Perkahwinan adalah satu ikatan yang memerlukan nilai kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dan lebih penting daripada itu, ialah saling memahami keperluan pasangan untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang.

Begitu pun, bukan hanya tanggung jawab harus dititikberatkan, malah tingkah laku dan pembawaan diri dengaan orang sekeliling juga memberi kesan dalam rumah tangga.

Tidak salah untuk menjadi peramah atau bergurau senda. Tapi setiap tingkah laku itu ada batasnya. Mungkin pada suami perkataan sayang yang diucapkan tidak mengundang apa-apa perasaan tetapi ia mungkin tidak pada isteri. Hal-hal sedemikian yang mungkin dianggap kecil oleh suami tapi cukup besar bagi seorang isteri.

Ibaratnya, apa perasaan suami jika orang lain memanggil atau menegur isteri dengan panggilan sayang sekalipun ia tidak membawa apa-apa makna. Kalau anda terasa sakitnya, begitulah juga si isteri!

Sebab tu nak ramah sangat pun harus kena pada tempatnya. Misalnya kepada isteri dan anak-anak kerana dengan cara itu ia boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Kena belajar meletakkan diri sesuai dengan persekitaran dan keperluan yang ada. Jangan dek kerana sikap mementingkan diri sendiri kita dianggap ganjil pada pandangan orang lain.

Inilah yang dikongsikan oleh saudara Adam Corrie menerusi facebooknya.