
Benar perkahwinan itu manis dah bahagia apabila pasangan saling menghargai. Namun jika sebaliknya, setiap tindakan pasangan akan membuatkan hati terguris.
Inilah yang membuatkan pasangan mempunyai pelbagai perasaan yang boleh menjadi penyebab rumahtangga tidak harmoni.
Jadi perkongsian Mohd Fhais boleh dijadikan panduan bersama agar pasangan alert supaya tidak wujud perasaan yang boleh menganggu bahagia rumahtangga.
Jangan biarkan pasangan kita rasa 5 perasaan ini walaupun dengan alasan mencari rezeki.
1 – Rasa Tak Selamat
Setiap hari risau, takut dan stress. Ini tak baik untuk kesihatan. Wanita ni emosinya kuat, nak beri dia rasa selamat, lindungi dulu emosi dia. Jauhkan dia dari rasa sedih, marah, kecil hati dan penat.
2 – Rasa Tak Di Hargai
Ucapan terima kasih setiap hari sangat mudah di ucap tapi tak ramai yang buat kerana rasa ia tak penting. Terima kasih jaga rumah, terima kasih jaga anak, terima kasih jaga makan minum kita. Ucap je, dan anda akan rasa perubahan ketara pada isteri.
3 – Rasa Tak Di Fahami
Bila isteri ajak berborak tu tanda dia nak meluah. Diam, fokus dan dengar baik baik kerana dalam setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu ada maksud tersirat. Fahami isteri, fahami rumahtangga.
4 – Rasa Sunyi
Seorang diri jaga anak, seorang diri buat kerja rumah, pergi ke kedai pun seorang diri. Lama-lama rasa sunyi ni boleh jadi racun dalam diri tau.
5 – Rasa Menyesal
Akhir sekali rasa menyesal! Parah dan membawa padah jika isteri rasa begini. Elakkan la selagi masih ada harapan.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, gembira pun sama-sama. Baru adil.
“Jaga Diri Semua, Abah Minta Maaf.” Anak Kongsi ‘Warkah’ Terakhir Ayah Sebelum Meninggal Dunia Akibat Covid-19!

Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya.
Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Perkongsian yang meruntun hati ini daripada salah seorang anak kepada mangsa korban pandemik ini meluahkan rasa sedih dan lebih menjadikan mereka sedih apabila ayahnya sempat meninggalkan warkah untuk anak-anak tercinta.
Lebih lagi menyedihkan apabila mereka tidak dapat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir sebelum jasad dikebumikan.
Begitulah yang dirasakan oleh seorang salah seorang anak seorang jenazah antara kes kematian COVID-19. Fika Maira yang kehilangan bapa tersayang akibat wabak tersebut meluahkan rasa hati dilaman sosialnya.
Difahamkan, mangsa merupakan kes kematian ke 325 yang dilaporkan oleh pihak KKM baru-baru ini.
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah .. alhamdulillah..
Selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi.
Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh 😥🥺
Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan.
Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan dari siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang2 beriman.
Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada isnin lepas. 🥺🥺😭
I cried everytime 😭
Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain.
Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di hospital ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah.
Covid 19 isn’t a joke guys.
Follow SOP dan jaga jarak.
Jaga diri, jaga keluarga.
P/s : Btw.. cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti.. dan sy bukan penyebab mereka dijangkiti. ( Sebab berlegar2 di ws kata sy punca 🧐)
19112020
Khamis
Anak sulung abah.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Ini Beza Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly. Pakar Bioteknologi Jelaskan Cara Guna, Baru Masakan Lebih Sedap!

Minyak bijan adalah antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan masakan lebih sedap.
Namu tahukah anda terdapat bahan masakan yang hampir sama fungsinya dengan minyak bijan iaitu minyak gingelly yang dikatakan terkenal dikalangan masyarakat india.
Nak tahu lanjut khasiatnya ikuti penjelasan oleh Pakar Bioteknologi, Dr Magaret Sivapragasam menerusi grup Sembang Science mengenai dua bahan masakan ini.
Minyak bijan dan minyak gingelly- sama tapi berbeza.
Kalau hendak tahu, penggunaan minyak gingelly amat terkenal di kalangan masyarakat India. Masyarakat India menggunakan minyak gingelly pada rambut dan kulit, serta dalam masakan harian.
Tetapi tahukah anda, minyak bijan dan minyak gingelly kedua-duanya adalah dari benih induk yang sama (biji bijan) cuma perbezaannya adalah kaedah pemprosesan benih sebelum pengekstrakan minyak ini. Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae, sekumpulan tumbuhan yang dituai, nama saintifiknya adalah Sesamum Indicum.
Warna kuning minyak bijan adalah disebabkan minyaknya diekstrak dari biji bijan mentah (tidak dipanggang) manakala minyak gingelly juga dari benih mentah tetapi melalui proses lain pada suhu sedikit lebih tinggi daripada proses pertama lalu menghasilkan warna batu ambar.
Terdapat variasi yang ketiga dari benih selain minyak bijan berwarna kuning dan gingelly iaitu minyak bijan berwarna sedikit gelap. Ianya melalui proses di mana benih bijan dipanggang dan kemudian minyak diekstrak daripadanya, menghasilkan warna coklat gelap. Minyak jenis ini banyak digunakan dalam masakan ala Cina.
Walaupun dari benih yang sama, 3 varian ini mempunyai kegunaan yang berbeza di dapur:
🟡Minyak kuning / bijan : titik asap yang tinggi, boleh digunakan untuk menggoreng dan sebagai perasa makanan.
🟠Minyak amber / Gingelly : titik asap rendah, boleh digunakan untuk menggoreng kilas.
🟤Minyak bijan coklat gelap (biasa dalam masakan Cina) : titik asap yang sangat rendah, hanya untuk meningkatkan rasa, digunakan sebagai “dressing” salad.
Kajian terhadap model haiwan mengatakan bahawa minyak bijan mengandungi sesamol dan sesaminol, dua antioksidan yang mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan anda.
Minyak bijan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah di mana baik untuk penghidap diabetes. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berurut dengan minyak bijan jenis gingelly boleh membantu mengurangkan sakit lengan dan kaki.
Rujukan
Pathak, Niti, et al. “Value addition in sesame: A perspective on bioactive components for enhancing utility and profitability.” Pharmacognosy reviews 8.16 (2014): 147.
Sumber: Magaret Sivapragasam via Sembang Science
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Anak Perempuan Bila Haid Pertama, Kena Tahu 8 Hal Ini Kalau Nak Urus Diri.

Anak Perempuan Bila Haid Pertama, Kena Tahu 8 Hal Ini Kalau Nak Urus Diri.
Apabila anak perempuan mengalami kedatangan haid pertama, ibu ayah kena ambil tahu. Bukan hanya serah pada guru disekolah sahaja.
Dedahkan kepada anak bagaimana uruskan diri terutama bab mandi wajib setelah habis datang bulan.
Perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai hal ini telah mendapat perhatian ramai sehingga mendapat perkongsian lebih 23K
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
8 PESANAN BUAT ANAK PEREMPUAN AKIL BALIGH
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
- Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
- Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
- Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
- Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
- Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
- Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
- Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
- Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club