“Jangan Bawa Motor Macam Tu Lagi, Syukur Allah Bagi Peluang Kita Hidup.” Azhan Rani Terbabit Kemalangan, Dedah Punca Sebenar!

Share

Pelakon Beto Khusyairi berkongsi berita tentang kemalangan yang menimpa rakannya, Azhan Rani semalam.

Hari ini empunya diri tampil berkongsi situasi dirinya usai ramai yang terkejut mendengar berita tersebut dan bertanyakan khabar tentangnya.

“Syukur atas izin Allah untuk diri ini terus bernafas.

“Doktor kata tulang scapula aku pecah tapi 2 insan hebat ni jadi tulang belakang aku untuk aku terus berdiri. dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Iahi buatku. terima kasih sahabat @beto_kusyairy & @tishashahar juga sahabat2 lain yang tak henti2 bertanya khabar. moga syurga menunggu kalian di sana nanti.

“Terima kasih juga untuk ingatan dan doa2 semua. ampun maaf tak dapat nak jawab dan reply semua.in shaallah saya ok atas izin Allah.

“Alhamdulillah.

Demikian perkongsian Azhan Rani menerusi laman instagramnya yang memuatnaik gambar Beto bersama isteri.

Menurut Azhan merupakan dua orang tulang belakang yang banyak membantu dirinya ketika kemalangan.

Dalam pada itu, Azhan Rani turut berterima kasih kepada beberapa individu lain yang turut membantu di tempat kemalangan tersebut.

“Buat bro muhammad firdaus dan sesiapa saja yang bantu saya pada hari kejadian 17 january 2022 sekitar jam 12:30tgh di jalan templer park menghala kuala lumpur. semoga Allah merahmati kalian. terima kasih atas jasa baik anda.

“Buat 2 orang abg lori yang berdiri tu. terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya.

Dalam perkongsian yang sama juga, dia turut menerangkan situasi sebenar yang menjadi punca kepada kemalangan yang menimpanya.

“Buat 2 orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba2 masuk lane saya nak buat u turn semoga korang tak apa2. maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulance haritu.

“Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. kita sama2 syukur Allah bagi peluang kita hidup. maaf juga buat motor awak hancur.

Sumber: azhan_rani


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami