Keibubapaan

Jangan Biasakan Anak Tidur Lambat Tapi Bangun Awal, Ada Risikonya.

Share

Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.

Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.

Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.

Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.

Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.

“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.

“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.

Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:

1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!

2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.

3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.

Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.

Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.