Jangan Biasakan Makan Berat Tengah Malam, Doktor Ini Kongsi Risiko Yang Bakal Hadapi!

Share

Orang Malaysia ni, dah menjadi rutin makan nasi tidak kira masa, termasuklah tengah malam. Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor di aplikasi Tiktoknya, @dr.samhan yang menyenaraikan beberapa kesan jika makan pada lewat malam.

Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:

1. Gula dalam darah meningkat

Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.

Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.

2. Berat meningkat dan obesiti

Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam. Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?

Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.

3. Sakit jantung

Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.

Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.

 

4. Reflux acid perut atau gerd

Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.

Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur. Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.

Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.

5. Mudah lupa atau konsentrasi teruk

Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.

Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.

MACAM MANA NAK BUAT KALAU LAPAR TENGAH MALAM

Kalau lapar, Dr. Samhan menasihatkan untuk cuba makan kekacang, buah-buahan, telur rebus atau bijirin. Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.

@dr.samhan Malam ni jangan makan lewat malam ye 😉 #JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Sumber: TikTok @dr.samhan