Cabaran mendidik anak-anak sebenarnya cukup besar dan tidak dinafikan ia adalah satu ujian terbesar buat mak ayah. Terutama dalam berlaku adil sekali gus tidak membeza-bezakan anak-anak. Dengan kata lain, tiada istilah anak kesayangan sebaliknya semua harus dilayan sama rata.
Begitu juga dalam hal jantina anak. Usah membeza-bezakan anak-anak baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, lahir dari kasih sayang anda berdua, justeru kenapa perlu nak pilih kasih.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin tanpa perlu membanding atau membeza-bezakan mereka.
Beliau berkongsi pengalaman mengendalikan kes seorang anak yang masih berdendam dengan arwah bapanya. Menurut empunya diri, sejak kecil dia selalu dibeza-bezakan antara adik beradiknya.
Baik dari segi akademiknya berbanding adik beradiknya yang lain. Sehingga meninggalkan trauma pada si anak tersebut. Parutnya masih berbekas sejak kecil sehingga membawa ke alam dewasa dan mempunyai anak sendiri.
‘Kita jangan melihat anak semuanya negatif. Paling tak bagus sekali kita membeza-bezakan anak kita. Anak nombor satu pandai, mendengar kata. Sehinggakan ada anak berdendam dengan ayahnya.
“Walaupun umur sudah tua, si anak ini menangis-nangis dan bercerita bagaimana arwah ayahnya dulu selalu beza-bezakan anak-anak. Katanya dia yang paling tak pandai dalam adik-beradik. Adik -beradik lain semua pandai masuk asrama berbanding dia. Ayahnya cakap semua anaknya pandai kecuali dia seorang. Si anak ini simpan dalam hati.
Pesan Haji Hushim lagi, usah beza-bezakan anak baik dari segi warna kulit, pencapaian akademik mahupun akhlak moral.
“Dalam banyak kes saya, akhirnya yang bela ibu bapa adalah anak yang tak pandai. Manakala yang pandai semua sibuk.
“Sebab tu jangan beza-bezakan kerana kesannya membawa kepada dewasa. Kerana itu ibu bapa kena kawal mulut dari mengeluarkan perkataan tak sepatutnya. Budak ni akan simpan sampai dewasa,”jelasnya lagi.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih detail tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Sumber: Hj Hushim Salleh
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club