Jangan Berhenti Pikat Hati Pasangan. Ikuti Cara Ini.

Share

Semua orang mahu jadi bahagia, tidak kiralah hidup di dunia mahupun di akhirat sana. Cuma orang gila sahaja yang menginginkan kecelakaan untuk dirinya. Namun ramai yang merungut yang hidupnya kurang bahagia, mungkin kerana apa yang diidamkan itu tidak kesampaian atau mungkin juga dia sendiri tidak tahu apa yang benar-benar membuatkannya bahagia.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda mewujudkan dan menjaga keintiman hubungan dengan pasangan.

1. Bantu pasangan melakukan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawabnya boleh membantu hubungan suami isteri semakin mesra. Misalnya, “Ohh.. penat juga cuci pinggan, ya.” Pada masa sama, pasangan berasa mendapat perhatian dan dihargai.

2. Sentuhan lembut menjadi satu daripada bahasa cinta. Ya, benar, kasih sayang tidak selalu harus ditunjukkan dengan sentuhan.

Ciuman, pelukan, berpegangan tangan dan duduk disisi pasangan dapat mendekatkan jalinan emosi (mendamai dan menenangkan hati pasangan).

3. Beri pujian kepada pasangan pada waktu tertentu membuat pasangan berasa diperlukan, dihargai dan diperhatikan.

Pujian yang baik dan tepat membantu memberi dorongan kepada pasangan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik atau paling tidak, mempertahankannya. Hubungan anda dan pasangan juga bertambah intim.

4. Hadiah berpengaruh besar dalam menyemai perasaan cinta dan kasih pasangan suami isteri. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai (mungkin diperlukan).

Hadiah itu kecil dan tidak mahal, tetapi paling penting mampu mengungkapkan kasih sayang anda kepada pasangan.

5. Dalam setiap keadaan, kebersihan diri harus diberi perhatian. Lumrah, jika berbau (misalnya, badan atau nafas berbau) akan dijauhi kerana rasa terganggu (dengan bau). Jadi, jagalah kebersihan diri kerana pasangan berhak mendapatkan yang terbaik daripada anda.

6. Bergurau boleh merehatkan hati, menenangkan fikiran, penawar kebosanan dan mampu mengukir senyuman. Anda boleh membayangkan betapa dinginnya hubungan suami isteri jika tidak diselingi gurau senda. Jadi, berguraulah selalu agar rumah tangga sentiasa ceria.

7. Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, jangan batasi diri anda untuk berdua-duaan dengan pasangan walaupun sekadar duduk berbual santai atau melakukan kegiatan rumah berdua, mengemas rumah atau memasak makanan kesukaan. Satu lagi, makan berdua, atau mengunjungi kenalan tanpa bawa anak bersama boleh membantu anda dan pasangan lebih dekat dan mesra.