Tanpa mengira usia, ramai suami isteri jadikan gajet sebagai orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Ada sesetengah orang tu, setia sangat dengan telefon pintar sampai pegang phone ke mana-mana, malah nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah.. Sedih!
Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon pintar, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.
Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?
Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET!
Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaat. Kalau macam ini, eloklah betulkan ikut cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh….
Ads
#1 Balik rumah, peluk anak bini dulu
Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biarkan gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.
#2 Wujudkan kawasan larangan gajet
Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.
Ads
#3 Pasangan kena rancang aktiviti
Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama. Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolong bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses sehingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.
#4 Buat jadual
Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.
Ads
#5 Tanam dalam hati, pasangan dan anak-anak ‘first’
Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letaklah di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
#6 Habiskan kerja di ofis
Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.
Baik suami atau isteri, moga kita mampu menjadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!
Sumber : Nadia Mohamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Mia Ahmad berkongsi cerita menyertai kelas membaca al-Quran bersama suaminya Mohd Izham Tarmizi.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hati Perempuan ini memberitahu, mereka mula memasuki kelas mengaji sejak dua tahun lalu.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi bersyukur dan gembira apabila dia dan suami kini sudah mampu membaca al-Quran.
“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi hanya kongsi perjalanan kami bersama sempena bulan al- Quran ini.
“Dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami. Terima Kasih ustaz. Saya juga hanya nak kongsi tak pernah saya bayangkan kami akan ada momen berdua belajar al-Quran bersama.
“Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca. Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca,” kongsi Mia lagi.
Mia memuatnaik video di Instagram miliknya pada Rabu yang memperlihatkan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan ustaz secara maya.
Dalam pada itu, dia menganggap pembelajarannya membaca al-Quran bersama suami merupakan kenangan yang paling indah dalam perkahwinan mereka.
“Yang pasti ni la memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya saya tahu hangpa tak mahu tahu pun. Hanya kongsi, harap dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi.
“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni Insya-Allah,” ujarnya.
Begitupun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menegaskan perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ibadah yang mereka lakukan.
Sebaliknya, dia berharap perkongsiannya itu juga dapat memberikan inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk bersama-sama menjadi orang yang lebih baik selepas Ramadan.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumahtangga dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata meminta Mia untuk terus berkongsi ilmu kebaikan bersama.
sweet_sonia Keep sharing mia..sama² kita usaha mencari hidayah Allah❤️
haidziro_lady_roger Nanpak simple pd org lain tp benda2 mcm ni lh yg mengikat kasih syg pasangan kita yg kiranya “zero” seterusnya “hero” dihati kita. Much love mia ❤️
Aamiin. Ilmu takkan pernah habis. Tuntut selagi nyawa dikandung badan. Dengan ilmu yang baik, semoga menjadi asbab untuk bekalan akhirat nanti, Aamiin.❤️
Alhamdulillah. Suka sharing kak mia skrg☺️Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. In sha Allah Aamiin🤲✨
noriza_jai ❤️ X pe yg penting benda positive Allah tahu niat kita, ini salah satu ibadah bahi sya ❤️❤️❤️❤️
nazziranazir Org yg sedang merangkak2 belajar lagi banyak pahala atas usahanya. Tahniah you guys! ❤️
julizahjaafar saya suka sharing akak banyak yang saya belajar dari akak…nak nak orang lain berubah kita kena berubah dahulu…
syurga.jna Xpa mia. Sharing hal2 begini blh jd teguran juga utk yg mgkn kadang teralpa dan terleka ❤️. Tq for the +ve sharing nak2 hal berkaitan agama islam 😘
Ramai yang sudah maklum bahawa negara kini menghadapi musim tengkujuh. Malah tiga buah negeri iaitu di Pahang, Johor dan Selangor kini sedang mengalami banjir yang situasinya semakin membimbangkan.
Malah laporan juga mendapati lebih 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) . Lebih mengejutkan, banyak kenderaan terkandas yang melalui negeri tersebut ekoran jalan raya di tutup.
Begitulah situasi yang dikongsi saudara Hazidi , menerusi Twitternya. , berkongsi pengalaman apabila mereka sekeluarga terkandas di Kuantan, Pahang
My family stranded dkt pahang and otw balik kl. Terpksa ikut jln kampung sbb hway tutup. Jem sgt trok and org kg bg mknn. tq org pahang
Alhamdulillah family sy smpi dlm pkol 1130 mlm. Prjalanan selama 11 jam dr kuantan ke KL. On behalf of my family, Thanks sgt2 kat org kampung area mempaga (tak sure kg mne) Appreciate a lot.
My family stranded dkt pahang and otw balik kl. Terpksa ikut jln kampung sbb hway tutup. Jem sgt trok and org kg bg mknn 😭. Tq org pahang 🥰😭 pic.twitter.com/im3eLOyrDr
keadaan kami semalam, stuck semalaman dekat Kampung Tersan, tidur pun dlm kereta sebab jalan dua2 hala naik air, orang2 kampung sangat baik masakkan makanan bagi sorang sikit alhamdulillah lepas stranded lebih 24 hrs, dapat balik kl ikut jalan kampung peruang pic.twitter.com/JY6liRKjqk
Perkahwinan adalah satu ikatan yang memerlukan nilai kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dan lebih penting daripada itu, ialah saling memahami keperluan pasangan untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang.
Begitu pun, bukan hanya tanggung jawab harus dititikberatkan, malah tingkah laku dan pembawaan diri dengaan orang sekeliling juga memberi kesan dalam rumah tangga.
Tidak salah untuk menjadi peramah atau bergurau senda. Tapi setiap tingkah laku itu ada batasnya. Mungkin pada suami perkataan sayang yang diucapkan tidak mengundang apa-apa perasaan tetapi ia mungkin tidak pada isteri. Hal-hal sedemikian yang mungkin dianggap kecil oleh suami tapi cukup besar bagi seorang isteri.
Ibaratnya, apa perasaan suami jika orang lain memanggil atau menegur isteri dengan panggilan sayang sekalipun ia tidak membawa apa-apa makna. Kalau anda terasa sakitnya, begitulah juga si isteri!
Sebab tu nak ramah sangat pun harus kena pada tempatnya. Misalnya kepada isteri dan anak-anak kerana dengan cara itu ia boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Kena belajar meletakkan diri sesuai dengan persekitaran dan keperluan yang ada. Jangan dek kerana sikap mementingkan diri sendiri kita dianggap ganjil pada pandangan orang lain.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Adam Corrie menerusi facebooknya.
Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang…
Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak
Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan ‘Sayang’ seperti customer kita…rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina….
Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa maksud…tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain…dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang…nanti lain pula jadinya….
Khaskan ungkapan ‘sayang’ kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.
Sayang, tolong ambil faxkan untuk i…
Sayang , nak size dan warna apa?
Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik
Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah… ☺
Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.
Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.
Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya… jaga hati pasangan halal lebih baik….
_____________________
Penulisan Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.