Pemergian penyanyi Jay Jay menyentuh hati terutama para peminat seni suara tanah air.
Isteri arwah, Zaitoon Wahid, 61, sempat berkongsi pesanan terakhir pemilik nama sebenar Mohd Fauzi Darus itu yang mahu beliau memelihara hubungan dengan keluarga agar tidak berpecah belah dan menjaga permata hati mereka beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
“Dia sebelum ini memang sihat dan boleh bercakap macam biasa. Tetapi sejak beberapa minggu lalu walaupun boleh bercakap cuma tidak berapa kuat.
“Arwah pesan jangan hidup bergaduh. Jagalah hubungan sesama sendiri dan jangan biarkan anak-anak. Jaga mereka. Pandai-pandailah nak hidup dan membawa diri,” kata Zaitoon dipetik daripada Gempak.
Ads
Beliau yang berada di sisi penyanyi itu di Hospital Thomson, Kota Damansara ketika pemergiannya pada 9.27 malam tadi berkongsi proses itu berjalan dengan sangat tenang.
“Suami pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui dan pergi buat selama-lamanya. Selepas pembedahan ‘bypass’ Jun lalu, dia mula alami komplikasi.
“Anak-anak dan adik-beradik arwah semuanya ada. Alhamdulillah, kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu, suami tak tunjuk tanda-tanda dia sakit. Namun, keadaannya makin teruk selepas Hari Raya lalu,” katanya.
Kata Zaitoon, suami yang dinikahi 42 tahun yang lalu itu mula berdepan komplikasi organ dalaman selepas sambutan Aidilfitri.
Ads
Pemergian pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu meninggalkan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 27 hingga 39 tahun.
Jenazah Allahyarham Jay Jay dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya kira-kira jam 11.15 pagi.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teka teki pelakon kecil molek ini berbadan dua akhirnya terlerai bila mana empunya diri mengesahkan perkara tersebut. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar antara orang yang paling gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah. Memang kalau orang orang tanya dengan saya memang saya akan jawab. Tapi sebelum ini masih baru, cuma ini saya lebih yakin sebab sebab dah ‘check up’ dan baby pun sihat. Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. Dia pun terkejut dan bersyukur kerana katanya bayi kami sihat.
“Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang susah untuk mendapatkan cahaya mata. Saya tak sangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin.
“Saya harap semua orang terus mendoakan saya seperti mana sebelum ini. Rezeki ini datang lebih awal dan ini satu anugerah dan rahmat dariNya. Salah satu doa saya termakbul dengan cepat” ujar Elfira yang enggan menghebahkan usia kandungannya.
Dia dalam pada itu mengakui
Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya, ‘Elfira X McVogue’ di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.
“Sebelum ini saya memang ada buat pemeriksaan sendiri tapi tak percaya, tetapi selepas itu berjumpa doktor dan sahkan saya hamil. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil.
“Cabaran paling kuat waktu itu saya tengah shooting dua drama selain dua telemovie. Waktu itu trimester pertama, memang penat tapi saya cuba kuatkan kerana tengah kerja. Alahan semua tiada sangat, apabila balik rumah terus keluar semua.
“Kalau ikutkan tahun ini nak bergiat aktif dalam lakonan semula. Tapi nampaknya tak boleh berbuat demikian. Saya cuba shooting waktu hamil tapi susah. Jadi tak boleh nak ambil tawaran berlakon. Badan penat dan walau sekuat mana pun badan kita tapi ada nyawa lain dalam diri kita. jadi susah nak kawal.
“Ada production yang tahu saya hamil lagi mereka nak ambil, tapi saya rasa tak boleh terlalu memaksa kerana ini kandungan pertama. Kita tak tahu macam mana, kita rasa ok dan aktif tapi akan datang tak tahu, jadi lebih baik saya berhenti sekejap,” ujar El lagi.
“Saya tak kisah jantina janji dia keluar dengan selamat. Tapi saya dan suami saja ‘betting’ dengan suami sama ada perempuan atau lelaki. Tapi tak tahu yang mana lagi. Tapi bestlah kalau dapat anak perempuan,”ulas El lagi.
Mengulas lanjut mengenai kolaborasi bersama MC Vogue, akui El terdapat empat rekaan terhasil melalui kerjasama ini. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan sisi gaya dan karakter Elfira yang bergelar isteri 1 Januari yang lalu. Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue.
Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.
“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .
“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Allahuakbar! Tak sangka. Pelik tapi benar. Dayus seorang suami apabila paksa isteri lakukan hubungan intim dengan lelaki lain!
Begitulah yang terjadi dalam institusi kekeluargaan ini. Masalah yang semakin runcing dalam masyarakat kita apabila maksiat dan haram itu perkara biasa.
Begitulah yang diceritakan kepada seorang Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie Suzana Ghazali yang mendedahkan mengenai kisah keluarga yang menyentuh hati apabila sanggup mengadaikan maruah isteri tanpa menghiraukan haram halal.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita supaya ambil peduli dalam hal ini supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam keluarga dan masyarakat.
Apa yang pasti, jangan berdiam diri, sebaliknya jika berlaku kepada diri, rakan-rakan atau ahli keluarga lain segera bertindak supaya ia tidak berlarutan hingga menjejaskan keindahan sebuah keluarga sakinah.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie Suzana Ghazali mendedahkan kisah benar supaya menjadi iktibar buat kita semua
Kisah benar lagi:
“Suami paksa saya lakukan seks dengan lelaki lain. Katanya dia akan lebih terangsang bila tengok saya buat seks dengan lelaki lain.
Saya mengaku pernah ikut cakap dia sekali tapi lepas tu dia ugut kawan saya tu untuk mintak duit. Sekarang ni dia mintak saya buat lagi….”
Gambar sekadar hiasan
Teringat aduan serupa sebelum ni, suami ‘paksa’ isteri lakukan yg sama. Katanya mula2 tu memang dia tak ikut tapi bila banyak2 kali ‘dipaksa’, dia pun ikut. Lepas kejadian tu, suami ugut si lelaki untuk berikan wang kat suami yg tak bekerja.
Soalan saya masa tu: “Suami awak tengok ke korang buat hubungan?”
Klien: “Tak…”
Saya: “Suami buat rakaman?”
Klien: “Tak de…suami tunggu je kat hotel tu…lepas dah selesai, kami mengaku je kat suami yang kami dah buat macam dia suruh…”
Saya: “Korang betul2 buat?”
Klien: “Ya…”
Saya: “Dah kalau dia tak tengok, tak de plak rakaman apa2, yg korang buat jugak benda haram tu, apa hal??”
Saya akui, kadang2 ada rasa nak ketuk ja sorang2. Benda mudah gitu pun takkan tak boleh nak pikir? Nak kena sediakan jampi mantera plak kut.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.