pergaduhan antara suami isteri asam garam dalam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tegigit inikan pula suami isteri. Pun begitu, jangan biarkan pasangan anda menjerut rasa dek kerana ego anda.
Berkongsi pandangan mengenai hal ini, Ustaz Ebit lew menitipkan pesanan buat para suami supaya tidak membiarkan Isteri merajuk tanpa dipujuk. Pertelingkahan antara suami isteri pasti terjadi. Si suami akan mengelakkan situasi menjadi kecoh, atau apabila isteri hilang akal. Salah sikit merajuk, tu sikit merajuk.. ni sikit nak merajuk. Sebaiknya, jangan dibiarkan isteri anda merajuk tanpa dipujuk? Sebabnya? Baca bawah ni.
Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem.Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak.
Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.
Mana suami puan? Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.
Ads
Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira.
Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah. Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas.
Ads
Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita.
Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya.
Gosok belakangnya. Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Ads
Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita.
Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.
Abang tu kata terima kaseh ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama.
Melihat tepung beras yang ada dijual dipasaran, jika sekali pandang kita nampak sama sahaja. Dan siapa sangka, rupanya tepung beras ini mempunyai pelbagai jenama dan setiap satunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Malah menurut yang berpengalaman membeli dan menggunakan tepung beras dalam masakan, bagi mereka lain jenamanya atau capnya memberi perbezaan pada hasil masakan yang disediakan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zainora Zainuddin yang menerima tempahan kuih ros sebagai punca pendapatan sampingannya.
“Saya buat kuih ros guna tepong beras cap gajah 3 pernah tersalah beli tepung x cantik kuih rosnye cap gajah 3 juga y ok”–Zainora Zainuddin
Dan ini hasilnya, kuih ros nampak begitu cantik bentuknya dan pastinya sedap dan rangup di makan.
Namun bagi kita yang sekali sekala memasak menggunakan tepung beras, kita melihat tepung beras setiap jenama itu sama sahaja. Untuk lebih jelas, jom kita lihat beberapa contoh perbezaan cap tepung beras. Senang cakap, lain capnya lain kegunaannya.
INI PERBEZAANNYA MENURUT JAMAYAH BUJANG
TEPUNG BERAS..yang patut anda tahu bila nak membeli…Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya…bagi kita asal tepung beras semuanya sama.Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand…
Pasti ada yg tak perasaan kan. Hari ni akan diterangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada.
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Selain daripada perkongsian daripada Jamayah Bujang ini, rupanya ada lagi satu jenis tepung beras iaitu TEPUNG BERAS CAP DUA GAJAH
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan apabila membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama beribadah di sana.
Namun begitu, menerusi Mstar, Saharul memaklumkan yang mereka cuma pergi berdua sahaja dan tidak membawa anak-anak.
Menurutnya, ia merupakan salah satu cara melatih diri berjauhan dengan anak-anak buat sementara waktu sebagai satu bentuk persediaan andai dia keluar berdakwah membawa isteri pada masa akan datang.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.”
“Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.
Saharul turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabarnya untuk menziarahi makam Rasulullah S.A.W apabila ke Madinah nanti.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.”
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah. “Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” ujarnya.
Pelakon Hati Perempuan ini dan isteri akan ke sana selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah yang sedang dilakukan.
Ditanya perihal kesibukannya sekarang, Saharul menjelaskan yang dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan restoran yang baru dibuka pada Mac lalu. Disamping itu, dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita,” jelasnya.
Untuk rekod, Saharul telah melangsungkan pernikahan dengan isteri tersayang pada September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.
Meskipun sudah beberapa hari berlangsungnya majlis untuk penyanyi Shila Amzah dan pasangannya, Ubai MZ, namun kalau dilihat di sosial media masih ada lagi mengucapkan kata-kata kepada kedua mempelai tersebut.
Termasuklah ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman, hari ini memuat naik perkongsian baru di laman Instagramnya yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina anaknya itu bersama lelaki pilihannya, Ubai MZ.
Di samping itu, Fauziah turut memberi nasihat kepada Shila dan Ubai dengan berpesan untuk sentiasa menjaga dan pelihara rumah tangga mereka.
“Assalamualaikum. Selamat pengantin baru buat anak-anakku Ubai dan Shila.
“Selamat menempuh alam perkahwinan. Banyakkan berdoa untuk kemudahan dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
“Perkahwinan ni satu komitmen bersama, berkhidmat untuk satu sama lain. Segala kebaikan suami isteri akan jadi satu ibadah, ladang pahala buat pasangan.”tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi senior Datuk ND Lala itu berkata, dia percaya Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mampu membimbing anaknya dengan baik.
“Mak nak tengok anak-anak mak bahagia, mak tumpang happy. Mak percaya Ubai boleh bimbing Shila dan anak-anak Shila akan datang. Insya-Allah.
“Mak doakan semoga Ubai dan Shila menjadi suami dan isteri yang baik yang soleh dan solehah.
“Semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Amin ya Allah ya Mujib.” tambahnya.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...