggu. Sehari saya hanya makan satu bungkus sahaja.
“Bila kawan ajak lepak bukan saya tak nak tapi saya nak jimat. Saya segan nak cakap saya tak ada duit. Ada juga kawan cakap mix and match dekat Mc’Donalds tu baru RM6, tak kan tak boleh kot?
“Bagi mereka mungkin tak besar jumlah tu, tapi saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… memang berbeza dengan mereka. Tapi saya OK je bila mereka cakap macam tu sebab tak tahu apa yang saya alami,” ujarnya.
Namun di sebalik kesusahan dan susah payah berusaha untuk berjaya serta mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, apa yang dilaluinya ternyata banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan yang sebenar.
Sumber : @shahzakariaz & mStar
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club