Jangan Biarkan Pasangan Alami 5 Perasaan Ini. Rahsia Nak Rumahtangga Kekal Harmoni.

Share

Benar perkahwinan itu manis dah bahagia apabila pasangan saling menghargai. Namun jika sebaliknya, setiap tindakan pasangan akan membuatkan hati terguris.

Inilah yang membuatkan pasangan mempunyai pelbagai perasaan yang boleh menjadi penyebab rumahtangga tidak harmoni.

Jadi perkongsian Mohd Fhais boleh dijadikan panduan bersama agar pasangan alert supaya tidak wujud perasaan yang boleh menganggu bahagia rumahtangga.

Jangan biarkan pasangan kita rasa 5 perasaan ini walaupun dengan alasan mencari rezeki.

 

1 – Rasa Tak Selamat
Setiap hari risau, takut dan stress. Ini tak baik untuk kesihatan. Wanita ni emosinya kuat, nak beri dia rasa selamat, lindungi dulu emosi dia. Jauhkan dia dari rasa sedih, marah, kecil hati dan penat.

2 – Rasa Tak Di Hargai
Ucapan terima kasih setiap hari sangat mudah di ucap tapi tak ramai yang buat kerana rasa ia tak penting. Terima kasih jaga rumah, terima kasih jaga anak, terima kasih jaga makan minum kita. Ucap je, dan anda akan rasa perubahan ketara pada isteri.

3 – Rasa Tak Di Fahami
Bila isteri ajak berborak tu tanda dia nak meluah. Diam, fokus dan dengar baik baik kerana dalam setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu ada maksud tersirat. Fahami isteri, fahami rumahtangga.

4 – Rasa Sunyi
Seorang diri jaga anak, seorang diri buat kerja rumah, pergi ke kedai pun seorang diri. Lama-lama rasa sunyi ni boleh jadi racun dalam diri tau.

5 – Rasa Menyesal
Akhir sekali rasa menyesal! Parah dan membawa padah jika isteri rasa begini. Elakkan la selagi masih ada harapan.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Susah sama-sama, gembira pun sama-sama. Baru adil.