Jangan berkira hal kesihatan anak, jika serius menyesal tak sudah. Sebagai ibu bapa, apabila anak menunjukkan tanda-tanda seperti tidak sihat seperti batuk, demam atau selsema, jangan anggap ia sebagai perkara remah. Situasi jika dibiarkan ia menjadi pencetus kepada penyakit yang lebih serius.
Lebih-lebih jika mempunyai anak yang masih kecil. Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh bapa ini, Mohd Fhais moga menjadi iktibar kepada semua.
Kalau anak sakit terus pergi klinik, janganlah tunggu dah serius baru nak kelam kabut cari doktor.
Tolong pandang serius sebelum sakit anak tu jadi betul-betul serius.
Sila ambil iktibar dari cerita ni.
Aish rizqi ni dah demam 7 hari lepas lagi. Oleh sebab “rasa” ni demam biasa jadi anggap tak serius la. Balik rumah tampal cool fever dan bagi ubat demam.
Kesilapan pertama bila samakan anak kecil dengan kita !
Ya bila demam makan panadol boleh baik. Anak pun demam bagi makan ubat pun boleh baik.
Tapi antibodi anak kecil ni tak sematang kita yang dewasa. Baru 8 bulan memang lemah sangat antibodi dia. Tak boleh nak lawan virus sendiri. Demam memang baik tapi virus dalam badan dia masih lagi bermaharajalela.
Kesannya, walaupun demam dah baik tapi selera makan masih tiada. Semakin kurang selera adalah. Susu selalu sehari 2 – 4 botol tapi sekarang 1 botol pun susah nak habis.
Kesilapan kedua bila tak pandang serius walau dah nampak ada yang tak kena dengan anak !
Akhirnya 3 hari yang lepas tiba-tiba aish rizqi demam balik. Kali ni bertambah teruk, ada batuk dengan selesema. Hingus yang keluar pun bukan biasa-biasa tapi warna hijau pekat likat.
HINGUS HIJAU PEKAT MACAM NI MAKSUDNYA VIRUS !!
Masa ni la baru kelam kabut pergi cari klinik. Esoknya pergi klinik kanak-kanak, doktor periksa dan bagi ubat antibiotik, demam, batuk dan selesema.
Kesilapan ketiga terlalu lambat bertindak !
Hari ke 2 lepas pergi klinik keadaan aish bertambah serius. Walaupun hingus dah cair dan warna putih tapi pernafasan dia pula berbunyi. Masa ni dah serik, tak nak tunggu lagi terus pergi semula ke klinik, doktor periksa dan suspek asma.
Tak boleh tunggu lagi. Esoknya juga pergi hospital jumpa doktor pakar kanak-kanak, Dr. Lee di hospital pantai.
Doktor periksa paru-paru aish, dan dengar nafas dia tercungap-cungap. Cakap doktor sakit aish ni serius. Terus kena tahan wad. Lepas selesai urus wad doktor suruh terus buat x-ray sebab nak tahu apa masalah sebenar.
Allahu.. lepas laporan x-ray keluar baru dapat tahu sebenarnya paru-paru aish dah kena jangkitan kuman.
Astagfirullah al azim..
Mengucap panjang saya bila dapat tahu keadaan aish jadi serius sebegini rupa. Kena duduk wad 3-5 hari kalau begini. Kesian campur menyesal.
Menyesal pun tak guna. Nasi dah jadi bubur. Lepas ni jangan berkira lagi kalau anak tunjuk simptom nak sakit. Demam atau sakit yang kecil-kecil pun segeralah dapatkan rawatan.
Masa, duit dan tenaga nombor 2. Yang penting kena bertindak. Buatlah macam mana pun asalkan kita tak menyesal tak buat apa-apa.
Mohd Fhais
Sebak.
p/s : Mohon doakan aish rizqi di beri kesembuhan.