Esok, tanggal 4 September 2019, hari Rabu, anak-anak bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bukan anak-anak yang berdebar, ibu ayah juga begitu. Mana taknya, peperiksaan ini akan menjadi kayu pengukur hala tuju masa depan anak.
Mana taknya, jika anak berjaya, ibu ayah yang akan tersenyum lebar apabila melihat kejayaan anak-anak. Bagaimana pun, jika sebaliknya, jangan berputus asa terhadap anak-anak. Biarpun perperiksaan percubaan anak tidak memberangsangkan, namun ia tidak menjadi tidak noktah untuk ibu ayah berputus asa.
Apa yang pasti, doa ibu ayah tiada hijabnya. Sebagaimana perkongsian minda oleh Cikgu Matematik ini, Mohd Fadli Salleh
yang memberikan panduan kepada ibu bapa apabila anak-anak menghadapi peperiksaan secara Islamik.Tips untuk ibubapa semasa anak hadapi peperiksaan
Ibubapa yang mana tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan cemerlang dalam setiap peperiksaan? Tiada. Semua mahu lihat anak kesayangan merela berjaya.
Usaha, masa dan wang ringgit rela dihabiskan untuk melihat anak berjaya. Sanggup ambil cuti hantar anak ke sekolah, tunggu sehingga anak-anak habis menjawab soalan.
WAKTU ANAK PEPERIKSAAN, BERDOALAH. BUKAN MAIN TELEFON
Tapi sayang, ramai yang hanya menunggu di kantin atau di pondok-pondok sambil berborak sesama rakan. Segelintir menghabiskan masa dengan melihat video di youtube, buka fb dan balas wasap.
Sepatutnya, masa itu amat berharga untuk ibubapa gunakan sebaik mungkin. Kita terkadang terlalu yakin dengan usaha sehingga ada yang terlupa, Dialah penentu segalaNya.
Hari ini saya kongsi tips Islamik untuk ibubapa semasa anak-anak sedang menjalani peperiksaan.
1. Solat hajat.
Sekira tengah kerja, minta izin majikan 10 minit untuk buat solat hajat agar dipermudahkan anak-anak menjawab soalan.
2. Mengucap syahadat dan selawat.
Ucaplah dua kalimah syahadah dan perbanyakkan selawat pada nabi s.a.w
3. Baca Quran.
Mengajilah Quran semasa anak sedang menjawab soalan. InsyaAllah mereka akan tenang. Bacalah apa-apa surah pun.
Namun ada beberapa ustaz sarankan baca fatihah, 3 Qul dan perbanyakkan baca surah Al Insyirah. Bacalah surah Al Insyirah sampai beratus kali pun. Tak perlu tetapkan jumlah tertentu. Setiap kali lepas baca surah Al Insyirah, doa dan niatkan dalam hati agar Allah permudahkan anak-anak kita menjawab soalan. Tenangkan hati mereka dan tajamkan ingatan mereka.
4. Zikir
Sekiranya kaum ibu tidak boleh sembahyang waktu anak sedang hadapi peperiksaan, banyakkan selawat pada baginda nabi s.a.w. Zikir banyak-banyak, dan jangan berhenti berdoa.
5. Doa
Doa seorang ibu setara dengan doa nabi terhadap ummatnya. Jangan pernah merasa penat untuk berdoa. Jangan lagi duduk bersembang kosong semasa anak sedang menghadapi peperiksaan.
Anak kita telah berusaha sehabis daya. Kita sebagai ibubapa kena juga ikhtiar sama. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibubapa yang ada anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR Isnin ini.
Saya doakan anak-anak anda berjaya dengan cemerlang. Doakan juga buat anak-anak didik tersayang saya ya.
” Berdoalah padaKu nescaya Aku perkenankan ” – Al Mu’min ayat 60
Semoga anak-anak dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Doa dan amalan memohon pertolongan Allah akan menjadi pelengkap kejayaan anak itu.